Thursday, December 23, 2010

Sedangkan bayi pun orang buang, inikan pula kucing..

Assalamualaikum,

Alkisahnye, ada 5 ekor anak kucing yang mak aku jumpa dekat tong sampah besar dekat rumah aku. Orang tu letak dalam kotak, tutup and letak tepi tong. Tunggu masa lori sampah datang, orang dia kutip, buang dalam lori pastu lenyek sampai lumat. Kejam!!!! Sakitnye hati bila terfikir. Nasib baik tergerak naluri mak aku nak bukak kotak tu. Cerita mak bila dah bukak tu, alangkah terkejutnye bila ada 5 anak kecik terdongak melihat mak aku. Berkelip-kelip mata.. Aku boleh bayangkan wajah tu. Wajah tak bersalah....

Kejamnye orang ni. Dahle anak -anak ni kecik lagi. Tak lepas lagi menyusu dengan ibu dia. Ibu pun entah ke mana. Memangla, ini kucing je. Tapi kucing pun ada nyawa.. Kalo tak suka kucing sekalipun, letakla kat pasar. Sekurang-kurangnya boleh jugak dia cari makan sendiri tanpa menyusahkan orang. Ini kalo dah buang kat tong sampah, aku yakinla, orang ni memang berniat nak bunuh kucing tu. Dahle letak dalam kotak tertutup elok, kalo takde orang tengok memang mati kena lenyek dengan lori sampah la kucing-kucing ni semua.

Ni bukan kes pertama. Dah banyak kali dah kes buang kucing kat rumah aku ni. Semuanya buang kat tong sampah. Nasib baik mak ayah aku terjumpa. Bawak dorang balik rumah and bagi makan. Hmm kucing ni pun ada nyawa. Ciptaan Allah, makhluk Allah. Even hadis nabi pun ada berbicara mengenai kucing.

Dari Ibnu Umar r.a. berkata: Rasulullah saw bersabda, "Seorang perempuan disiksa karena kucing yang dikurungnya hingga mati maka ia dimasukkan ke dalam neraka disebabkan ia tidak memberi makan dan minum ketika mengurungnya dan tidak pula melepaskannya agar memakan binatang-binatang melata di bumi."
(Bukhari - Muslim) 





Kalau kita mampu, jagalah kucing-kucing ni dengan baik. Kalau kita tak mampu janganla ambil jalan mudah dengan membunuhnya. Bertimbang rasa sikit okay? Tak suka bagi pada yang suka... Aku cukup suka dengan usaha Si Tedi yang rajin mengambil kucing di jalanan, bagi makan, bagi ubat kalau sakit. Dah besar, cantik, open for adoption. Satu usaha yang sangat murni. Good job Tedi! :)

By the way, 5 ekor anak kucing ni dah mati sebenarnye. A few weeks lepas jumpa tu. Mungkin kekurangan zat. Yelah, masih kecik kan. Sepatutnya kena menyusu lagi tapi dah ibunye pun tak tahu kat mana. Hmm ape boleh buat usia tak panjang. Takpelah, yang penting, dia tidak mati terseksa. Dan yang pasti, kelima-lima anak kucing ni bahagia di syurga.. Bergembiralah korang di sana! :)

P/S aku sebenarnye nak upload video anak kucing ni. Tapi paham-paham ajelah, dah pakai broadband, line pun boleh tahan slow so upload pun incomplete. Dah ok nanti I'll try to upload again k :)

These are not the cats. Yang ni sihat walafiat di rumah. Gemok gemok :D

4 comments:

  1. TQ amal,
    Anak kucing tanpa emak peratus untuk hidup mmg tipis.

    Tapi kita dah usaha dan tawakkal. =))

    Eh! Gambar bawah sekali tu ada lagi ek? Cantik bulu dia. Menyusu ke tu? Besar dah.. he he he

    ReplyDelete
  2. tedi,
    welcome :)
    what a great effort u did. saya support! :)

    ada lagi! sihat walafiat.. nanti dah ada gmbr terbaru sy post lg ehehe.. tgh menyusu tu.. :)

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...