Friday, December 24, 2010

Mati Bila-bila pun Boleh Datang Menjemput

Assalamualaikum,

Hari ni berkesempatan baca berita di Berita Harian Online. Rata-rata tengah bercerita mengenai keputusan PMR yang diumumkan semalam. Khabarnya keputusan tahun ni keputusan terbaik selepas 4 tahun. Bagusla. Tandanya cikgu kita mengajar anak didik mereka dengan baik dan adik-adik kita ni pun dah bijak pandai dah sekarang. Bagus bagus...

Tapi ada satu berita ni yang buat aku sedih dan terkilan. Berita ni ada je kan yang sedih huhu.. Kisah kemalangan di Kg Kok Lanas, Kelantan yang mengorbankan 2 beranak, seorang ibu, Aziza Musa, 42 dan anak, Siti Aisyah Zakaria, 15. Yang sedihnya, mangsa baru je lepas amik result PMR kat sekolah. Alhamdulillah, keputusan pun agak baik, 4A 1B dan 2C. Tapi malangnya, usia tak panjang. Tak sempat nak tunjuk dekat ayah keputusan tu. Tak sempat nak sambung pelajaran, tak sempat nak buat macam-macam. Sedih! Paling sedih, cara kematian pun sangat tragis. Mangsa dihempap lori yang membawa muatan pasir menyebabkan si ibu tercampak ke jalan raya, anak pulak dihempap lori berat tu. Aduh.... sakit! Tak boleh aku bayangkan. Kedua-duanya mati kerana cedera parah di badan dan kepala. Cuba bayangkan pulak perasaan si ayah dan suami melihat mayat isteri dan anak ni. Tabahlah! Sudah tiba masanya.......

Berita lanjut boleh baca kat sini

Memang betullah, mati ni bila-bila boleh menjemput. Tidak kira usia, tua atau muda, tidak kira waktu dan hari.

2 hari yang lepas kawan my pumpkin meninggal. Tiba-tiba je. Kata my pumpkin, arwah pagi tu elok-elok je datang bekerja. Tak ada tanda-tanda sakit. Mana tahu petang tu, pulang dari kerja, rebah depan rumah dan terus meninggal. Sebab musababnya wallahualam, hanya Tuhan yang tahu. Tapi yang pasti, masa dia sudah sampai.

Beberapa bulan yang lepas, cerita mak aku, adik ipar pada sepupu aku, meninggal dalam tidur. Sehari sebelumnya elok-elok je. Pergi kerja, balik kerja. Macam biasa. Malamnya tidur, esok tak bangun-bangun. Tak keluar-keluar dari bilik. Bila sepupu aku masuk jenguk, dia dah terbaring kaku.

Mati mengejut bagi aku amat menyedihkan. Bukan sahaja pada si mati malahan pada keluarga juga. Terpaksa menerima berita kematian tanpa ada persediaan. Yelah, kalau dah memang sakit, lainla. Sekurang-kurangnya kita tahu dan bersedia untuk menerima kematiannya. Tapi kalau dah mengejut macam ni? Tabahlah wahai hati......

Mati memang pasti. Yang berbeza hanyalah caranya. Kubur takkan tunggu kita tua untuk memanggil kita. Bila-bila masa pun boleh. Jadi, persiapkanlah diri kita selengkapnya.. Sama-samalah kita beringat!

2 comments:

  1. really sad reading your post....sm2 kt mengingati..

    ReplyDelete
  2. mai,

    erm sama2la kita ingat kan.. mengingati kematian adalah wajib!

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...