Wednesday, December 15, 2010

Mari Berhoye-hoye!

Assalamualaikum,

Saya nak announce, hari ni saya CUTI!!! Begitu juga ESOK!!!  

hahaha gila gedik kan. Macam tak pernah cuti. Ish bukan senang ni nak cuti ehehe.. Aku cuti pon sebab nak clear leaves. Banyak sangat cuti tak terambik. Rugi rugi.. Ingat masa keje admin dulu, huh lagi banyak cuti burn camtu jek. This time around, tak nak pisang berbuah dua kali. TQ bos, bagi saya cuti :)

Apa program harini? Nak berhoye-hoye dengan 5 orang anak buah tercinta! Woohoo!~ Alia, Hafiy, Alissa Hanin & Khalis under one roof. Huh meriahla rumah akak aku ni. Meriah dengan suara kanak-kanak menjerit, meraung, menangis, melalak. Pegi jalan-jalan pun penuh Cik Bibab dengan kanak-kanak ribena ni. Nasib baik Cik Bibab gagah perkasa memikul budak-budak kurus ni sume.

see see penuh Cik Bibab

Pukul 12 tengahari karang nak tengok movie - Narnia. Bawak budak-budak 5 orang ni. Aku tengok cite tu PG 13. Boleh ke budak-budak hingusan ni sume tengok eh? Takde scene pelik-pelik kan huhuh... Malam ni pulak nak tengok Ngangkung. Kali ni budak-budak tinggal. Pergi dengan mak budak plak. Yeah, ni kali kedua aku tengok Ngangkung. Haritu tengok kat JJ Balakong dengan Rosie, Dina & Nor after Chan Chan's engagement. Panggung penuh! And for the first time ever, aku duduk seat second row from the screen. Waaa gile ah.. Nak tengok Ngangkung punya pasal. Ada orang cakap ngan aku, Ngangkung ni dah pecah panggung. Tapi tak hebat macam filem 2 Alam. Pecah punggung! Hahaha gile jahat. Bukan aku yang cakap tu. Orang lain ehehe...

Hmmm dalam seronok-seronok nak berhoye-hoye ni kan, ada gak rasa down neh. Pagi tadi after hantar akak aku pergi ofis, singgah jap Petronas dekat rumah ni nak cucuk duit. Yela, harini kan 15hb, gaji masuk harini. Sekali bila tekan pertanyaan baki tuh, terbeliak haaa bijik mata hitam aku nih. GAJI BELUM MASUK WEY!!!!! Serentak dengan itu jugak rasa macam nak terguling-guling kat situ. Adoii, macamana nak seronok-seronok? Kat situ jugak terbantut segala perasaan keterujaan nak bergumbira. Nasib baiklaaaa tiket wayang akak aku bayarkan hihihih.. Duit dalam purse ada RM7 je ni. Cukupla tu kan buat beli caramel popcorm regular huhuhuh.. Sedih!

Harini my pumpkin turun KL. Niat di hati nak bertemu mata dengan dia. Apakan daya, banyak sangat halangannya huhu.. Sedih!~ Takpe, nanti kita jumpa eh? :) macamla dia baca blog aku ni kan. Kalo baca, hai sayang! ehehe

Oh here's gambar kitorang amik dengan Chan Chan and tunang beliau. Amik kat facebook dia. Congrats dear! :)

Semoga berbahagia hingga ke jinjang pelamin :)

Oklah, mahu bersiram kemudian bersiap-siap nak keluar. Doakan gaji aku cepat masuk. Tipon pon dah takde kredit. RM0.00 sobsob.. *asal aku bunyi cam papa kedana sangat ni? ish ish ish*

Take care all! :D

2 comments:

  1. wow, mencuri gamba tunang saya. wee ~ thanx for coming wani. sedih sebab tak dapat nak update belog cite pasal tunang. hihi.

    ReplyDelete
  2. chan,

    eheheh sowi ye, curi tanpa kebenaran. asal lak xleh update kat blog pasal tunang? cite jelaa ehe

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...