Friday, December 24, 2010

Lagi Kes Buang Kucing

Assalamualaikum,

Orang kampung aku ni kan.. Tak taula nak cakap. Takde rasa perikemanusiaan kot. Kalo bukan orang kampung aku pun, orang yang buang kucing ni. Tolonglaaa.. kalo nak buang ke ape ke, letakla kucing-kucing ni kat tempat selamat. Kat pasar ke.. bawah bangsal ke.. atas bangsal ke. Sekarang ni kan musim hujann.... Yang pergi buang dekat tong sampah besar tu kenapa? Sampah ke kucing-kucing ni? Ada rupa sampah ke? Jahat betulla kau! Ai geramlah aku!!

Ayah aku jumpa lagi anak kucing yang dibuang di tong sampah. Kali ni dengan ibu ibunye sekali kena buang. Sekor ibu kaler kelabu asap. Sekor lagi campo2 kaler, aku bese panggil kucing camni kucing cindai (dunno where it comes from anyway).



Ibu kelabu asap dan 3 anaknya. Sepatutnya ada 4 tapi sekor mati dah. Mungkin sebab kesejukan.



Ini ibu cindai tu. Anak 2 ekor. Kata adik aku manja sangat sangat ibu ni. Sayang sangat kat anak dia. Anak dia tu masih kecil. Kalo tak silap, masa ayah aku jumpa tu belum bukak mata lagi. Alhamdulillah umur dia masih panjang. Nasib baik jugak ibu dia ada. Kalo tak, memang tak boleh nak survive. Adik aku cakap ibu ni bisu kot huhhu sebab setakat ni tak penah dengar lagi dia mengiau. Adik aku cakap lagi, ibu ni selalu je senyum. Hahaha pelik gak kan, macamana adik aku tau dia tgh senyum eheh.. But if you really love cats, sometimes korang boleh tahu bila dia tersenyum, bila dia marah, bila dia sedih. Seriously! :)


 Semoga panjanglah umur kucing-kucing ni. Mereka tak berdosa! Janganlah aniayai kucing-kucing tak bersalah ni.....

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...