Tuesday, December 28, 2010

Beware: Putrajaya Banyak Penghisap Darah!

Assalamualaikum,

Hari ni aku cuti. Begitu juga esok. Heavennye dok rumah! Boleh bangun tido lewat. Itu yang paling penting ehehe.. Kenapa cuti? Well aku isytihar cuti sendiri sebab Malaysia menang dengan Indonesia semalam hikhik.. Nak mampos? Ingat company tu bapakkk ko punye? Hohoho.. Mimpi jela kan. Aku cuti pasal nak menghabiskan cuti nih sebelum tahun baru. Kalo tak, cuti tu hangus terbakar begitu sahaja. Sape rugi? Akuuu jugak..

Ok jugakla cuti hari ni. Dapat temankan mak aku kat rumah. Takdela dia bosan je melayan si Hanin and Khalis anak buah busuk aku tu. Itupun si Khalis pelik je tengok aku tak pergi keje. Macam tak percaya pulak dia.. Dok sebok tanya, "kenapa Macik Wani tak pegi work arini?" Geram je nak jawab, "ehhh suke ati macik arr.." Tapi aku kan macik yang baik, kenala jawab dengan berhemah. Aku jawab, "macik nak kawan ngn Khalis laa.. Dats why macik Wani tak pegi workk.." Ayat kelentong gile muahaha.. Tak kose aku nak berkawan dengan dia. Berlawan ada la... Harini penat dengan marah budak-budak ni je. Gaya mak tiri pon ada ehehehe.. Tu baru jaga anak orang. Cuba bayangkan bila jaga anak sendiri lak. Haish, macamanalaaa...

Petang tadi after akak aku balik dari kerja bawakla budak-budak ni pegi taman jap. Sambil bawak mak aku jalan-jalan. Pergi park kat Putrajaya ni, satu je aku nak ingatkan korang, TOLONG BAWAK UBAT NYAMUK. Tak pon sapula kat badan tu losen losen ke krim ke ape, supaya tak digigit nyamuk. Banyak betul nyamuk kat sini weh! Agaknye sebab Putrajaya ni banyak sangat tasik kot eh? Patutla every day ada je orang datang mengasap aka fogging rumah. Tapi aku still rasa nyamuk kat sini banyak. Hmmmphhh...jangan kena denggi sudahlah! Nauzubillah, mintak jauh!!~

Esok nak buat ape lak eh? Niat di hati nak gi jogging. Dah laaaaame gila tak joging. Peha ni pon rasa macam dah kembali membesar. Mana taknye, asek makan tido je kan. Marilah bersenam dan nyahkan lomak tak guna itu! Doakanla aku tak buat-buat telajak tido sok ye ehehehe..

Dah dah pi tido. Korang keje. Aku takpe! :P

3 comments:

  1. nyamuk kerajaan tu kt putrajya..hehehe

    ReplyDelete
  2. wooo wooo wooo... hahaha bangun!!! bangun!!! pe ni joging atas katil?! hahahaha

    hv a nice day, wani cyg!!~ (^__^)v

    ReplyDelete
  3. jmr,
    nyamuk kerajaan nih gemok gemok betul. banyak makan apa la nih ahahahaha

    l.r,
    halamakkkkkkkk..... kantoi ngan yana lakss.. td rasa cam tengah joging. rupanya mimpi ahahahah...

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...