Friday, December 31, 2010

au revoir 2010, bienvenue 2011

Assalamualaikum,

Sudah hampir tiba masanya untuk kita ucapkan selamat tinggal pada 2010.. Pantasnye masa berlalu kan? Rasa macam baru je semalam aku dok pikir ape aku nak buat untuk tahun 2010. Sekarang dah nak kena pikir 2011 nak buat ape. Nak capai ape.

Memula sekali, aku nak panjatkan kesyukuran aku pada Allah SWT sebab masih beri peluang pada aku untuk meneruskan hidup di bumi milik Dia ni. Alhamdulillah, aku masih ada kudrat nak laksanakan kerja-kerja aku di dunia ni dan juga untuk sentiasa mengingati-Nya. Paling syukur, aku masih punya seluruh ahli keluarga aku. Jatuh bangun 2010 ni, dorang ada bersama aku. Ayah, Mak, Kak Ayu, Kak Anum, Abe Azim, Dili, Kak Mas, Dila. Anak buah aku, Alia, Hafiy, Alissa, Hanin, Khalis, Luqman, Imran. Alhamdulillah, aku syukur. Walau sederhana, kami bahagia :)

Pasti juga aku syukur, hubungan aku dengan my pumpkin is standing very strong. Dah masuk 2 tahun dah kami berpacaran (gile puitis ayat ahaha). Alhamdulillah, kami berjaya tempuhi banyak dugaan. Yela, duduk jauh-jauh kan. Rasanya 2010 ni tak banyak kot kitorang gaduh ehehe.. Ke banyak tapi aku tak amik pot sangat? Yelah, penatla nak gaduh-gaduh. Dah tak kose ehehe.. Erm tahun 2010 ni, aku bawak my pumpkin balik rumah, jumpa parents aku. Alhamdulillah, penerimaan dorang baik. Tho ayah cam layan tak layan ahaha.. I know ayah ayah ni memang macam tu kan. Depan depan jual mahal tapi belakang aku banyak jugak dia bertanya dengan mak pasal my pumpkin hihih..

Ape-ape pun, aku syukur, 2010 is not a bad year at all...

What happened in 2010? Nothing much really. Ada orang tahun 2010 ni bertunang, kahwin, dapat anak, and macam-macam lagi benda bes. Aku belum merasai lagi tuh ehehe...

April: Tukar profesion keje, tapi masih di company yang sama. Sebelumnya as Admin Assistant, selepasnya dan hingga kini as Supply Chain Assistant. Orang kata aku ni dinaikkan pangkat but I dont think of it that way. Kenapa tukar profesion? Entahla, dah orang tak nak aku keje as Admin ehehe.. Hmm aku pikir mungkin sebab aku lebih mahir buat keje Supply Chain ni daripada Admin. Nak jadi Admin, ko kena bijak membuat keputusan, pantas bertindak jika berlaku apa-apa, very very independent and polite and firm with the staff. Aku tak bleh. Aku tak pandai. Jadi ada bagusnya aku tukar profesion. Thanks pada company saya yang tak buang saya keje sebaliknya bagi keje lain yang lebih sesuai. Saya memang beruntung dapat keje di company tu :)

September: Banyak sangat benda berlaku. My sister accident. Kete habis remuk tapi alhamdulillah dia tak de ape ape. Cuak tak payah cakap. Aku yang urus semuanya. Penat jiwa penat segalanya. Tapi, berat mata memandang berat lagi bahu yang memikulnya. I bet my sister lagi penat. Saya respek dia. Dia sangat tabah. Things happened for a reason. We never know.

Err itu je kot? Seriously nothing much. Hidup aku biasa-biasa sahaja. Nothing extraordinary. Simple

Azam pulak. Apa azam tahun ni? Seblom tu, lets see my resolution last year. Aku ada mention 3 benda dalam my entry on new year's eve last year [http://amalini.blogspot.com/2009/12/adios-2009-hola-2010.html].

Tercapai ke tak eh azam aku tuh? heheh

Satu -- on July, I'll turn 25!  - Wait, this is not resolution! hehe.. Memang tercapai dah ni. Aku sekarang pun dah berusia 25 tahun 5 bulan :D 


Dua -- aku nak uruskan kewangan aku dengan lebih baik tahun ni. Hmmm.. jadi ke tak eh? I think tahun ni, aku urus kewangan aku jauh lebih baik dari 2009 la. 2009 tu baru-baru keje, baru nak start dapat duit sendiri. Memang kureng retila nak urus duit. 2010 ni betterla. Dah ada simpanan bulan-bulan. Tapi aku belum puas hatila. Sebab kadang-kadang pon kering jugak poket nih. Tak taula mana tak kena. Nak kata aku kuat shopping mopping tak kot. Baju baru, kasut baru dah lama tak beli. Entahla. 2011 kena figure out and do something!


Tiga -- kurus kurus kurus.. Hahaha yang ni, dah hujung-hujung tahun baru ada kesedaran nak betul-betul kurus. Itupun spontaneously. Tetiba jek. Cik Hani yang bagi aku link budak nih. Terus aku bersemangat nak follow. So, starting October hingga sekarang, aku cuba untuk menguruskan badan. I started with 72.7kg and now I weighed 67kg (timbang last Wednesday). Bukan aku tak syukur dengan keadaan aku sekarang. Ini untuk masa depan jugak. BMI aku sekarang overweight. So i have to do something. Tak nak nanti dah tahap obesiti baru aku nak mula. Tahap tu mungkin dah agak payah. kan? Lagipun aku masih muda. Tak nak dihinggapi penyakit  yang kronik. Oh, ada yang kata aku diet nak kurus ni sebab nak kawin. haha.. pandai pandai je ye ehehe.. Tapi okla tu, dah kurus pastu kawin. Bonusla untuk aku. Nanti senang fit baju kan kan kan :P


Itu 3 perkara yang aku expect will happen in 2010. What about 2011? Apa yang aku nak?


Satu -- Aku nak cari keje area Lumut or mana-mana area dekat dengan Lumut (ini kalo bos tahu ni, mati!)


Dua -- Aku nak kawin dengan mypumpkin! Ini memang kehendak sokmo-sokmo nih ehehe.. Insyallah, planningnye 2011 la, tapi bulannye tah bila. Doa-doakan aje ye ;) This is why aku nak cari keje di Lumut :)


Tiga -- Pastinye nak urus kewangan dengan lebih baik. Nak kumpul duit banyak-banyak lagi. Hujung tahun bleh beli rumah, yeah! :D


Empat -- Nak lebih istiqamah dalam membayar hutang PTPTN. Hutang wajib dibayar. Tahun ni aku ada la cilok-cilok tak bayar. Bukan ape, duit tak cukup ma. Apa bleh buat? Tahun 2011 ni insyaallah la, ada rezeki lebih, aku bayarla lebih ye incik PTPTN??


Lima -- Turunkan berat badan lagi! Aku aim nak turun sampai 57kg. 10kg je lagi. Targetnye pertengahan tahun 2011. Kita tengok jadi ke tak jadi :)


Cukupla lima. 


Apa-apa pun, kita hanya merancang, Tuhan lah yang menentukan segala-galanya. Aku harap 2011 akan jadi tahun yang lebih baik, banyak lagi peristiwa manis dan semoga aku sentiasa mendapat keredhaan-Nya. Insyallah.


Selamat Tahun Baru semua! Wish you all the best in 2011!



4 comments:

  1. walawehh....da trn 5 kilo..mai tgh berusaha gak...mcm ader kurg...tp tak berani nak timbang...hahahaha

    ReplyDelete
  2. haha 5 kilo pastu skang tak turun2 dah. huhuh.. timbanglaaa baru leh tahu hasilnye hihih

    ReplyDelete
  3. jelezzzz nih....nak berdiet jgklah tapi mesti 2 3 ari jah semangatnye...lepas tu ke laut belako...

    syabas syabas...byk tuuuuu turun

    ReplyDelete
  4. dillah,

    mari2 kita sama2 usaha ehehe... kena ada semangat baru jalan! pk nak tnjuk kat somi badan cam model ke kan. huh sure ternganga dia nnt ahaha.. jum2

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...