Tuesday, December 21, 2010

Assalamualaikum,

Apa kabar korang semua? Aku ok ok aje. Tapi sebenarnye takdela berapa sihat sangat. Dah 2 minggu selesema and batuk-batuk. Sekarang dah kurang dah sket tapi suara still sengau-sengau. Teruk betul masalah sinus aku ni kan? Kena lak aku ni jenis yang liat sket nak jumpa doktor. Biar jela dia hilang and sembuh sendiri.. Oh teringat haritu ada jumpa doktor kes aku ada jerawat dalam hidung tu. Boleh pulak doktor tu gelakkan aku siap cakap saya pun tak tahula nak bagi ubat apa kat awak ni. Dah suluh lobang hidung aku dia gelak-gelak lagi. Banyak sangat  ke bulu hidung aku? Tahi hidung aku dok berjoget-joget ke yang dia terhibur sangat tu. Hangin jugak rasanya. Tapi aku ni kan jenis penyabar. Takpela doktor, ko gelakla suka-suka hati. Hari ni hari kau, esok lusa hari aku (wah wah bunyi cam berdendam je). Ape-apepun, alhamdulillah jerawat tu hilang dah. Aku pon dah serik dah nak pegi klinik tu. Nasib baik swipe medical card jek. Kalo kena bayar, mahu aku maki hamun doktor tuh ehehehe..

Erm, aku berseorangan jek kat opis neh. Department lain ada la staffnye, department aku, tinggal aku sorang je. Sorang dah cuti untuk krismas sampai next year (bunyi cam jauh je next year, padahal 2 minggu je lagi). Bos pulak half day harini. Khamis, Jumaat dia cuti. Isnin ngan Selasa, aku pulak cuti. Weehuuu.. seronok! Mak ada kat sini, lehla bermanja-manjaan :D Adik aku Rabu ni nak balik Kelantan dah after sebulan lebih dia kat sini. Huu dah takde kawan. Sedih. Aku memang close dengan dia. Although gap jauh, 6 tahun! Tapi ape-ape masalah aku memang selalu kongsi dengan dia. Pendek kata sume rahsia aku yang dalam kain mahupun luar kain adik aku tahu. Dia penah cakap, bila aku dah kawin nanti dia nak duduk dengan aku. Macam cite omputih Hope & Faith tu (sape-sape penah tengok?). It's a story of sisters staying together. Sorang dah kawin and sorang lagi belum. Yang belum tula selalu bikin masalah. Sampai pening akak yang dah kawin ni. Abg ipar laaagila pening ehehe.. Laling, nak duduk dengan I buleh, tapi jangan sampai Incik Din pening ye ehehehe..

Gonna miss you sis! :)

Erm 2,3 hari ni baca surat khabar, banyaknyela berita yang tak menyenangkan hati. Haritu pasal yang kena tikam 19 kali tu sampai anak dalam kandungan mati. Pastu Imam kat Sarawak yang kena baham dengan buaya. Pastu cerita gadis berusia 16 tahun yang dibunuh rakan sendiri. Hari ni pulak baca berita kemalangan maut bas 2 tingkat di Simpang Pulai. Aduhhhh... ni yang malas nak baca surat khabar ni. Tapi kalo tak baca orang kata aku katak bawah tempurung pulak kan. Berita macam-macam. Dari berita politik yang makin mengarut, berita jenayah yang makin menjad-jadi dan terlampau kejam. Ish.. seriusla, baca berita memang membahayakan kesihatan. Boleh lemah jantung aku nanti sebab terkejut dengan berita-berita sadis ni. Ape-ape pun, sama-samala kita berdoa supaya diri kita, ahli keluarga dan rakan-rakan sentiasa dilindungi Allah dan dijauhkan daripada benda-benda macam ni. Nauzubillahiminzalik. Kepada keluarga mangsa yang terlibat, takziah.. Pasti ada hikmah di sebalik kejadian.

Oklah, sampai sini dlu. Later ada cite aku update lagi. Take care all :)

2 comments:

  1. bagus betul ko tau info semua tu. saya ni tak baca paper langsung. sejak dua menjak ni, busy bagai. hadoi. tak sempat nak berhoye-hoye.

    ReplyDelete
  2. chan,

    ini pon baru baca berita satu hari, dah macam2 cerita dah..huhuh

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...