Friday, December 3, 2010

Aduhai, minyak naik!

Assalamualaikum,

Baru balik jogging, bukak facebook, a friend share this news from mStar. Terbeliak bijik mata 0_0

RON95 Naik 5 Sen Kepada RM1.90 Seliter
Published: Jumaat Disember 3, 2010 MYT 5:29:00 PM
Updated: Jumaat Disember 3, 2010 MYT 5:38:20 PM
PETALING JAYA: Harga petrol RON95 akan meningkat sebanyak 5 sen mulai tengah malam ini menjadikan harga baru bahan api itu kepada RM1.90 seliter.
Setiausaha Akhbar kepada Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Ruhaidini Abdul Kadir ketika mengesahkan perkara ini kepadamStar Online sebentar tadi berkata, kenaikan itu bertujuan mengelakkan jurang harga besar antara RON95 dan RON97.
“Keputusan kenaikan harga petrol RON95 sebelum ini RM1.85 seliter dibuat ekoran kenaikan harga minyak di pasaran dunia,” katanya.
Harga petrol RON97 naik sebanyak 15 sen kepada RM2.30 seliter bermula pada 1 Disember lalu yang mengekalkan harga RON95 pada RM1.85 seliter.
Kenaikan kedua-dua harga RON95 dan RON97 yang dibuat kerajaan itu berdasarkan pelarasan subsidi petrol dan mengapungkan harganya dari semasa ke semasa.
Kerajaan pada 1 November lalu menaikkan harga petrol RON97 sebanyak 5 sen kepada RM2.15 seliter namun masih mengekalkan subsidi petrol RON95.


Oh yeah, mau menangis! Baru je happy sebab RON97 naik RON95 tak naik. And happy sebab Cik Bibab pakai RON95 je.. Sekali dapat berita macam ni, memang hancur luluh hati huhuh.. Terus teringat minyak dah tak banyak and esok nak travel. Nak tak nak malam ni nak kena isi. Tengok pulak purse yang dah makin kering. Teringat juga duit dalam akaun yang dah tinggal berapa puluh ringgit je. Gaji bulan ni, 12 hari lagi baru masuk. Kalau aku dapat bantuan khas tu takdela rasa seksa sangat bulan ni..Aduh..... Terpaksala ikat perut.

Jangan terkejut kalau lepas ni pinggang aku jadi ramping macam pinggang kerengga ni


Out!~ 
Serbu stesen minyak berdekatan!!!

1 comment:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...