Friday, December 31, 2010

Ada Lagi ke Abg Jamil ni kat Bukit Bintang?

Assalamualaikum,

Kawan sekerja aku tahu aku minat gila gila dengan kucing. Dia share video kat bawah ni dengan aku.

Video ni mengisahkan Abg Jamil yang suke kutip kucing di jalanan pastu dia bela, dia jaga dengan baik. Lepas tu dari rumah dia, dia bawak kucing-kucing ni naik skooter pergi Bukit Bintang. Di depan sebuah kedai dia buat pameran kucing-kucing tu. Public boleh datang amik gambar, main-main dengan kucing dia. Serius jinak kucing-kucing tu. Comey comey lak. Adeh geram je. Masa dia bawak naik skooter tuh, aku yang ngeri. Bukan ape, dibuatnya kucing tu terjun atas jalan ke kan. Huh.. tapi, kucing dia relax jek atas skooter... Selamba je amik angin. Cayalah ehehe

Aku respeklah kat Abang Jamil nih. Bersungguh-sungguh dia amik kucing kat tepi jalan tu, jaga elok-elok. Dari kucing kurap boleh tukar jadi kucing yang tercantek.. Good job! :)


Sape penah jumpa Abg Jamil & kucing-kucing dia ni? Dia ada lagi tak kat Bukit Bintang? 
Aku teringin nak jumpe :)

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...