Tuesday, November 16, 2010

Orang Melayu dah Tak Ada Rasa Malu?

Assalamualaikum,

Dua tiga hari ni, dok membelek-belek internet (belek ke?) macam-macam ceritala pasal orang Melayu kita nih.

Satu pasal video bercium yang dah femes, tersebar dengan pesatnya dalam Facebook. Aku ingatkan yang tak tahu malu bercium di khalayak ramai tu bukan orang Melayu. Aku tak tengok video tu, jadi tak tahu. Tapi bila kawan aku bagitau yang melakukannya ialah orang Melayu, yang sebangsa dengan aku, dan yang pastinya Islam juga (Islam kah kalo sudah beraksi begini?) aku terkedu jugak sejenak. Terkejut. Dah takde rasa malu ke dorang ni?

Dua, kisah Uncle Seekers pencari hantu yang sebok dok mengaibkan diri sendiri dan bekas permaisuri Selangor dulu. Aduhai... Kalaulah benar ape yang dicanang-canangkan, please, keep it to yourself. Selesaikan sendiri. Usah diceritakan aib tu kepada orang ramai.

Tiga, AC Mizal dan gelang tungstennya. Sedang bedebat dengan blogger Addib Muaddib yang dah mendedahkan pelbagai cerita yang aku pikir ada benarnya. Tapi wallahualam lah. Hanya mereka yang terlibat saja yang tahu. Aku sendiri memang tidak setuju dengan bisnes MLM nih. Tidak pernah berminat. Bagi aku, untuk memperolehi kesenangan, biarlah ia datang dari usaha dan titik peluh kita sendiri. Ni kalo setakat bermulut manis, menjual barang yang entah baik atau tidak, lebih baik tak payahla.. Hidup biar sederhana, tak usah mengejar kekayaan. Kita kat dunia ni sekejap je......

Rasa insaf sejenak.. Ya, Allah, bimbinglah hamba-Mu ini ke jalan yang benar. Jauhi aku, lindungi aku dari terjerumus ke dalam lembah kemaksiatan dunia ini. Pada-Mu saja Ya Allah aku berserah...Amin...

5 comments:

  1. bdk bercium tu...mmg memalukan org ISLAM!..adegan2 mcm ni sepatutnyer kerajaan amik tindakan...paling kurg jabatan agama.....mmg ader tindakan...bangang btl...rasa nak g tampar jer bdk 2 ekor tu...

    ReplyDelete
  2. erm teruk sangat ke vid tu? org malas nak tengok. malas nak sakit2 mata tgk bnda camtu. kan dia buat depan orang ramai, xkan xde sape pon yang berani pergi lempang? atau sume tutup mata seblah je kan. malas nak campo.... macam2la... dah tersebar camni, mmg patut ambil tindakan la..

    ReplyDelete
  3. org ada tgok viedo tu. mmmg memalukan. tepi jalan lak tu. kete lalu lalang, tengok dek bangsa lain. ish. bodoh sggh dorang tu.

    ReplyDelete
  4. erm..skrg ni mcm2 hal kn..benda yg sgt pelik dilakukan, tp zmn skrg org selamba jek wat..dunia oh dunia..

    hanya iman jd perisai..spya kita dilindungi dari perkara2 buruk..insyaALLAH..

    shi gi blog uncleseekers tu..rsa nk muntah le..ntah ape le yg die cuba wat tu kn..? sabo jek le!

    ReplyDelete
  5. lemonade,
    tu bukan tahap bodoh je tuh. bangang sumela huhuh..

    shi,

    yep hanya iman yang menjadi prisai. semoga iman kita sentiasa teguh!

    haa kan.. geli! tak taula apa motip. hmmm

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...