Friday, November 5, 2010

Lagi Kemalangan Membabitkan Bas Ekspres! :(


 Assalamualaikum,

Terasa macam baru je baca berita pasal kemalangan ngeri bas ekspres Delima yang mengorbankan 13 orang. Kemudian kisah kemalangan di Genting Sempah yang mengorbankan 7 orang anak-anak muda. Hari ni, selak Berita Harian Online, ada lagi kemalangan membabitkan bas ekspres! Kali ni, bas ekspres Transnasional terbabas masuk ke dalam sungai di Pekan, Pahang mengorbankan seorang lelaki dan 2 orang wanita cedera parah.

Berita dari Berita Harian:

PEKAN: Seorang lelaki terbunuh manakala dua wanita cedera parah apabila bas ekspres Transnasional  yang membawa 33 penumpang dari Johor Bahru ke Kuantan hilang kawalan sebelum terbabas dan terbalik lalu memasuki sungai di Kilometer 20 Jalan Pekan-Nenasi dekat sini malam ini.

Dalam kejadian jam 8.15 malam itu, Ismail Nakayudin Hamdan, 25, dari Taman Cenderawasih, Kuantan, meninggal dunia di tempat kejadian dipercayai akibat lemas. 


Ketua Polis Daerah, Superintendan Yahaya Othman, berkata mangsa terperangkap di dalam bas berkenaan yang separuh tenggelam. 

Beliau berkata, penumpang lain berjaya menyelamatkan diri melalui pintu kecemasan bas terbabit.
Menurut Bernama, pemandu bas dan penumpang lain tidak mengalami kecederaan. Pemandu bas kini ditahan untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1985.


Masyaallah, takutnya bila aku baca berita-berita yang melibatkan bas ni. Yelah, keluarga aku memang menggunakan bas untuk travel jauh. Lebih-lebih lagi mak ngan ayah aku memang selalu naik bas je bila ke Putrajaya ni. Naik bas Transnasional pulak tu huhuh.. Mintak jauhla benda-benda ni daripada terjadi kepada keluarga aku, nauzubillah....

Memangla orang kata malang tak berbau and ajal maut tu di tangan Tuhan. Tapi kita sebagai manusia yang ada akal ni, boleh berusaha untuk mengelakkannya dari terjadi, betul tak?

Kepada pemandu pemandu bas di luar sana, please please please, drive safely! Anda memikul tanggungjawab yang sangat besar untuk membawa penumpang-penumpang ke destinasi yang dituju dengan selamat. Bukan saja nyawa mereka, fikirkan juga nyawa sendiri.  Jangan memandu terlalu laju. Yes, bas ekspres memang selalu dipandu laju. Jangan jadi samseng di jalan raya! Berhemahla semasa memandu. Tolongla patuhi had laju yang dah ditetapkan...... Please!

Pengusaha bas pulak, please do something. Jangan sekadar memikirkan keuntungan. Orang dah bayar tiket mahal, dah bagi anda profit, use that money to invest on safety measurement. Lagi satu, susun jadual perjalanan bas dengan efisien. Aku pernah dengar pemandu bas merungut jadual perjalanan yang sangat padat sampaikan tidur pun tak cukup. Plan the time wisely. Bagi masa untuk pemandu dapat rehat yang secukupnya. It's good for everyone.



Cukup-cukuplah nyawa yang tak berdosa ni melayang.......................

2 comments:

  1. nk buat cm ne wani..dh nk jadi...

    ReplyDelete
  2. hmmm mmgla zura.. tp at least ada la jugak sesuatu yg dibuat utk elak benda ni dari terjadi lagi

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...