Friday, November 19, 2010

Kadar Caruman KWSP - 8% to 11%

Assalamualaikum,

Harini bukak website KWSP, nak update address. Tengok kat homepage ada la berita pasal kadar caruman ni. Dah naik balik dah. Dulu (tahun 2009 kot?) employee ada option nak pilih 11% atau 8%. Aku stick to 11%. Takpela  banyak sket gaji bulan-bulan kena potong. Asalkan simpanan untuk hari tua tu ada huhuh.. Kesian orang keje prebet cam aku nih kan? (Bila gomen nak amik aku keje niii :P)




Kadar Caruman KWSP Pekerja Dinaikkan Semula Ke 11 Peratus Pada Januari 2011


Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) ingin memaklumkan bahawa kadar caruman berkanun bahagian pekerja akan dinaikkan semula kepada 11 peratus daripada 8 peratus berkuatkuasa dari gaji bulan Januari 2011 dan dibayar kepada KWSP mulai bulan Februari 2011.

Kadar caruman berkanun pekerja diturunkan untuk tempoh dua tahun daripada 11 peratus kepada 8 peratus bermula gaji bulan Januari 2009 hingga Disember 2010.

Majikan dinasihati memastikan amaun caruman yang betul dipotong daripada gaji pekerja berdasarkan kadar caruman baru ini dan dibayar kepada KWSP bermula dari caruman bulan Februari 2011.

Ahli yang sebelum ini mengemukakan Borang KWSP 17A (AHL) Khas/KWSP 17AA Khas untuk mengekalkan kadar caruman pada 11 peratus sepanjang tempoh dua tahun tersebut tidak perlu mengambil sebarang tindakan.

Caruman KWSP bulanan bahagian majikan kekal pada 12 peratus.

Majikan yang memerlukan maklumat lanjut boleh mengunjungi cawangan KWSP terdekat, menghubungi Pusat Panggilan KWSP di 03-8922 6000 atau menghantar pertanyaan mereka melalui laman web myEPF di Enquiry.

(NIK AFFENDI JAAFAR)

Pengurus Besar
Perhubungan Awam
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja

Tarikh: 18 November 2010


News source:
[http://www.kwsp.gov.my/index.php?ch=p2news&pg=bm_p2news_press&ac=3410]

1 comment:

  1. baguslah dinaikkan kembali, lagipun ekonomi bertambah baik kan

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...