Sunday, November 7, 2010

Bas Transnasional Accident Lagi!

Assalamualaikum,




Masyaallah.. itu yang terkeluar dari mulut aku bila baca berita di blog Mama Hanim yang sentiasa berkongsi berita semasa.

Lagi kemalangan bas ekspres! Transnasional jugak. Kali ni di Jalan Lipis-Merapoh, Pahang. Aduh, lemah je rasa. Bukan ape, like I said before, my family ni pengguna setia bas ekspres Transnasional ni. Dari Putrajaya nak ke Kota Bharu ataupun sebaliknya memang kitorang takkan cari bas lain selain Transnasional. In fact, kakak aku nak datang dari Kelantan nanti. Datang dengan train, balik nanti dengan bas Transnasional. Aku dah beli dah pon tiket tu semalam. Aduhhh risauuu.. runsing... takutt... semua ada ni.

Kenapa tak serik-serik lagi ye? Dah banyak dah berita kemalangan ni, kenapa mereka tak bear in my mind? Tolongla jangan memandu dengan laju. Kena pulak bas yang trip malam tu. Kan malam, gelap, dibuatnye ada binatang melintas, tak sempat nak brek, terus terbabas. Aduhh ngerinya. Siang-siang pun sama. Kadang-kadang masa nak memotong kenderaan lain tu pun kena beringat. Make sure lorong sebelah kosong. Hmm..aku nak membebel pasal cara pemanduan pon tak kena sebenarnye. Masing-masing dah tau. Semua tu basic. Tolonglah berhemah di jalan raya. Tolong ye? *merayu sangat-sangat*

3 comments:

  1. mujur dh nk abes blaja sndiri x naek bas trans lagi nk g blaja.

    ReplyDelete
  2. elis, erm tula.. kita mintak jauhla supaya benda2 ni tak jadi kat kita kan..

    ReplyDelete
  3. semoga kita semua berhati hati slalu hendaknya..


    -- ada nama ambo dlm n3 tu, malu2 i..hehe.. tq sudi link..

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...