Sunday, November 7, 2010

Aktiviti 071110 - Hari Lenguh-lenguh Badan

Assalamualaikum,

Hoho kontroversi je tajuk. Ape yang aku dah buat sampai lenguh-lenguh badan ni? :P

Aku takdela buat kerja berat angkat guni beras ke tong gas ke ape. Harini masih hari bermalas-malasan, lepak atas katil mengadap laptop je. Cuma ada extra activity pagi tadi. Aku join senam robik! hoho.. Senam robik ni aku tak sure anjuran sape tp dia selalu buat hari Ahad kat pusat kejiranan precint 9 nih. Awal pagi tadi menapakla aku ke sana.

Syok jugak senam robik ni. Keluar abes segala peluh. Di setiap celah hihi.. Non stop dok bergerak depan belakang, kanan kiri. Cikgu dia memang best. Step takdela susah sangat. Senang je nak ikut. At first segan jugak nak join sebab kebanyakan yang join tu mak mak orang huhu..And they have known each other. Yang muda muda pon ada tapi dah ada gang masing-masing. Tinggalla newbie cam aku ni kat tepi. But I did make friend tadi. Borak-borakla ngan sorang akak ni, Kak Zana namanye. Jumpa Ahad depan ye kak ;)

Gambar dok berjoget-joget takdela pulak aku snap. Takmola aku amik gambar. Kang dorang dorang ni cakap dia ni nak exercise ke nak amik gambar huhuh.. Lagipon still dalam mode segan kan. Tunggu bila aku dah kenal kenal orang blehla nak snap snap gambar :D Oh ye, lelaki pon ada join. And dorang dok belakang. Ish sangatla tak selesa rasa. Yela kan, pergerakan senam robik ni menuntut kita gerak-gerakkan badan, bontot ape sume. So bila dorang ni dok barisan belakang, dorang puasla mencuci mata kan, walaupon mungkin takde niat pon. Pengajaran untuk aku, next week pakai baju labuh labuh sket. Tadi baju agak singkat, nak angkat tangan pon terkial-kial sebab sebelah lagi dok tarik tarik baju nak cover belakang yang dah terselak. Huuu~


Oh ye, ni je gambar yang aku snap tadi. Orang tengah para sailing. Er korang nampak tak kat atas langit tak-biru-tapi-mendung tu? Amik pon sebab nak mms tunjuk to mypumpkin. Dia sukala benda-benda camni. Siap suruh aku try main lagi. Uishh tak kose! Dibuatnye jatuh terhempas lam tasik depan flat hijau tuh, mati lemas aku yang tak pandai berenang nih. Dahle hero Tamil saya ni dok jauh nak selamatkan pon ehehe...

Habis senam robik, huhhhhh penangan dia... Adoi doi doii... Cam orang tua dah rasa. Nak naik tangga pon rasa cam takde pinggang. Sakit!! Bila baring syoknye rasa. Tapi bila nak bangun tu, adoiiii sakittt... Ni baru first time join kan.. Hopefully after few times okla.. Bersenam untuk kesihatan! The pain I'm having right now is a pleasure in the future kan?

That was my day today. Banyak habiskan masa atas katil, online. Langsung tak keluar. Oh tipu, lepas maghrib tadi keluar jap pegi tapau dinner kat foodcourt :D

Sok anda dah start bekerja kan. Selamat bekerja. Jangan malas-malas! Taula banyak hari cuti hehe.. Jangan jeles, saya cuti lagi esok. Dan lusa. hhihih..

Take care all! :)



Oh p/s: Puan Dillah, tag tu nanti saya jawab ye. Tenagh pk apela 25 fakta tentang diri saya ni. Nothing much to tell actually cos I'm quiet boring. Nothing interesting bout me. Tapi takpe, saya akan cuba jawab. Let me think first ya ;)

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...