Saturday, November 6, 2010

Aktiviti 061110 - Bermalas-malasan di Rumah!

Assalamualaikum,

How was your day today? Harap-harap everything is great for you.. As for me, harini ialah hari yang sangat membosankan! huhuh..After semalam yang penuh menyeronokkan, harini bosanla pulok. Dok rumah je. Tak ke mana-mana.

Seawal pukul 7 pagi, lebih-lebih sket, aku keluar bersenam. haha jangan tak percaya ye? Aku sekarang cuba mendisiplinkan diri melakukan senaman. Kata nak turunkan berat badan kan.. Aku tak nak la sekadar mengawal makanan. Exercise pun penting gak. Lebih-lebih lagi untuk buang excessive fats tu. Insyaallah, kalo komited, penuh berdisiplin berhasil la kan. Aku skarang sedang berusaha nak buang lemak kat perut neh. Masih buncit huhuh.. Orang kata nak kempiskan perut kena buat sit up. Tapi aku ada baca kat satu website ni, situp is a big no no if u want to lose the belly fat.. Nanti aku share ye :) Aku bersenam tak jauh, dekat-dekat rumah ni je.. Sekadar joging satu round lepas tu jalan beround-round hahaha.. Tak larat weh nak lari. Aku memang fail bab lari ni. Lari sket dah mengah huhu.. So better jalan. Jalan pon ok what? Kan sekarang ada kempen jalan kaki 10km sehari.. Jalan kaki pon leh turunkan berat badan tau! ;)

Balik dari bersenam, breakfast lak. 2 hari ni aku makan scramble eggs with mayo & chicken frankfurter. Carbo dia tak banyak sangat. So blehla makan. Yep, aku still follow Atkins Diet. Setakat ni takde masalah ape-ape pon. Ada orang bila follow Atkins, ada masalah sembelit. Tapi alhamdulillah aku takde masalah tu. Lagi. huhuh semoga janganla ada masalah sembelit ni ye? Minum air banyak banyak! After 2 and a half weeks, berat aku turun 4 kilo plus plus. Huu sikit sebenarnye tu. Bese yang follow Atkins, dalam seminggu atau 2 minggu dah turun almost 10kg. Tapi tadi aku ada baca dalam Majalah Rapi keluaran November, a doctor said:

"Penurunan berat badan sebanyak 1-2kg dalam seminggu adalah selamat. Jangan turun berat badan dengan banyak secara mendadak, contohnya 10kg dalam sebulan, kerana ini adalah bahaya kepada kesihatan anda dan berat badan anda akan naik dengan cepat (kesan yo-yo)."

Nak turunkan berat badan ni jangan teralu obses. Cuba apa yang kita mampu dan sentiasa pentingkan kesihatan.

Eh tetiba jadi entry turunkan berat badan pulak hahahah.. Sambung sambung cerita harini :D

Erm dah selesai makan, minum dan mandi, aku buatla kerja umah sket. Basuh baju dalam bakul yang dah bertimbun.. Pemalas gile anak dara neh ahaha.. Takpe, kawin esok (esok??) saya automatik jadi rajin, wah gitu hihihi.. Tengahari pulak masak. Unbelievable tak? hihi.. Dah rajin memasak sekarang. Maklumla dah takleh makan sebarangan. Harini masak simple simple aje. Goreng sayur dengan hati &pedal ayam, goreng ayam untuk budak-budak makan & daging singgang. Ermm yum yum.. Makan daging singgang, teringat mypumpkin. Favourite dia tu :)

Petangnye sket dah bosan tahap ape tah. Tak tau nak buat ape. So aku habiskan masa tu online, mengadap laptop bucuk nih. Blog walking, jenguk blog-blog orang lain. Amik inspirasi hehe.. Suka baca blog orang. Banyak input berguna. Unlike mine yang tah pape nih huhuh..

After Maghrib tadi my sis ajak keluar. Katanya kesian kat budak-budak, terperuk kat umah je. Tengok katun, makan, tido, tengok katun. haha punyela takde life jugak dorang. Memang kesian. At first ingat nak pi Alamanda. Tapi pikir-pikir sure Alamanda penuhh dengan orang. So, we decided to go to KFC Cyberjaya. Dekat, tak banyak kereta dan tak ramai orang.

Anway, tu jela cerita aku harini. Sekarang ngadap laptop lagi. Harini kurang bermesejan dengan mypumpkin sebab dia on duty. And kebetulan pulak kapal ada problem, maka sibuklah dia. Takpe-takpe saya memahami tugas beliau. Lagipon takkan sepanjang masa nak msg calling calling je kan. Sometimes in love perlu ada sedikit kerenggangan. So that rasa rindu tu timbul. Bila dah rindu, rasa sayang pun bertambah-tambah la kan. Tapi sedikit jela kerenggangan tuh. Jangan banyak-banyak pulak. Tak elok! :D


Sekian laporan saya harini. Esok nak buat ape pulak? Garu-garu kepala pikir nak buat ape.........


p/s Nak upload gambar tak dapat pulak. Ape kena dengan image uploader neh. Dengki ape huhu..

5 comments:

  1. salam... wani!!! monink!!! ^__^

    selamat berhujung minggu...~

    ReplyDelete
  2. byk gakla ko turun...aku br bt seminggu atkins...turun 1.5 kg...tp pmbakar semangat gak tu...hehe

    ReplyDelete
  3. shida, first week aku turun 3 kilos. 2nd week sekilo je huhu.. skang xtau bape. rabu nih aku timbang hehe.. rasanya cam sket je.. tp xpe, ingat cakap doc tuh, jangan turun terlalu mendadak :)

    ReplyDelete
  4. btol...turun mendadak sgt xbaik...tp sk sbb bl aku gi upm kelmarin, member2 ada tego la...hehe...thanks kat ko sbb blog psl atkins klo x aku xtau :)

    ReplyDelete
  5. hehe memang ada perubahan kan.. aku dah 2 minggu lebih. still maintain x makan nasik, mi, bihun, roti, buah, gula etc.. dah capai certain weight baru aku makan sket2 kot ehe..

    good luck! to both of us :D

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...