Sunday, November 28, 2010

AD 2010 - Prom Night - Misery to My Life!

Assalamualaikum,


Tema annual dinner company tahun ni ialah, "Prom Night - with a touch of Red & Gold" = PENING!

Tahun lepas, tema Mad Hatters. Memang aku pakai simple gile, beli jek topi koboi, pakai jeans and tshirt. Sempoi abes. Beli belah pon last minute, petang seblom dinner malamnya. Tapi tahun ni tak boleh buat camtu. Sebab aku committee! As committee kena turun ke hotel awal untuk buat preparation and all. So takdenyela nak shopping last minute cam tahun lepas. Tensi gak rasanya ni sebab aku bab bab melaram ni memang sungguh tak retila weh! Ada orang memang tak sabar sabar nak pergi dinner sebab time ni la nak pakai baju vogue de vass, mekap tebal-tebal and cun-cun. Tapi aku? Huhh ni lah time yang paling menyusahkan hidop!

After the theme was announced, my heart start pounding already (macam ape je kan?). Dah risau dah, ape laaaaa nak pakai ni. Prom Night sinonim dengan dress...

ala ala begini
Tapi mana la boleh aku nak pakai macam ni kan??? Gusar-gusar..... aku ni memang buta fesyen la I tell you!

A few friends suggest pakai dress pastu pakai inner kat dalam. Hoh?! Nehi nehi.. Itu lagi aku tak berapa gemar. Nak pakai innr kat dalam ni memang aku tak berapa gemar. Sebabnye lengan aku ni yang besau sangat! Kang pakai ketat-ketat kat lengan tu rasa macam bungkus nangka jek. Oh tidak mahu!

Contoh baju merah ni. hoho bayangkan lengan aku yang besar tu pastu pakai camni.ish, tidak mahu!

Memangle tersangat pening memikirkan baju yang hendak dipakai. As committee jugak kena la pakai baju yang betul-betul menepati tema kan?

Pagi tadi pergi The Mines mencari baju yang sesuai. Akhirnya jumpa jugak. I know my taste is very bad cos aku memang tak pandai nak melaram. Tapi bagi aku, tak kisahla orang nak cakap buruk ke, huduh ke ape pilihan aku tu, yang penting aku selesa memakainya and boleh pakai lagi di masa-masa lain. Takdela rasa membazir kalo beli pakai sekali je kan? Unless aku makin gemok, tak muat lagi dah memakai baju saiz 40 tuh hohoho...

Aku beli baju kurung jek. Nak jadi muslimah yang bergaya di prom night nanti hohoho.. Pedulik ape orang nak kata!!! :D And baju tu ingat nak pakai time majlis merisik nanti! Wah wah sengaja announce pulak. Gediknye saya! :P Cari publisiti sungguh eheh..

Baju dah jumpa, misi seterusnya ialah mencari aksesori colour gold bling bling. Nak yang celup-celup aje, yang original gold tak mampu nak beli! Nak merompak kedai emas pun tak terdaya :P

Hmmm I know this theme ni cam stail kebaratan sket kan. Pasti ada dance floor ape sume (uh benci!). Tapi ape boleh buat la labuuu... dah keje ngn company omputis nih... Committee lak tuh ek? Ape-ape pon, lepas makan terus chow! And please please please mintak-mintakle dapat lucky draw. Hadiah bes bes! :D


p/s:Annual Dinner is on Saturday, 4th December 2010 di Hotel Nikko, Kuala Lumpur.

4 comments:

  1. wani..

    post la pic baju iteww yg hang beli kat mines

    enchik nak tgk gaks!!!

    ReplyDelete
  2. encik ijoy,
    hahaha ko kena tunggu after dinner. akan ku reveal bajuku yg simple mimple tak kena ngn tema prom night langsung! aahaha

    eazy,
    dress tu memang lawo. cuba sy yg pakai camtu. terus jadi lawok ahaha

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...