Tuesday, October 12, 2010

Tragedi 10.10.10 - Kemalangan Ngeri di KM 223

Assalamualaikum,

Sedih sangat baca berita dua hari ni. Dasyat, memang sangat dasyat. Tengok gambar-gambar, video, hati ni rasa pilu sangat. Tak boleh nak bayangkan perasaan ahli keluarga yang kehilangan anak, adik, abang, kakak mereka dalam kemalangan ngeri ni. Akak aku yang kemalangan sikit haritu pun dah buat hati aku gundah, apatah lagi yang meninggal dunia dalam keadaan macamni. Nauzubillahiminzalik. Memang tak tertanggung sedihnye. Buat ahli keluarga mangsa tragedi ni, takziah dan banyak-banyakla bersabar dan berdoa agar mereka semua tenang di sana. Daripada Allah kita datang, dan kepada-Nya jualah kita kembali.

Berikut ialah senarai nama mangsa yang terbunuh dalam kemalangan di Kilometer 223 Lebuh Raya Utara-Selatan dekat Pedas, malam kelmarin:


•R Ramachandra, 52 – pemandu bas Ekspres Delima (Alamat: Batu 3 Kampung Tengah, Klebang Besar, Melaka)
•Muhammad Farizuddin Talib, 19 – penumpang bas (Balai Panjang, Malim, Melaka)
•Azizi Ajis, 20, – penumpang bas (Kampung Japis, Nyalas, Melaka)
•Norazmi Abdul Karim, 24 – penumpang bas (Kampung Pondok Kempas, Selandar, Melaka)
•Sharene Sofia Fadzry Tan, 18 – penumpang bas (Taman Semabok, Melaka)
•Nur Shafika Baba, 19 – penumpang bas (Jalan Pokok Mangga, Melaka)
•Ng Sok Kuan, 52 – penumpang bas (Sungai Udang, Melaka)
•Pau Khaw Tual, 21 – penumpang bas (Warga Myanmar)
•Kam Khaw Tual, 19 – penumpang bas (Warga Myanmar)
•Cin Chwen Tuang, 30 – penumpang bas (Warga Myanmar)
•Goo Chuan Heng, 34 – pemandu van Toyota(Taman Maju, Batu Pahat, Johor)
•Pang Shi Moe, 57 – penumpang kereta Honda Accord (Taman Segar, Segamat, Johor)

Mangsa dirawat (mengikut hospital)

•Hospital Tuanku Jaafar, Seremban – 23 orang (4 parah, 19 cedera ringan)
•Hospital Melaka – 11 orang (2 parah, 9 cedera ringan)
•Hospital Kuala Lumpur – 1 orang (parah dan kritikal)
•Hospital Pantai, Melaka – 3 orang (parah dan kritikal)

Sumber: Berita Harian Online


Gambar-gambar kemalangan korang boleh tengok kat link ni (gambar-gambar agak ngeri, kalo lemah semangat jangan tengok):

http://amazingnara.com/33-lagi-gambar-kemalangan-maut-di-lebuh-raya-plus


BERHATI-HATI DI JALAN RAYA.

JADILAH PEMANDU BERHEMAH DEMI KESELAMATAN DIRI SENDIRI DAN JUGA ORANG LAIN.

4 comments:

  1. salam,
    Al-Fatihah. Bersama kite berdoa semoga kita dijauhkan dari kejadian tidak dingini, Amin

    ReplyDelete
  2. Salam Cikgu Zam,
    Al-Fatihah..
    Amin, semoga kita sentiasa dilindungi daripada ditimpa sebarang musibah

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...