Friday, October 1, 2010

Sahara+Sabah = Sabahara yang Memeningkan!

Assalamualaikum~

Update blog sementara menunggu maghrib. Lepas maghrib nak ke bilik Yana di UPM.

Apakah itu SAHARA? Sambutan Hari Raya sebenarnye :) Few months ago, aku dengan gatal-gatalnye mengutarakan cadangan nak organize sambutan hari raya dengan ex-coursemates di UPM dulu. Niat aku suci dan murni. Nak berjumpa dengan kawan-kawan lama sambil makan ketupat dan rendang. Lama tak jumpa kannnn... 2 kawan baik menyokong, Yana dan Hani. Maka serta merta dorang dilantik jadi co-organizer muahaha..

Kitorang berusahala nak kumpul sume orang supaya join. Yana post event, post macam-macamla. Tapi sedih tak banyak respon. Sedih! Kalo aku yang post lagi takde orang respon. Agaknye aku nih tak famous di kalangan coursemates dulu. Cuba aku famous cam Siti Nurhaliza ke, kompem 101 orang alumni BSAS dulu akan join. Tapi sayang, dek organizernye kurang femes, yang datang pon bape kerat laa.. Total total 23 orang sahaja out of 101. sobsob..

Ape apepon, terima kasih banyak banyak pada yang  akan hadir esok dan pada yang tak dapat hadir, takpe. Kitorang paham. Jumpa di reunion yang lain. Apa yang pasti aku takmo dah organize! muehehe.. Dah cukup pening. Dengan nak cari tempat makan lagi, bajet lagi uhuhu.. Kalo sume support takde masalah sebenarnye. Everything will be very well arranged. Tapi dah ramai yang tak respon, tak boleh datang, kitorang mampu buat ala kadar sajela.

Sabah pulak kenape? Insyaallah Januari 2011 nanti, aku dan 12 other friends akan bercuti di Sabah. Tiket dah book. Tinggal nak fly je. Jangan kitorang lupa sudah. 3 bulan lagi nih eheh.. Memula pening nak book tiket, sekarang pening nak cari tempat tinggal. Huuu.. hari-hari pening! Sape-sape tau budget stay kat Kota Kinabalu, Sabah tolongla bagitau ye. Kalo boleh nak duduk 14 orang dalam satu apartment atau rumah. Apartment memang ada banyak, tapi sumenye maximum 6 persons in one unit. Tak nak amik 2 unit, tak syok. Anybody knows a place that can accomodate 14 people in one place, silalah bagitau saye ye! :)

Okeh, dah maghrib dah. Till then, adios and take care! :)

p.s Oh, Happy October! Pantas sungguh masa berlalu. 2010 dah tak lama lagi dah nak berakhir hmmm

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...