Wednesday, October 13, 2010

Piala Malaysia 2010: Kelantan vs Selangor - Ada penyokong yang mati?!

Assalamualaikum,

Semalam berlangsung perlawanan suku akhir Piala Malaysia 2010 antara musuh tradisi, Kelantan dan Selangor (Kelate ni banyak je musuh tradisi aku rasa ehehe) di Stadium Shah Alam, Selangor. Keputusannya, kedua-dua pasukan seri 0-0. Wah wah rasa macam baca berita sukan jek hihihi.. 

Aku tak tengok perlawanan tu semalam. Kat tv pon tak tunjuk. Rugi rugi.. Kalo tak, mesti rating naik :D Tengok other team main buat aku tertido jah ehehe (jangan marah team team lain tu)..

Anyway, aku dapat berita yang perlawanan semalam memang havoc. Dengan kedua-dua team main 10 orang. Penyokong pulak mengganas, baling-baling mercun. Ish ishh.. Emosional! Main bola je pownnnn... Paling mengejutkan bila pepagi Cik Hani bagitau ada yang meninggal. Hoh,takkan sampai macam tu sekali ganasnye??

Teringat masa aku tengok Kelantan lawan Selangor masa Liga Super few months ago. Kat Stadium Shah Alam jugak. Masa dalam stadium ada jugakla kecoh-kecoh. Tapi masih terkawal. Keluar stadium tu pulak berperang. Ada 2 orang mamat penyokong Selangor sengaja cari nahas masuk kawasan parking penyokong Kelantan. Pastu pulak bawak bendera Selangor. Dahla orang panas dan ganas ko datang wat kacau lak, memang sengaja menempah nahas namanya tuu.. Depan mata aku sendiri aku tengok budak tu kena belasah. Nasib baik ada yang datang meleraikannya. Kalo tak, mau mati jugak ha budak tu kena belasah. Pastu sorang lagi mamat, x serik, sambil lari sambil mengata orang Kelantan. Huii bikin panasssss.... Memang sengaja tuhh.. Aku pun tak suka ganas-ganas, pukul-pukul orang ni. Tapi kalau dah tau pihak lawan ni macamana, janganla sengaja cari pasal. Cuba duduk diam-diam.. Hmmmm macam-macam..

Haa kembali pada tajuk cerita. Aku bukak Berita Harian Online harini, memang ada berita terkini pasal sorang penyokong Kelantan meninggal tapi bukan disebabkan oleh pergaduhan ke ape, tapi sebab sesak nafas.


2010/10/13


KUALA LUMPUR: Seorang penyokong pasukan Kelantan mati dipercayai akibat sesak nafas ketika bersesak keluar dari Stadium Shah Alam selepas tamat perlawanan suku akhir pertama Piala Malaysia antara Selangor dan Kelantan, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Noor Azam Jamaluddin, berkata mangsa yang dikenali sebagai Che Karma Sulaiman, 39, dari Bachok dan bekerja sebagai pegawai keselamatan, telah dibawa ke Hospital Tuanku Ampuan Rahimah, Klang untuk pemeriksaan lanjut.

Beliau berkata mangsa yang duduk di Aras 5 stadium berkenaan, ditemui pasukan paramedik ketika mula mengalami sesak nafas, bagaimanapun mengatakan dia okay ketika ditanya mengenai keadaannya.

"Menurut rakannya, si mati pada mulanya mengalami sesak nafas ketika perlawanan berlangsung, namun, ketika ditanya sama ada okay atau tidak, dia kata okay.

"Namun keadaan mangsa semakin teruk ketika mahu keluar dari stadium selepas tamat perlawanan dan dia rebah ketika menghampiri gerai menjual cenderamata sebelum meninggal dunia," katanya kepada Bernama.

Ketika itu, berlaku sedikit kekecohan di luar stadium sejurus tamat perlawanan selepas penyokong kedua-dua pasukan melakukan provokasi terhadap lawan masing-masing, namun berjaya disuraikan oleh Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU).

Noor Azam berkata setakat ini, polis belum menerima sebarang laporan mengenai angkara vandalism terhadap kereta.

Sementara itu, beliau berkata seorang penyokong Selangor cedera di kepala dipercayai dibaling dengan objek. Katanya, mangsa kini dirawat di Hospital Tuanku Ampuan Rahimah.

Pada perlawanan suku akhir pertama itu, tuan rumah terikat tanpa jaringan dengan Kelantan, dan perlawanan suku akhir kedua akan berlangsung di Stadium Sultan Muhammad ke 1V di Kota Bharu, Sabtu ini. - BERNAMA

 
Ajal maut di tangan Tuhan. Al-Fatihah buat arwah.
 
Ape-apepun penyokong-penyokong bola sepak ni, bertolak ansurla. Jangan gaduh-gaduh. Orang atas padang relax je. Dorang kat luar tu boleh minum kopi, duduk bersembang lagi. Kita pulak nak bermusuhan. Takde faedah langsung. Sakit je yang dapat.
 
Be a professional supporters! 
Majulah sukan untuk negara :)

5 comments:

  1. shi post comment sambil tengok berita pasal ni..kiranye arwah meninggal sbb sesak nafas le kan..? bkn sebab gaduh..

    tp payah jgk klu sikap penyokong yg kterlaluan mcm tu..klu x baling2 barang, x bes ke..? pelik2..

    ReplyDelete
  2. a fanatic football fans always react like that...dunno why..

    ReplyDelete
  3. shi,

    yup, arwah meninggal sebab sesak nafas. bukan sebab kena pukul ke ape..erm mmg xleh nak kontrol dorang ni. bertindak ikut perasaan kalo dah gaduh tu..

    anonymous,

    they're too passionate i guess..

    ReplyDelete
  4. (Kelate ni banyak je musuh tradisi aku rasa ehehe)

    maksudnye???

    tajuk nak gempak je an..ingt kan mnggl sbb gaduh..ermm...mcm bc srt khbr lak...

    ReplyDelete
  5. anonymous,
    selain selangor, n9 pon salah satu musuh tradisi kelate dalam bola sepak.
    tajuk tu perasaan saya masa mula2 dapat tau ada org meninggal. mmg awak baca surat khabar pon sebab saya copy paste dari berita harian online :D

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...