Sunday, October 3, 2010

Perut Buncit? Mari Kempiskan!


Korang ada masalah ni tak? To be honest, aku memang ada masalah perut buncit! Huu... dulu rasa macam takde (perasan slim) tapi sekarang boncet kemain (bukan boncet buatan orang yeee..). Aku makan banyak sangatlah ni hohoho.. And another thing is, aku memang ada masalah angin dalam perut. Susah nak berak, susah nak kentut. Even nak sendawa pon susah! Orang len lepas makan senang jek burppp burpp lepas makan. Tapi aku?? Susah susah.. Sebab tu aku rasa segenap badan ni penuh je dengan angin and paling banyak lam perutla aku rasa.

Harini pegi Midvalley with my sis. Masuk MPH, tertengokla majalah Rapi yg latest (cover Dynas). Ada pulak artikel on amalan pemakanan elak perut buncit. Terus aku beli hahaha.. According to Rapi, here's what you can practice (selain daripada bersenam) untuk mengatasi masalah perut buncit - musuh utama wanita!

1. Elakkan minuman bergas kerana kandungan gasnya akan berkumpul di dalam perut.

Hohoho nasib baik aku bukan penggemar air gas sangat. Tapi minumla jugak kadang-kadang. Memang after minum air bergas perut pun rasa lain macam. Sekarang kena totally stoplah minum. Huuu~

2. Jangan  makan sambil berjalan atau sedang melakukan pergerakan besar kerana pada masa yang sama anda turut akan menelan udara. Ini boleh menyebabkan masalah perut kembung.

Ini kalo bukan sebab nak perut buncit pun memang kena amalkan. Mana leh makan sambil berjalan. Tak nikmat! Dan juga tak senonoh ehe.. Makanla hanya di meja makan ye.. Atau atas kusi depan tv. Itu bukan pergerakan besar. Tu tak bergerak langsung namanya :P

3. Lupakan sejenak sayur-sayuran seperti kubis dan kubis bunga kerana ia boleh menyebabkan angin dan perut kembung.

Halamak, ini favourite sayur aku nih huuu..Aku makan sayur lain tapi xdela banyak sangat makan. Yang aku selalu dan suka makan, 2 jenis sayur ni. Nak perut kempis ke tak??? Nakkk.. Jadi kenala reduce huhuhu.. Tata kobis. Tata kobis bunga. :'(

4. Cubalah teh pudina, chamomile atau jintan hitam. Ia baik untuk mengatasi masalah perut kembung.

Aku tak pernah minum teh pudina. Google google dapatla resepi buat teh pudina. Tapi blom dapat kebenaran tuan punya blog nak tempek resepi dia kat sini. Dah dapat permission aku tempek ehe.. But actually simple aje, wat air teh '0' atau susu pon bleh pastu letakle daun pudina 2, 3 helai. Tau tak daun pudina camne rupanye? Aku pon tak tau sebenarnye (muahaha kantoi).. Tahu makan je tapi tak tau pon yang aku makan tu daun pudina ehehe

 Ni ha dia daun pudina atau dalam bahasa Inggerisnye, peppermint leaves. Nak senang, korang pegi pasar, tengok tempat jual sayur tu, petik satu-satu pastu hidu. Kalu ada bau bau cam ubat gigi tu, haa itulah yang kita cari! Daun pudina :P

Ini pulak chamomile tea. Bunga chamomile ni tak sure la plak ada tak dijual kat pasar. Tapi aku tengok bunga macamni banyak je kat padang padang huuu.. Korang jangan pegi petik bunga tu pulakkk.. No worries, famous brand BOH  ada jual uncang teh chamomile ni. 
Jadi tak payah susah-susah, pergi je Tesco/Carrefour/Jusco atau mana-mana kedai carila teh ni. Balik rumah, masak air panas pastu celup-celup je :)

Yang ni pulak jintan hitam atau nama arabnye Habbatus Sauda. Baru aku tahu habbatus sauda tu rupa-rupanya jintan hitam (ish ish jahilnye rasa). Menurut satu website ni (http://pkukmweb.ukm.my/~ahmad/tugasan/s3_99/shakinah.html), cara untuk mengurangkan perut kembung ialah dengan meminum jintan hitam dengan susu masam. Susu masam I assume yoghurt drink. Mungkin bleh tumbuk-tumbuk jintan hitam ni dan campurkan sekali dalam susu masam tu. Whatever it is, I'll google more and let you guys know the right way ya? :)  

5. Periksalah label sebelum membeli produk makanan di pasaraya. Produk yang mengandungi 'sorbitol' atau 'mannitol' perlu dielakkan kerana ia akan mendatangkan kesan laksatif atau dalam erti lain menyebabkan angin dalam perut.

Menurut Wikipedia, Sorbitol is a sugar substitute. Atau terjemahannya, bahan pemanis pengganti gula. It is often used in diet foods (including diet drinks and ice cream), mints, cough syrups, and sugar-free chewing gum. Hoh, nasib baik aku tak makan chewing gum (lepas pakai braces sampaila sekarang aku bukan penggemar chewing gum. Selalu rasa macam makan taik gigi sendiri kalo makan chewing gum. Yikes! Sori pada penggemar chewing gum :D ) Sorbitol ni jugak sebenarnye digunakan dalam ubat gigi dan mouth wash. Yang ni takpe, kita bukannye telan ubat gigi and mouth wash tu kan?
Mannitol  is sugar alcohol. In food mannitol is used as a sweetener for people with diabetes, and in chewing gums (lagi). Since mannitol has a positive heat of solution, it is used as a sweetener in "breath-freshening" candies, the cooling effect contributing to the fresh feel. The pleasant taste and mouthfeel of mannitol also makes it a popular excipient for chewable tablets.

Jadi berhati-hatila dengan makanan yang ada 2 jenis gula ni. Macam chewing gum tu, tak salah makan, tapi janganla banyak sangat. Kang penoh angin lam perut tu :)



So that's it. 5 amalan pemakanan untuk elak perut buncit courtesy of Majalah Rapi. Ada banyak cara nak kempiskan perut buncit ni. Before it goes worst, marilah kita elakkan dulu. Later I'll share more tips to get rid of that evil fat in belly.



Pesanan untuk diri sendiri, Buat, jangan cakap je! :P

2 comments:

  1. Kena banyak berlari ( joging ) juga jika hendak kempis perut..

    ReplyDelete
  2. relevan,

    yup btol2, kena bersenam jugak. baru btul2 leh slim down. ada byk cara. nnt sy bgtau :)

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...