Monday, October 25, 2010

Marah pun Tak Guna - Bukan Aku Dapat Duit. Kan?

Assalamualaikum,

Cerita kartun stupidos tu.. huh, masa mula-mula baca memang menyirappp darah. Menggelegak sampai ke otak. Aku nak marah sangat sebab kartunis Khazim tuh, kutuk orang Kelantan terang-terangan. Aku orang Kelantan, sah-sahla marah. Lagi pulak, benda dah basi. Isu baling-baling mercun tuh dah seminggu lebih dah berlalu. Kenapa baru sekarang nak buat kartun tu? Dah takde idea ke? Kalau la kartun tu dah lama dilukis tapi baru minggu ni diterbitkan, kenapa perlu ada kartun macam tu? Atas niat ape? Nak berlawak jenaka? Tu bukan lawak tu kalo dah menghina rakyat sesebuah negeri. Dahla ayat yang digunakan pun kurang ajar bagi aku. "Macam zaman belum merdeka.." Apa hina sangat ke kami? Mundur sangat ke kami orang Kelantan nih? Lagi satu, macamla yang buat onar di stadium tu penyokong Kelantan je. Macamana dengan penyokong negeri lain? Ada je yang baling bata, baling batu, baling botol. Kenapa tak lukis kartun dengan bendera negeri mereka? Kenapa penyokong Kelantan jugak yang dikutuk, dicaci, dimaki?

Aku tak paham dengan media di luar sana tuh.. Selalu sangat berat sebelah dengan orang Kelantan. Ada je berita tak elok yang disampaikan. Au tak nafikan dan aku pun mengutuk orang yang takde tatasusila, membuat kacau di khalayak ramai. Memang perkara salah. Tapi biarlah orang-orang ni saje yang dihukum. Rakyat Kelantan yang lain janganla dipandang serong. Memangla kerana nila setitik rosak susu sebelanga. Tapi kita sekarang di ZAMAN YANG SUDAH MERDEKA. MERDEKAkanlah minda tu... Jangan terlampau berfikiran negatif. Benda-benda negatif ni la yang boleh menyebabkan pecah belah antara kita.

Aku tak nak bercerita panjang pasal ni. Cukupla aku meluahkan isi hati. Aku memang sedih bila orang tak habis-habis bersangka buruk pada orang Kelantan. Tak habis-habis nak menimbulkan provokasi pada kami. Jangan ingat kami ni takde hati dan perasaan. Kami ni manusia biasa juga. Kalo ditikam, darah merah jugak yang mengalir....

2 comments:

  1. alwa, sokong dgn kata-kta n luahan ko

    sabar mungkin adalah benda yg mudah aku sebut pada ko, tapi i really meant ok...


    memang patut pun ko marah .. n aku stju dgn hujahan ko

    tenang k my dear fren

    ReplyDelete
  2. thanks ijoy, mmg sabar pon ni. aku cakap banyak pon bukan leh ubah persepsi negatif org. sapela aku huhu.. buatla ape saje.. anak kelantan macam aku xkan goyah! :)

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...