Thursday, October 28, 2010

Kena Simbah Cuka Akibat Tolak Cinta

Assalamualaikum,

Nak berkongsi berita di Berita Harian harini..


KEADAAN Ain yang melecur 70 peratus di bahagian muka, tangan dan badan, di bilik rawatan Hospital Pulau Pinang.

GEORGETOWN: Akibat cinta tidak berbalas, seorang lelaki menyimbah cuka getah ke muka bekas rakan sekerjanya bagi membalas dendam di depan rumah nenek wanita itu di Taman Cenderwasih, Seberang Prai Selatan, baru-baru ini.


Berikutan kejadian itu, mangsa yang mahu dikenali sebagai Ain, 21, melecur 70 peratus di bahagian muka, tangan dan badan, masih dirawat di Hospital Pulau Pinang. Mangsa merancang mengikat tali pertunangan dengan jejaka pilihannya selepas sambutan Aidiladha bulan depan, buntu memikirkan masa depannya berikutan kecederaan dialaminya. Ain berkata, beliau tidak menyangka lelaki itu sanggup menyimbah asid kerana mahu membalas dendam akibat cinta tidak berbalas.

“Saya kecewa dengan perbuatannya dan berharap dia dikenakan tindakan sewajarnya, setimpal dengan kesalahan yang dilakukan," katanya.

Mengimbau kejadian itu, Ain berkata, kejadian berlaku jam 11 malam pada 17 Oktober lalu di depan rumah neneknya ketika beliau bersama ibunya dalam perjalanan pulang ke rumah.

Katanya, ketika tiba di depan pagar rumah, beliau dihampiri motosikal suspek sebelum disimbah cuka getah ke muka sambil suspek mengejek ‘padan muka hang’ dan berlalu pergi.

"Saya tersentak dengan muka dan badan menjadi sejuk seketika sebelum bertukar panas dan seluruh kulit bertukar menjadi hitam dan terbakar dan membengkak. Suasana ketika itu sukar digambarkan kerana kesakitan yang amat sangat. Saya berlari ke rumah untuk meminta bantuan," katanya.

Katanya, beliau dihantar ke Hospital Sungai Bakap sebelum dipindahkan ke HPP untuk rawatan lanjut.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seberang Prai Selatan (SPS), Superintendan Shafien Mamat, berkata suspek yang bekerja sebagai kelindan lori ditahan pada 20 Oktober lalu di rumahnya.

Katanya, siasatan awal mendapati suspek bertindak demikian kerana cintanya tidak berbalas.


Kurang ajar punye lelaki. Apa yang dia dapat dari perbuatan dia ni? Kepuasan? Orang tak nak, kenapa nak balas dendam pulak? Ramai lagi perempuan kat luar sana. Ape susah? Orang ni memang psycho punye orang nih.. Paling tak tahan kata-kata dia lepas simbah tu, "Padan muka hang!" Meh aku nak cakap kat ko plak,  "PADAN MUKA HANG!! Masuk jel! Meringkuk la kat situ lelama.."

4 comments:

  1. kurang ajar tul...bodoh...xpsl2 ko masuk penjara...

    ReplyDelete
  2. zura,

    memang kurang ajar sangat2! dia ingat dia leh terlepas camtu je ke.. kalo x masuk penjara sekalipun, esok2 akhirat nnt, tahula balasan Allah pada dia.. menganiaya orang hanya kerana cinta. Ikut nafsu camnila jadinye..x berfikir dengan waras

    ReplyDelete
  3. tue la kan dh org xsuka xyah la nk wat xbaik pulak siap simbah asid pulak tue...


    ngk paper ari nie gambo mamt yg simbah asid tue..siap tersenyum lg...issh..ishh..

    ReplyDelete
  4. oh yeke..ada gmbr dia ke.. wani x sempat jenguk berita harini. balik karang tengok. kurang ajar punye laki.. langsung xde penyesalan dalam diri. buduh

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...