Wednesday, October 27, 2010

Bencana Alam - Petanda Apakah Ini?

Assalamualaikum,

Buka Berita Harian Online harini, tengok pada berita Dunia. Uish, banyaknye laporan bencana alam. Di Indonesia, gempa bumi dan tsunami. Satu lagi, juga di Indonesia, Gunung Merapi dah meletus. Kita di Malaysia ni nasib baikla tak mengalami semua ni. Bayangkan kalo bencana bencana ni turut berlaku di negara kita. Teringat peristiwa tsunami besar dulu. Gerun jugak bila memikirkannya. Dunia mungkin dah nak sampai ke penghujungnya. Wallahualam. Allah yang Maha Besar lagi Maha Mengetahui. Hanya Dia yang tahu apa yang akan berlaku pada kita. Sama-samalah kita beringat, beribadah kepada-Nya seperti esok tiada lagi...

Merapi mula meletus

Penduduk dekat gunung cedera kena debu panas



Source

GUNUNG MERAPI: Gunung berapi yang menunjukkan tanda meletus kuat akhirnya memuntahkan debu panas semalam menyebabkan 20 penduduk cedera. Saintis memberi amaran bahawa tekanan yang terkumpul dalam kawah mungkin menyebabkan letusan terkuat dalam tempoh beberapa dekad lalu. Seorang wartawan AP menyaksikan sehingga 20 orang menerima rawatan akibat kecederaan mereka.

Subandriyo, ketua pakar gunung berapi di kawasan itu berkata, Gunung Merapi mula meletus jam 5.02 petang waktu tempatan diikuti, kedua pada jam 5.19 petang waktu tempatan dan ketiga jam 5.34 waktu tempatan. Ia menggelodak dan mengaum selama beberapa jam.

“Bunyi kuat di gunung itu berlaku agak lama, mungkin 15 minit. Selepas itu, kepulan debu panas mula melonjak ke udara,” kata Sukamto, petani yang belum meninggalkan kediamannya di lereng gunung berkenaan.

Saintis memberi amaran tekanan yang terbina di bawah kawah lahar merapi mungkin mencetuskan letupan paling berkuasa sejak beberapa tahun lalu.

“Kekuatan tekanan semakin meningkat. Kami harap ia dapat dilepaskan perlahan-lahan. Jika tidak, letusan kali ini mungkin paling kuat sejak bertahun-tahun lalu,” kata pakar gunung berapi, Surono.

Ribuan penduduk di cerun gunung sudah dipindahkan. Namun, kebanyakan yang berpindah ialah orang tua dan kanak-kanak sementara dewasa tinggal untuk menjaga rumah dan ladang.

Pada 2006, muntahan gas dan batu panas di lereng gunung Merapi menyebabkan dua kematian. Letusan pada 1994 pula membunuh 60 orang manakala 1,300 terkorban dalam letusan pada 1930.

Agensi berita Antara melaporkan, dua mangsa debu panas sudah dirawat di Rumah Sakit Panti Nugroho, Pakem. – AP/Agensi


Ombak tsunami landa Mentawai


Beratus-ratus penduduk maut, hilang dalam bencana alam terbaru Indonesia



Source

JAKARTA: Ombak tsunami meragut nyawa sekurang-kurangnya 113 orang, manakala 502 orang yang lain dilaporkan hilang selepas melanda Kepulauan Mentawai, Sumatera Barat, semalam, berikutan gempa bumi yang kuat meratakan sejumlah kampung di tepi pantai. Usaha mencari masih diteruskan di kawasan terjejas teruk iaitu di Pulau Pagai Selatan, Pulau Sipora dan mukim Sipora Selatan. Kebanyakan bangunan dan kediaman di kampung Betu Monga musnah, kata pegawai di pejabat wilayah Jabatan Perikanan, Hardimansyah.

“Daripada 200 orang penduduk kampung hanya 40 saja ditemui. Seramai 160 yang lain dilaporkan hilang, termasuk wanita dan kanak-kanak,” katanya.

“Kami menerima laporan daripada penduduk bahawa mereka gagal menyelamatkan anak masing-masing kerana pukulan ombak terlalu kuat. Kebanyakan penduduk yang ditemui dalam tangisan mengenang kehilangan sanak saudara mereka.”

Hardimansyah berkata, 80 peratus dari rumah di kampung itu musnah dan bekalan makanan hampir kehabisan.

Seorang pegawai badan bukan kerajaan Yayasan Citra Mandiri Mentawai, Rachmadi, berkata sejumlah kampung di di pantai barat Pulau Pagai Selatan rata dipukul ombak.

Polis di Mentawai berkata, pihaknya bersama sukarelawan sedang mencari mereka yang hilang. Pos bantuan bencana juga sudah didirikan bagi menyalurkan bantuan.

“Kami menjangka ramai penduduk akan memerlukan makanan dan tempat berlindung. Hujan sudah mula turun lebat dan angin sangat kencang di sini,” kata Ronald, pegawai polis di daerah Sikakap.

Ketua pusat menangani krisis di Kementerian Kesihatan Indonesia, Mujiharto berkata ombak tsunami yang melanda kepulauan Mentawai itu adalah setinggi tiga meter.

“Kebanyakan kawasan terbabit tidak mempunyai ramai penduduk. Namun pihak kami menyediakan 200 beg mayat.”

Gempa bumi lewat kelmarin yang mencetuskan tsunami berkenaan berukuran 7.7 skala Richter dan berpusat di dasar laut 78 kilometer di barat Pagai Selatan di kepulauan Mentawai.

Gempa bumi itu berlaku di garis gelincir sama dengan gempa bumi 9.1 skala Richter di Aceh yang mencetuskan tsunami besar di lautan Hindi pada 2004 hingga meragut 230,000 nyawa di berpuluh negara.

Kepulauan Mentawai yang dapat perhatian mendadak berikutan tsunami terbaru ini sudah lama menarik pelancong tetapi sudah mula dilupai.

“Pulaunya dengan pasir putih, sangat indah tetapi sepi. Pengunjung di sana seolah-olah memiliki pulau itu,” kata seorang pelancong yang baru kembali dari bercuti di kepulauan berkenaan.

Keindahan Kepulauan Mentawai memang dianggap luar biasa. Pasir putih menghampar, laut biru berhiaskan terumbu karang. Sementara kesenian penduduknya terutama suku Mentawai dikenali di seluruh dunia.

Pulau utama di kepulauan Mentawai ialah Pulau Siberut. Feri dari Padang boleh menghantar pengunjung ke sana dalam masa 10 jam. – Agensi/Reuters

2 comments:

  1. erm...mcm2 kan wani..takut..

    ReplyDelete
  2. tula zura, memang macam2.. walaupon kita tak ditimpa ape2 bencana, tp sekeliling kita dah ada.. sama2la kita beringat kan...

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...