Thursday, July 29, 2010

Happy Belated Birthday to ME! ^__^

Assalamualaikum,

It was my birthday yesterday! :D

Yayy..  nak hadiah! :D


Semalam tak sempat nak post entry birthday. Busy! Busy dengan kerja yang melambak di ofis. Balik rumah petang pulak keluar makan dengan my sis. Malamnye pulak, sebok calling calling orang.  Almaklumla dapat 7 days call free hihih.. Call ayah, ayah perli, "0oo0..call free baru nak call ayah. Kalo tak free dah tak call dah.." Wah pedasnye ayat bapakku huhuh.. Aku cakap ngan ayah, "ehh manadee..tak free pun call jugak. Cuma bila free leh call lebih kerap and cakap lama sket la ehehe.."

Alhamdulillah, Allah kurniakan aku umur yang panjang. Dapatla lagi meluangkan masa bersama keluarga tercinta, berbakti pada mak dan ayah, adik beradik, menghabiskan masa yang ada bersama rakan-rakan dan yang juga dengan yang tersayang. Alhamdulillah juga aku dikurniakan kesihatan yang baik. Sakit demam tu biasalah. Alhamdulilllah, aku bersyukur pada-Mu Ya Allah..

So berapa umur aku tahun ni? Suku abad okkay ahaha.. Semalam tersasul, pegi cakap separuh abad. Tuanya! hahahaha.. *malu malu* Suku abad ok. SUKU. :)

Call mak, mak tanya soalan cepu cemas, "Haa, umo dah 25 tahun. kawin bila kawin? Mak umo 25 anak dah ada sorang tau!" Wahahaha mak buat aku berasa laaagi galok nak kawen muahahahaah.. Mak, kalo mak approve, laaaaa nii jugak Wani kawen mak! hihihihih *gatal* Nak kawen memangla nak. Sape tak nak kan? Lagipun aku dengan mypumpkin pun dah agak lama bercintan cintun. Dah nak masuk 3 tahun. Kalo kawen, dah anak 2 dah tuu hihih.. Insyaallah, dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki, dipanjangkan jodoh, tahun depan atau mungkin tahun 2012, kahwinla kami. Tapi, kita hanya merancang, Tuhan yang menentukan segala-galanya. Doa-doakanlah dipermudahkan segala urusan kami. Aminnnnn..

Terima kasih buat sahabat handai yang tak putus-putus mengirimkan ucapan selamat hari lahir pada aku semalam. Hepi sangat! Seronok bila kawan-kawan ingat tarikh hari lahir aku. Walaupun dalam Facebook dorang mungkin tengok pada reminder, inisiatif dorang untuk menghantar mesej pada aku tu pon dah cukup buat aku rasa gembira sangat-sangat (oh ok, ayat skema!~) Thanks all. Terima kasih yang sangat tak terhingga :D


Flower for you! :)

2 comments:

  1. HEPPY BDAY wani...semoga hidup di redhai sentiase..

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...