Tuesday, March 23, 2010

Awesome Vacay~

Alkisah...maka tersebutlah kisah 5 orang anak dara pingitan telah pergi bercuti.........bercuti di Teluk Batik, Perak, Malaysiaaa....pada 20 haribulan 3, 2010....

5 orang gadis tersebut ialah aku, Yana, Chan Chan, Noris & Fairuz. Aku, Yana, Chan Chan & Noris bertolak dari UPM jam 12.30 tengah malam dan sampai di Lumut jam 4.30pagi. Fairuz plak bertolak dari SP ke Lumut.

Sampai-sampai kat Lumut subuh tu, memang tak tahu nak ke mana. Melepaklah kitorang kat Lumut Waterfront tu. Time tu memang mengantuk jugakla.. So, kitorang pun pegila minum-minum kat kedai mamak yang berdekatan...

Inilah Cik Noris kita.. Masih single, cepat-cepat submit resume anda ehehe


Ini Cik Yana kita....


Dah masuk Subuh, kitorang ke masjid. Selesai solat, sekali lagi kitorang ke kedai mamak, makan roti canai.. mabelesss.. Hotel pukul 12 tengahari baru bleh check in, so pagi tu, kitorang ke stadium dalam base TLDM untuk menyaksikan upacara pembukaan Mini Olimpik TLDM. Segan jugak nak masuk tengok sebenarnya sebab semua orang pakai baju sama. Tetiba kitorang masuk, pakai baju pelbagai kaler.. Pedulik hape kan.. Bila lagi nak dapat peluang coci coci mata camni.. Sesambil mencari jodoh, ape salahnye kan muahahahah.. 

Ini separuh stadium...masa ni awal lagi.. dah lama sket, memang penuhla stadium dengan abang-abang Navy :D
Tak banyak gambar yang aku amik dalam stadium ni..sebabnye, bateri HP kong T__T


Dah habis kat stadium tu, dalam kul 10, kitorang gerak ke Teluk Batik. Cuaca masa tu panassssss sangat. nak mandi memang tak sanggupla. Boleh menggelupur kepanasan kalo mandi time tu.. So, kitorang membeli belahla kat sana, beli sikit-sikit souvenir untuk kawan-kawan... Pukul 11 lebih, semua dah kepenatan. Nasib baik masa tu, dah boleh masuk hotel dah.. Terbongkanglah kitorang di dalam bilik dari tengahari tu saaampaila ke petang. Aku tidur dari pukul 12 sampai 3! Wah wah..penat weh!

Aktiviti petang hari pertama.... layan jela gambar-gambar tak seberapa ni eh...





Yana & Fairuz posing tak hengat :P


Menjamu selera di Restoran Nasi Ayam Mama. Nasi Ayam Special dia memang sedappp!~
Laksa pun sedap.. pendek kata semua sedap.. Silalah berkunjung di sini kalau singgah di Manjung :)


Aktiviti malam.........

Jalan-jalan cari pakwe..eh..cari souvenir nak bawak balik......


Shopping sotong kering :D


Fairuz dan ABC nye.. yummehhhh!~


Aktiviti hari kedua...Aktiviti menyelam dan berjimba-jimba (betul tak Chan? ehehe).. Gambar mandi-manda tak dapat dipublish, dikhuatiri akan menganggu perasaan orang (lelaki terutamanya muahaha)..
Dah sakan mandi, sakan berjemur, sakan menggelapkan kulit, kitorang ke gerai-gerai yang ada di Teluk Batik. Membeli dan belah sekali lagi..

Fridge magnet kura-kura yang comel! :)


aaa..ini duta Teluk Batik ehehe.. Dive Like A Pro!


Sebelum bertolak balik ke KL, tak cukup rasanya kalo tak bergambar.. So, we off to Marina Wing or Yacht Club dekat Lumut untuk berposing-posing sakan lagi..

hihihi Cik Yana hepi jeeeeee...


KD Rahmat yang telah dilucut tauliah..Umur dia 35 tahun! Sauh dia ada kat tengah-tengah bandar Lumut. Simbolik Lumut sebagai bandar maritim........


*More pics in Facebook, soon! :)



It was the best vacay I had with my best friends. Too bad Rosie, Dina, Tini & June couldn't join. If not, memang cukup lengkapla PCD bercuti bersama ;) Takpe, next place will be Genting! Kita enjoy lagiii.....


see ya! ;)


~ amal signin' off ~



7 comments:

  1. bestnya dpt gi bercutii..aku pun kene break jap kot..

    ReplyDelete
  2. solehah,

    mmg best! yup, kalo dapat cuti, pegila bercuti..rehat2kan badan dan minda :)

    ReplyDelete
  3. thanx for the entry.. nanti nak link ke belog saya ble cik wani.?

    lagi satu.. mana la gambar saya melompat di tepi pantai yang mcm view gambar yana tu.? kat yana erk.. suka that pic..

    thanx again.. sonok bercuti.. nanti bercuti sakan lagi ye..

    ReplyDelete
  4. hahahahahahahaha sekali lagi... hahahahahahahaha nak gelak lagi... hahahahahahahaha

    sangat besttttttt!!!!!!!~

    ReplyDelete
  5. haha..bkn kemain amal brjalan sakan ek.. :) pnya le cari pic amal..dh kt bwh entri, baru le nmpk..ish2..

    sedih le xdpt jmpa ari tu..sob2.. :(

    ReplyDelete
  6. oh kat sinie ek ade pic yang mantop tue ek he..23x

    sonok korang ek huhuu

    BroFramestone Blog

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...