Thursday, December 31, 2009

Adios 2009, Hola 2010!

....dah selesai berfikir

2009, ape yang aku dah buat?

Satu -- Kerja baru! Lepas graduation on October 2008, aku keje kat Cyberjaya ni.. At first, contract je. Then, dorang offer aku for permanent job. Takkanla nak lepaskan peluang kan? Working hours very odd.. 5.30am to 2.00pm. Mencabar jugak nak bangun awal (normally 4.00am dah bangun dah). Tapi kalau nak berjaya, semua cabaran perlu ditempuhi kan??

Dua -- Beli kereta! With my own money.. Right after dapat offer kerja tu, aku terus buat keputusan nak beli kereta. Nak naek moto tak reti kan ehehe.. Actually tempat kerja aku sama ngan akak aku. Cuma akak aku keje time besela, 8.00 to 5.00pm. Takkanle dia nak bangun seawal 5.30pg nak hantar aku kan. Abes tu takkanla aku nak stay sampai 5.00 petang baru balik.. So, aku belila Cik Bibab. Setakat ni, aku bayar dengan duit aku sendiri. Hopefully, aku dapat bayar tanpa bantuan sape-sape sampai la tahun 2015 nnt :D

Tiga -- Dah takde kot? 

Ahahaha punyela tak produktif, kreatif dan inovatif aku ni kan.. I did nothin on 2009! Nothing special la.. Hidup aku biasa-biasa sahaja. Tiada yang istimewa. Cuma yang istimewa ialah, aku masih hidup, masih berpeluang untuk terus menjalani hari-hari sebagai insan biasa di bumi Allah ni..Juga dapat bersama keluarga dan orang yang tersayang.. Alhamdulillah.....

What to expect on 2010?

Satu -- on July, I'll turn 25! Wohohohoho.. rasa macam dah tua dan wajib kahwennn ahahaha.. Gatai! Tapi benar.. Target aku actually nak kawen masa umur 25..26 pun okay.. Tapi 25 tu cam cantekk jek.. So, are we going to see a wedding on 2010? Kita tunggu dan lihat lah :)

Dua -- aku nak uruskan kewangan aku dengan lebih baik tahun ni. Insyaallah..ni macam azam tahun baru jugakla ni. Tahun 2009 ni rasa macam lintang pukang, tunggang langgang je perancangan kewangan aku. To be honest, aku rasa aku gagal! Duit sentiasa tak cukup, in fact, aku selalu  rasa stress bab bab duit ni. So 2010 ni, aku nak uruskan kewangan aku dengan lebih baik... Tak nak lagi stress stress pasal duit. Sakit jiwa!

Tiga -- kurus kurus kurus.. This has been my resolution since er dunno when. Hari-hari pun cakap nak kurus. Tapi tak pernah jadi. Susahnye nak control nafsu makan. I love eating! Macamana nak buat tu.. Aku tau aku kena jaga badan. My mom slalu pesan, "dulu, masa mak ngandungkan Wani, mak ada diabetes. Wani ada risiko nak dapat jugak. Salah satu punca is obesiti. So, jaga badan! Jangan makan banyak sangat..." mypumpkin pun dah warning, " baik jaga badan dari sekarang.. dah kawen, ada anak nanti lagi susah nak exercise ape sume.." Okeh okeh, saya paham! Saya pun nak kurus.. Akan saya usahakan.. dan akan saya pastikan saya tidak hot hot ciken shaittt!

Empat -- Tak nak cakap lebih-lebih, takut ape yang diexpect tak menjadi..

Ape-ape pun, aku harap 2010 will be a great year.. Semoga tahun ni murah rezeki korang.. Dan segala-galanya baiklah!


HAPPY NEW YEAR!

Ape Ye?

Hari ni broadband good boy! Eh jap, check jantina.. whateverla, good boy ke good girl, aku tak jumpa lak jantina dia katne ehe.. Ape-ape pon, dia sangat baik hari ni.. Smooth jek.. Takde sangkut-sangkut. Mungkin tempat saya online ni banyak line kot.. Hujung katil. Semalam tengah-tengah katil. Aih, memilih tempat pulak dia ye..

Erm, saya selesema.. Lagi? Aduh, kenapala kerap sangat. Saya salahkan aircond bas yang sangat sejuk. Dan saya salahkan Congek yang busuk! Semalam pegang dia, pastu cium-cium perut dia yang gebu tu.. Terus lepas tu hacoom hacoomm.. Sah, salah Congek! Alhamdulillah, dah makan sebijik ubat selesema (baru ye..bukan 2,3 bulan lepas punye stok eheh), dah lega dah.. hingus dah kering! Boleh bernafas dengan lega dan suara juga tidak lagi sengau.

Eh eh.. hari ni dah 31 Disember 2009. Esok dah 1 Januari 2010.. Cepatnye masa berlalu kan... Apela yang aku dah buat selama 12 bulan ni.. Ape?? Ape???


Sedang berfikir...............

Wednesday, December 30, 2009

Salahkan Line! Jangan Salahkan Saya!

Assalamualaikum!

Alhamdulillah..saya kini dah berada di rumah mak dan ayah terchenta.. Sampai pada jam 6.00 pagi tadi.

Waduh waduhhh, seronoknye balik kampung. Dapat tido atas katil yang empuk, berselimutkan comforter yang tebal lagi lembut lagi comfortlah! Dapat makan nasik yang mak masak. Yumm yumm, heaven!

Yang hell nya kat sini ialah..... line maxis broadband yang wuttahekkkkk..GPRS saje????? Sedih betul. Nak bukak blog ni, nak baca komen, nak reply komen, nak bukak blog lain, pengsan pastu sedar balik 50 kali pun belum tentu dapat. Aihhhh, sabar jela aku.....So, kalau dalam 2,3 hari ni saya diam seribu bahasa, blog bersawang, bersarang labah-labah, harap semua pahamla..

Kat umah saya ni, even line phone, celcom and maxis pun nyawa-nyawa ikan je. Hidup segan mati tak mau gayenye.. 2, 3 bar sahaja.. Yang penuh hanyalah Digi.. Tetiba terfikir, pedalaman sangat ke kampung saye ni? Rasa macam tidak, sebab kat sini ada McD siap drive thru lagi. So, mana mungkin ini kawasan pedalaman? Hihi... saje nak promote McD Wakaf Che Yeh yang baru dibuka tu. Tak percaya lak rasa. Dulu kat situ tapak kilang getah yang sangat busuk! Sekarang dah jadi McD dah? Kagum!!! :D :D


P/S: 
Cik tedi, serius kah kamu nak saya belikan kain batik basahan??? Berapa seriuskah kamu??
       Sory, x dapat nak bukak blog kamu T____T

Tuesday, December 29, 2009

Balik Kelate - Weehuuuuu!~

Nok kecek kelate lah hari ni..doh mugo kawe nak kelik kelate male nih..

(ekeke ni ada yang nak baling kasut kat aku ni kan..)

Ye, tuan tuan dan puan puan, abang abang dan kakak kakak serta adik adik sekalian..

Saya amik cuti 2 hari dan I'm off to my sweet hometown, negeri Cik Siti Wan Kembang (macam aku jugak kembangnyeee..)

Ada sape-sape nak pesan buah tangan dari Kelate?
Budu?
Kain Batik?
Kepok gote?
Nasik kerabu? (Tak bleh tak bleh..nanti sampai KL dah basi)
You name it, I bring it for you..
(Tak baik aku ni kan, memberi harapang palsu kepada korang semua hihihi)

:D


p/s: Saya sekeluarga balik naik bas malam ni. Doakan keselamatan kami ya!

Love Hurts but Very Sweet

Howdy howdy!!

Kabare semuanyaaa? Hopefully u guys sihat walafiat. Aku pun sihat-sihat aja.. Makan berselera, mandi pun basah habes laaa (apa relevannya tu)..

Anywhooooo..tenkiu pada semua yang memberi nasihat kepada saya mengenai permasalahan chenta saya (ecece).. Insyaallah, saya akan terus bertahan! Bukan mudah nak hadapi hubungan jarak jauh ni. Yang paling penting kena ada  3K, kesabaran, kepercayaan, kejujuran kan? Susah memang susah bila memikirkan kami hanya berkomunikasi melalui phone.. Bersua muka, 2, 3 bulan sekali. Jeles memang aku sangat jeles la bila melihat kapel kapel lain berdating, bercanda mesra (ewah ewah..)..Jeles tau! Tapi takpe, aku tahan je. Mungkin ada baiknya kami berjauhan macam ni.

Well, jauh-jauh pun, dah 2 tahun kitorang bersama. Lama jugak tu kan? Setahun pertama memang lovey dovey, feeling-feeling, romantik romantik gitu.. Dah masuk 2 tahun ni, lantak la kan.. Nak kentut depan dia pun takpe ahahah (takde takde, saya masih senonoh).. Apa yang penting, kasih sayang tu maintain..... Dalam hubungan pasti ada pasang surutnya. Ada time memang sangat bahagia, ada time memang rasa cam nak baling segala periuk belanga. Normal la tu.. Kalau bahagia je sepanjang masa, tak pernah berselisih pendapat walau sedikit, tak pernah bertegang urat, erm bagi aku, tak normal tu.. Yang gaduh-gaduh tula sebenarnya menguatkan lagi rasa kasih dan sayang. Ini asyik bahagia aje, busan la jugak huhu..

Aku ni takat gf je lagi.. Dah nak emo emo..Kalo dah jadi isteri, lagila kena kuatkan semangat dan bersabar kan. Kena pulak kalo dah ada anak berderet (askar besenye anak ramai, tul tak?hihi).. Bayangkan macamana perasaan isteri-isteri anggota tentera kita yang berada jauhhh dari tanah air. Mesti lagi sukar. Tak boleh aku bayangkan. Nak jaga anak lagi, nak ingat suami lagi..isk..I suspek sama mereka!!!

So, if they can do, why can't I?

To those who is in the same boat as me, kuatkan semangat oke! :D

Sunday, December 27, 2009

Never Let Me Go..

Semalam tido selepas subuh.
Call mypumpkin to wake him up for subuh.

Sempat bersembang sekejap. Katanya, dia bosan cuti 3 hari. Takde ape nak dibuat.
Dulu dia tak pernah bosan begini sebab dia ada buat part time during weekend. But now dia dah stop. Sebabnya, keje makin banyak. Takut tak boleh commit. And the main reason is actually because dia takut dia kena transfer. T____T

Terus aku terkedu. Tak boleh nak cakap ape. Katanya, dia dah lama kat Lumut. Kemungkinan besar kali ni dia kena transfer. List bulan 10 dah keluar tapi nama dia takde. Tunggu list bulan 4 tahun depan pulak. Aduh, berdebar-debarnya aku rasa..

Kenapa aku yang lebih-lebih pulak ni?

Sebab kalau dia kena transfer, transfer pulak ke tempat lebih jauh (Sabah mungkin?), pasti kami akan lebih jauh terpisah. Oh my! Tak sanggupnye aku...Kalau aku bagitau dia aku tak sanggup, what he will say is, "macamana nak jadi wife navy kalo tak sanggup duduk berjauhan?"

.....................................................

This time, This place
Misused, Mistakes
Too long, Too late
Who was I to make you wait

Just one chance
Just one breath
Just in case there's just one left
'Cause you know,
you know, you know

That I love you
I have loved you all along
And I miss you
Been far away for far too long
I keep dreaming you'll be with me
and you'll never go
Stop breathing if
I don't see you anymore

On my knees, I'll ask
Last chance for one last dance
'Cause with you, I'd withstand
All of hell to hold your hand
I'd give it all
I'd give for us
Give anything but I won't give up
'Cause you know,
you know, you know

So far away
Been far away for far too long
So far away
Been far away for far too long
But you know, you know, you know

I wanted
I wanted you to stay
'Cause I needed
I need to hear you say
That I love you

I have loved you all along
And I forgive you
For being away for far too long

So keep breathing
'Cause I'm not leaving you anymore
Believe it
Hold on to me and, never let me go

Keep breathing
'Cause I'm not leaving you anymore
Believe it

Hold on to me and, never let me go
Keep breathing

Hold on to me and, never let me go
Keep breathing

Aduhai,,mataku, pejamlah...

Tak boleh tido..
Mungkin kerana siang tadi sudah tido..
Mungkin penangan kopi secawan..

Apa yang boleh dibuat kala malam bulan tak tau mengambang ke tak kat luar tu...

Blogging..tak tau ape yang nak dikongsi.. Or else, I'll end up mengarut like this post I'm doing now
Blogwalking..membaca post terbaru rakan-rakan blogger
Nuff clicking..menambah pendapatan nuffnangers
Facebooking.. oh, dem boring! I never know what to do with FB

*****

2 Hari Ini

2 hari ni, Jumaat dan Sabtu..keje aku ialah, menemani orang shopping.

Sales 50%, 70%, 80%..

Aduhaii, sakitnye rasa bila tengok sales sana sini tapi aku tak dapat berbelanja walau sedikit pun.

Takpe takpe when January comes, I'll spend like crazy! muahahahha..

First thing in the list is Breathe Right nose strap. Thank you mypumpkin kerana mengingatkan saya supaya membelinya T__T

Actually dah survey kat Watsons. Nak beli tapi agak segan dengan orang ramai. Tunggula bila saya seorang je pelanggan kat dalam  tu, saya beli la huhuhu.. Macam nak beli kondom jek kan muahahhaha...

Ok dah, seblom saya mengarut dengan lebih lanjut, ada baiknya saya tidur dulu..



Baru lepas menonton Titanic. Jadi saya nak mimpi saya jadi Rose, mypumpkin jadi Jack. Oh, how shweett...

And, please Sunday..no more teman-teman orang pegi shopping. If not, I'll go crazy!!!!!!! *_*

Friday, December 25, 2009

I'm Pregnant in 2010?


Oh my oh my... lomah jantung.. tersekat napasku.. Apakah ini??????

Ok ok..jangan panik! Hihihi..main-main je ni..

Hari ni, malam ni, mypumpkin mendera aku. Memandangkan hari ni public holiday di seluruh duniawi, maka dia pun isytihar cuti juga dengan aku. No mesej-mesejan hari ni! Cuti mesej! Ok2, tak nak panjangkan kisah no mesej ni. Nanti aku jadi emo. Kalau aku dah emo, habesla! If that's what he wants... aku turutkan, biarlah peritnya hati terasa. Aku tak nak derhaka! Ok ok alwaniamalini, jangan nak start emosional pulak!

Anyhoww, apa kaitannya no mesej dengan aku getting pregnant next year? Actually rakan-rakan saye, saya kan bosan, sunyi dan gersang malam ni, jadi saya pun layanla Facebook. Saje jawab quiz yang mengarut-ngarut kat FB ni..

'What will happen to you in 2010?'

and here's the result........




ayokkkk..tatayokkkkkkkk....


Dem mengarut ini quiz.. Atau adakah ini petanda saya akan berkahwin tahun depan dan bakal menimang cahaya mata selepas baru 2 minggu berkahwin? Oh sungguh advance! jeng jeng jenggg.. Life is full of surprises. Who knows kan??? hihihi.. Nampak sangat dah gatai aku ni.. 
Alah omak, kawenkan akuuuuuuu...


Pada sape-sape yang ada FB tu, cuba jawab quiz ni. Aku nak tengok ape lagi jawapan mengarut yang dia bagi.. ho ho ho...

The Squeakquel


Chipmunks and Chipettes
ekeke kelakar lak rasa bila dia letak nama group chipmunks betina ni as "Chipettes'

Semalam my sis belanja tengok movie ni. Cerita ni sambungan dari filem Alvin & The Chipmunks yang first dulu. Dorang dah famous. Dah terkenal seluruh dunia. Dah sampai ke Paris dah. As usual, Alvin is the naughtiest. Sakit anak tekak Dave (the guardian) menjerit nama si Alvin ni. You know how la kan, "Alviinnnnnnnnnnn.." Alvin cakap only Dave know how to call his name right. Suara dari perut katanya hehe.. 

Dalam part 2 ni, Alvin, Simon, Theodore dihantar ke sekolah. Memangla tak logik chipmunks bersekolah sekali dengan manusia. Tapi, buat-buat logik jela.. Ni cerita kanak-kanak kan. What do you expect? huhu..

Alvin being selfish, neglected his brothers. Paling sedih Theodore la. Sedih sebab abang-abang dia asyik gaduh je.. Oh, Theodore sangat comel!

Chipettes, chipmunks betina ni actually minat gila ngan Alvin and the rest. Dorang pun nak jadi superstar. Malangnya dorang ni jumpa dengan ex-manager Chipmunks yang jahat dulu, Ian Hawke. So, terukla dorang ni kena. Last-last Alvin and the rest yang selamatkan dorang..

Overall, cerita ni okla.. Budak-budak, adult will also love it. Ramai je orang tua ketawa berdekah-dekah dalam pawagam semalam. Orang tua tu termasukla aku hihihi..

You Complete Me

::pumpkin.and.me::



Thursday, December 24, 2009

Hadiah Kawen Lagi

Aku masih tak dapat nak decide ape nak beli untuk kawan aku yang baru kawen ni.. Aku nak jumpa dia memang susah sebab kalau tak silap dia berada nun jauhhhh di Penang. Hihii pehal tak certain lak kat mana dia.. Actually, aku ni takdela kenal rapat dengan dia. Dia one of my coursemate kat UPM dulu and he's the first one yang kawen dalam batch kitorang. So, aku dan Cik Hani berpakat nak beli something untuk dia. Dahla kenduri dia tak pergi huhuhu..

These are few suggestions from orang ramai (ramai ke? hehe) yang melawat blog aku..

Zura suggest, bg ukiran batu ke...atau batu marmar yg bleh tulis madah tue...yg ade hias2...


err Zura, cane rupa ukiran tu eh.. aku google google tak jumpa. Jumpa ukiran kayu ni je eheh..


Suehann suggest, suit pijama tuk pompuan n lelaki


awwww..shweet!~ aku suke aku suke :D


Solehah suggest pinggan mangkuk..


hoho bagi set Corelle ni kan.. mahal niiiiii.....


Bro Framestone suggest, lesung batu..


hari-harila makan sambal belcan nanti..yumm  yumm..jangan buat senjata time gaduh sudah huhuhu


Si Tedi suggest lampu tidur..


Cun jugak kan.. kasi yang malap malap sket.. baru syiok dorang tido..romantik gituu eheheh..




Apa lagi ye? Aku akan beli hadiah ni next year. Ada masa lagi ni nak pikir ni :D

Avatar..

Outstanding! Cemerlang!

Menonton Avatar semalam. Oh yes, sangat best! For the first time, aku tak tido tengok late nite movies ahaha.. Ingat last week tengok New Moon, adoi punyela seksa. Mengantuk! Berdayu-dayu cerita tu. Ini Avatar, penuh dengan aksi. I just love it! Memang segar bugarla mata aku..



They look weird kan? Macam kucing ehehe.. But seriously this movie is awesome. Apa yang aku paham James Cameron nak sampaikan ialah, manusia ni tamak! rakus! Dahla segala hutan, pokok kat bumi dah takde.. Dorang nak musnahkan Pandora ni pulak. "They have killed their mother.."

This movie is so beautiful.. Glow in the dark plants..fascinating scene..eh macam-macamla.. Bijak jugak James Cameron ni kan.. Bila Malaysia nak buat movie camni?eheheh

Tak nak cakap banyak..p tengok cepat! :D

Wednesday, December 23, 2009

Hadiah Kawen - ape nak bagi??



Hadiah ape yang sesuai diberikan kepada pasangan yang baru saje mendirikan rumah tangga? Kalau boleh nak lain daripada yang lain. Pasti dah ada yang bagi set pinggan mangkuk, gelas cawan, blender, kettle masak air etc etc..

In my head now are:


sexy lingerie..ekekek pak pak aji jangan berdarah hidung lak tengok gambar ni. ni tak cukup seksi lagi ni muahaha..
tapi cannot cannot..aku nak cari hadiah yang dua-dua, husband and wife boleh guna..yang ni sah2 wife je kan. kalo hasben pakai jugak errr +___+



Couple perfume set..por homme et por femme.. tapi bila difikir-fikir balik, hantaran kawen dorang sure dah ada set perfume ni. so kalau aku tambah perfume lagi dalam wedding gift dorang tak ke tak best tu.. yang dah ada tu pun tah bile boleh habis..



Towel..bukan calang-calang towel. Tapi towel Terry Palmer. Anti-bacteria, very soft etc etc.. Baca sini kalau nak tau kelebihan towel ni. Ke dah ada jugak dalam hantaran eh? Tapi towel is better than perfume. Towel kan orang selalu tukar ganti..



Baby gift set..untuk menggalakkan dorang meningkatkan lagi populasi rakyat malaysia ni dengan segera..ahahaha..



Buku.. Bagus jugak bagi buku macam ni kan.. Tapi pinjam kata-kata Cik Hani, "sebelum bagi dorang, biar aku baca dulu ahaha.." Ok gak kan? Ehe..



Shopping voucher..kasikla yang jusco ke..ikea ke..giant ke..ape-ape jelah..bagi dalam RM50 atau RM100 kat dorang..biar dorang beli sendiri ape dorang nak. senang, x gitu?huhu


Ape lagi?? ape lagi?? Cepat bagi idea..lagi banyak lagi bagus..banyak pilihan saya nanti ;)

I tak nak main! Janganla paksa-paksa I!


ololo comel lak beruk mat yeh ni carik kutu hihihi

Ok, ok..aku dah mendengar banyak perkhabaran baik dan tak baik mengenai main kutu. Oh, main kutu di sini bukan bermaksud main kutu yang kat atas kepala tu..oh, tidak kuasa I! Nanti gatal-gatal sape susah? Dahla ubat nak membunuhnya tu pun busuk. Tak kose tak kose..

Apa sebenarnya main kutu? Main kutu ni kalau ikut pemahaman aku la sebenarnya macam konsep menabung atau simpan duit. Cuma kita menabung kat tempat lain, bukan dalam piggy bank kat umah tu. Kemudian main kutu ni boleh menggandakan wang kita. Sebabnya, sebagai contoh, kita ada 6 orang dalam satu kumpulan, setiap sorang keluarkan RM200 setiap bulan. Jadi bila dikumpul, jumlah keseluruhan wang yang ada ialah RM1200/bulan. Kemudian setiap sorang akan cabut undi untuk bulan berapa dia akan dapat RM1200 tu.. So, basically, that is main kutu yang aku paham. Every month kita akan menabung secara berhemah sebanyak RM200 and then, dalam mana-mana bulan kita akan dapat duit dari semua orang, berdouble-double dari wang yang kita mula-mula keluarkan. (Ok, ape aku mengarut ni?hahaha)..

Pro main kutu ni bagi aku ialah untuk mendidik diri kita ni supaya menabung dengan lebih istiqamah atau menyimpan duit dengan lebih efisien untuk sesuatu yang penting. Katakan la, korang nak pergi bercuti, mestila nak pakai duit kan. So, bila main kutu ni korang dah boleh aim, bulan berapa korang nak duit tu. Dah sampai masa, gedebukkk, dapat duit banyakkk.. Kadang-kadang kita ni bila menabung selalu tak istiqamah (bukan kita la, aku sebenarnye ehehe).. Bila nak shopping, mulala keluarkan duit tabung. Bila nak penuh piggy bank tu kan.

Itu jela  kot pro nya? huhuh.. Aku lebih banyak fikirkan keburukan main kutu ni. Salah satunye ialah komitmen. Nak main kutu kena ada komitmen. Komitmen dengan ahli kumpulan yang lain. Janganla sekerat jalan, tetiba nak berhenti. Berhenti mungkin sebab tiba-tiba, bulan tu, tak cukup duit untuk bayar kutu tu. Haru la jadinye! Ramai yang komen cakap, masalah biasa main kutu ialah sorang ahli kumpulan tu tetiba lari, nak berhenti main lepas dapat duit. Tak aci neh! Mana boleh macam tu kan.. Kesian kat ahli lain.....Actually, ini yang aku takut. Aku takut, kalau tiba-tiba bulan tu duit aku tak cukup nak bayar duit kutu. Kesianla kat member-member lain kan..

Tapi semua ni takkan menjadi masalah sekiranya kita main dengan orang yang memang kita kenal rapat. Orang yang kita percaya takkan ngelat suatu hari nanti...

Bagi aku, akibat ngeri memikirkan komitmen yang mungkin tak dapat aku berikan, aku dah buat keputusan. Aku tak nak main kutu.. Ngeri! Takut kena tibai dengan ahli yang lain. Daripada aku cedera parah ditibai, ada baiknya aku menabung sendiri. Ye, akak-akak, abang-abang, itula azam saya tahun ni. Menabung!



yang ini lebih bagus!


So macamana?


Takutla nak main kutu..nanti gatal-gatal!
Isk..



Tuesday, December 22, 2009

Aku nak main....

Main ape ye?

jeng
jeng
jengggg.....

Main KUTU. (kenape KUTU ek?Konfius aku..)

Ok tak?

Ada sape-sape penah main KUTU tak?

Apa pros main KUTU?
Apa cons main KUTU?

Ke ada yang tak tau main KUTU tu ape?

Aku? Mati KUTU..  Tak tau nak main ke tak....

Monday, December 21, 2009

Salam Sejahtera!~

Assalamualaikum semueeee~

Rindunye aku kat blog masam dah tahapehape ini. Thanks to all yang sudi singgah walaupun blog ni tak berupdate. Aku tak dapat online weekend lepas kerana hal peribadi. And sedihnye aku bagitau korang ni, laptop aku rosak! :( Kata kawan aku, ada masalah OS (ape kah itu?). Tak pon masalah hard ware..Adoi, kalo dihantar ke kedai mau makan puluh-puluh hingga ratus ringgit mungkin? Gulpp, mana aku nak cekau duit neh? Gaji bulan ni sudah digunakan sepenuhnya untuk roadtax Cik Bibab. Nampaknye, kenala bertahan tanpa laptop sehingga bulan depan... Sabar sajelah..dugaan dugaan..

Oh, belum terlambat untuk aku ucapkan pada semua, Selamat Tahun Baru, 1431H. Apa azam tahun baru korang? Aku memang banyak la kalau nak disenaraikan. Tapi macam bese senarai je panjang tapi tak terlaksana pun. Isk..dasat dasat.. Azam tahun ni nak tukar sket ah.. azam aku tahun ni, nak laksanakan azam-azam tahun sudah yang tak pernah-pernah tercapai huhuhu...

Not much to say, just take care all.. Nanti aku update lagi ;)

Syoknye Holiday @ Lumut - Day 3

Forgive me for dragging this too long.. Last weekend langsung tak jenguk blog.

*******

Hari ketiga, hari terakhir kami bercuti di Lumut ni. My sis ajak kitorang bersukaria di Teluk Batik lagi. Saje nak bawak budak-budak ke pantai lagi. They just love the beach. Hari-hari tanya bila nak pergi beach lagi. Pagi-pagi pegi pantai memang bes! Cuaca tak panas, redup je. Angin sepoi-sepoi bahasa. Air pun tak tenang. No big waves at all!


Sebelum mandi kita posing dulu, ngeeeee~ See see the sea at the back..sungguh tenang!

This time around aku berjaya pujuk mypumpkin masuk air jugak. Tak terima dah alasan rambut keras ke, baju basah .. I don't care! ehehe.. So bermandi-manda la kitorang dari pagi sampai ke tengahari. Gambar mandi-manda aku takde cos most of it akak aku yang snap using her camera.

Naik dari mandi tu, wallawehhh, i can feel my face burning! Adoiyaii..and memang sah sah la kulit muka aku ni terbakar. Hitam weh!

Kitorang check out from hotel at 1pm. Sebelum bertolak pulang ke KL, mypumpkin bawak kitorang makan and then pusing-pusing dalam Navy Base.


Sebelum masuk kena tinggalkan IC kat gate dulu.. Ini gate Harimau 3..


















Sebelum bertolak balik, kitorang singgah solat kat masjid dalam base tu. Lupe plak ape nama masjid tu eheh..

We said "Sayonara Lumut" at 3.30pm then alhamdulillah, selamat sampai ke Putrajaya jam 7.30pm.

This was certainly the best holiday for me! How's yours? ;)



Nak tayang jugekkk (tho blur as usual!) hihihih..
We have one thing in common now. Kami sama-sama gelap! Yayy!! :P

Thursday, December 17, 2009

Syoknye Holiday @ Lumut - Day 2

Oh, sebelum masuk day 2, after balik dari Teluk Batik petang day 1 tu, kitorang pergi makan kat restoran RTM - Restoran Teluk Muroh. Makan tom yam, kangkung belacan, ayam goreng kunyit and fave dish mypumpkin - daging rusa black pepper. And yes, mypumpkin belanje :D Sementara tunggu makanan sampai and also masa makan, macam-macam akak aku tanya mypumpkin. First time jumpa kan. Macam-macam bendala nak tau. Macam tengah interview pun ada gak. Mupumpkin cuak-cuak je hihih.. Relax relax dahleeee... But mypumpkin ni easy going and banyak cakap serta suka bercerita. Orang tanya sepatah, dia cerita panjang berjela. So, okla tu. Harap-harap, akak aku luluskanla dia ehehehehehe...

Anyway, back to cerita Day 2........

Bangun seawal 8.30 pagi (awal kerr..).. Turun breakfast di kafe hotel. Kitorang dapat 3 voucher breakfast untuk 3 orang adult. So, untuk Khalis & Hanin, terpaksala bayar tambah. RM12 seorang. Rasa cam mahal je sebab budak-budak ni bukan makan pun. Menu dia, baked beans, bihun goreng, sosej, telur mata kerbau, roti with jem, butter, bubur nasik, mi kari, buah2..not badla..makan kenyang-kenyang.

Selesai makan, kitorang pergi ke Marina Water Park yang kat sebelah tu je. Bayaran masuk aku tak berapa sure cuma yang pasti kalau ada key card hotel Marina Cove tu, dapat diskaun 30%. Tak brapa nak sure sebab akak aku yang bayar sume heheh..Kalau tak silapla, total bayar RM36. So dalam RM7++ sorang. Then, sewa pelampung RM3 sejam. Deposit RM10 untuk 2 pelampung.


Air masin
Park ni ada dua bahagian. Sebelah untuk kids and air pun air klorin. Sejuk wooo.. Sebelah lagi air masin. Airnya pun agak dalam. Kids boleh masuk tapi eloknye kena ada pelampung. Water park ni biasa-biasa je, xde slide tinggi-tinggi macam kat Sunway Lagoon tu..





Air klorin


Aku berendam jugakla. Sampai terbakar habis kulit dan jari jemari juga kecut-kecut huhuhu...

Day 2 kami makan tengahari di Restoran Silaturrahim ni. Mypumpkin ni biasa makan kat sini. Pekerja kedai pun dah kenal dengan dia. Sama macam kat Restoran Teluk Muroh tu. Orang kenal dia jugak. Cam famous je dia ye eheheh.. Restoran ni buka untuk makan tengahari je. Banyak jugak lauk pauk, dan yang paling best ada banyak jenis ulam.. Makan sampai kenyang, cos mypumpkin belanja lagi ;)



Then, kitorang gerak ke Pulau Pangkor. Weeee..ini yang aku nanti-nantikan. Dah lama teringin nak ke sini.


Jeti Lumut


Tambang ke Pangkor murah je. Pegi balik, RM 10 untuk dewasa dan RM5 untuk kanak-kanak. Takla mahal macam nak ke Langkawi :) Maybe sebab dekat. Dalam 30 minit.


Hanin first time naik feri

Feri ni akan berhenti di 2 jeti. Jeti pertama ialah jeti penduduk kampung Pangkor. Biasanya yang duduk kat sini ni nelayan. Jeti kedua ni la baru jeti ke Pangkor tempat jalan-jalan tu. Mupumpkin suggest kitorang pergi ke Teluk Nipah sebab katanya nila satu-satunye tempat yang agak happening di Pulau Pangkor ni.

Dari Jeti Pangkor nak ke Teluk Nipah kitorang naik van pink ni. Bayar RM2 seorang.



Teluk Nipah memang sangat happening. Orang sangat ramai. Pelancong tempatan, pelancong asing sama ramai. Kat sini ada banyak gerai yang menjual souvenir, gerai makanan.. Chalet pun banyak. Sebab tula tempat ni happening.


Souvenir yang macam-macam dan murah juge


T-shirt pun ado




Banyak jugak water activity yang boleh dibuat kat sini. Banana boat..jet ski..boat trip (pusing-pusing pulau), snorkelling etc..


Makan ABC..sedap!

Kitorang pulang dari Pangkor dah maghrib dah pun.. After solat maghrib, kitorang kuar makan kat restoran yang bagi aku agak pelik namanya. Restoran Kerangkaian Ikan Bakar. Restoran ni terletak di tepi jalan nak ke Manjung. Baru sebulan dibuka. Ramai jugak yang makan kat sini. Ada banyak jenis ikan boleh dipilih. Kitorang tak makan ikan bakar malam tu. Just order masakan panas.


Ada ikan besar tergantung dalam restoran tu


Aku order mi kungfu. Erm, bolehla, cuma a bit salty.

Then, makan kerang bakar. Yummehhhh!



Dah kenyang-kenyang makan, mata dah mengantuk. Serius, aku sangat mengantuk! Ingat nak balik tido je. But then, mypumpkin ajak pegi jalan-jalan lagi. Kali ni kitorang pegi kat Marina Wing or Yacht Club..



Ramai jugak orang lepak-lepak kat situ. Aku masa tu dah tak excited mana dah. Ngantuk! Penat sebab seharian berjalan. Penat sampaikan mypumpkin gelakkan aku sebab aku bercakap tapi mata pejam. Adei, aku pon tak sedar apa yang aku dah cakap...malu malu.. Balik hotel memang aku terus terbongkang atas katil...



Day 2 even more tiring but very enjoyable! 

Wednesday, December 16, 2009

Syoknye Holiday @ Lumut - Day 1

*Ini cerita long weekend haritu. Baru ada masa nak bercerita ;)*

Plan untuk bercuti datang dari kakak aku. Tetiba je dia ajak, 'jom cuti!' Aku pun seronokla kan. Akak aku nak pegi pantai. Kids pun very excited. Siap dah beli topi masing-masing. Aku pun suggestla kitorang pegi Teluk Batik. Why Teluk Batik? Why not PD ke.. Morib ke...(ape lagi pantai yang dekat dengan Putrajaya ni??) Well, I chose Teluk Batik, satu sebabnya mypumpkin kat sane (hihi) dua, aku teringin sangat-sangat nak ke Pangkor. Serius! Advantage ada mypumpkin kat sana, dia tolong book kan hotel untuk kitorang and dapatkan special rate for government servant. Aku n my sis dua-dua keje private. So, terpaksala gunakan mypumpkin muehehehe.. Another advantage is, dia tau kat mana tempat nak makan, nak jalan-jalan etc etc.. Memang untungla aku rasa bila kita melancong ke tempat yang ada orang kita kenal.

Bertolak pada pagi Jumaat. Tepat-tepat jam 8 pagi kitorang gerak. Jalan pun smooth je. Maybe sebab orang Selangor je yang cuti. KL, Putrajaya kerja. Highway pun tak sesak tho banyak kereta.



Sayelah driver hari tersebut..



weehuu..masa ni memang x sabo sabo nak sampai ke Lumut eheh..



See see.. highway sangat lengang. Saya pun memecut dengan berhemahnye di lane tengah :D


Keluar dari exit Bidor, terus masuk ke jalan raya biasa. Cuak-cuak gak nak drive sebab jalan sempit and lori pun banyak. Aku ni pemandu baru. Tak sampai setahun pun lagi drive. Memang rasa mencabar jugakla drive hari tu. Tapi, alhamdulillah, semuanya selamat. Jalan nak ke Lumut memang best. Pemandangan yang sangat indah....













Jam 12.00 tengahari kami selamat sampai ke Lumut.. Mypumpkin tunggu kitorang kat Stesen Bas, Hentian Raja Muda Musa, Lumut.. *hepi gile dapat tengok dia. Dah lama x jumpee :D*



Malam-malam lagi cantik ni....

Dari stesen bas tu kitorang terus ke hotel tempat kitorang akan menginap. Marina Cove Resort. Terletak jauh sket je dari bandar Lumut tapi sangat dekat dengan Teluk Batik.




Bilik kat sini not bad la. Kalau nak duduk 2 malam bagi aku kira berbaloila. Dahla sangat dekat dengan Teluk Batik. Hari-hari nak mandi pun boleh.. Tapi kat sini aku rasa masalah dia kurang tempat parking. Berebut jugak kitorang dengan parking ni. Sampaikan terpaksa parking tepi jalan. So, untuk senang, kitorang parking je Myvi then keluar jalan-jalan naik kereta mypumpkin.Senangg....

Oh, sebelah Marina Cove Resort ni ada Marina Water Park. Kalau tak nak pergi Teluk Batik lehla ke sini..



View from our room at 10th floor. Sebelah tu Marina Water Park. Pulau kat tengah-tengah tu pulak Marina Island. Baru siap ni. mypumpkin cakap dorang nak buat ala-ala Burj Al Arab kat Dubai tu..


Aktiviti hari pertama ialah melepak dalam bilik dulu. Penat woo drive jauh-jauh. Yang terover excited ialah anak buah aku. Dua-dua tak sabar nak ke beach. Asyik tanya je, mana beach? Bila nak gi beach? So, petang tu, dah agak redup sket baru kitorang turun ke Teluk Batik.












Khalis & Hanin syok main pasir..Dah lama dorang tak pergi beach ni..

Aku pun of coursela mandi manda petang tu. Syok! Dah lama tak mandi laut.mypumpkin plak, x padan dengan orang laut huhu.. Tak nak plak dia masuk hari tu. Katanya tak bawak baju lebihla.. Nanti rambut kerasla..Tak bawak krim rambutla. Hish, susah betul orang jaga penampilan ni ehehe..

Day 1 was a bit tiring yet so much fun!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...