Saturday, November 28, 2009

From Big to Small






 






 

 

 


This is how I was inspired.


If they can, why can't you???

Friday, November 27, 2009

Runny Nose and Rainy Day


 Oh, hidung saya x lari. Ada lagi melekat ni. Saya cuma selesema....

Ye..saya selesema lagi.. Ini dah tak tahu kali ke berapa untuk tahun ni. Started in the office yesterday. Office memang sejuk beku. Bagaikan berada di dalam esbok. Balik semalam hacuumm hacummm jugak. Tapi takdela teruk sangat. Bangun pagi ni makin kronik lak. Tengahari tadi makan Panadol Soluble. Hampeh, tak berkesan langsung! Terus godek-godek ubat selesema lama. Tiba-tiba teringat Syud pesan dalam blog dia haritu, jangan makan ubat yang dah expired! Ubat selesema tu aku dapat masa last demam Ogos hari tu. Erm, ok lagi kot. Baru 3 bulan. Bukan 3 tahun ahahaha..Makanla sebijik. Hasilnye? Hampeh jugakkkkk.. Hidungku masih berhingus.. Arghhhhhh... Saya budak hingusan!!! T_T

Kat luar hujan lebat. Guruh pun kuat. Alhamdulillah pagi tadi tak hujan, Cuaca cerah elok je. Mudah jela segala urusan korban pagi tadi kan. Alhamdulillah. Oh, semalam tengok berita, kat Makkah banjir. Hujan lebat. Sama-sama kita doakan jemaah haji tahun ni selamat. Moga-moga mereka dapat laksanakan semua ibadah dengan baik dan lancar. 2 orang makcik aku mengerjakan haji tahun ni. Semoga mereka selamat. Aminnn..


Baca lagi kisah banjir di Makkah ni di Kosmo!

Petang-petang ni takde ape yang boleh dibuat sebab hujan dan selesema ni. Makanya aku nak habiskan masa depan laptop, blog walking and nuff clicking! :D

Take care all~

Kisah Aidil Adha



Selamat Hari Raya Haji buat semua....
Semoga raya tahun ini lebuh bermakna daripada tahun sebelumnya.

As for me, macam tahun lepas juga, aku beraya di Putrajaya je. Tak balik kampung. Takde cuti. Sedih sobsob.. Tapi takpe, my parents memahaminya.. In fact, family aku yang akan datang ke sini :)

Ada orang kata, sambutan Aidil Adha di Kelantan lebih meriah berbanding Aidil Fitri. Kenapa aku rasa macam biasa je? eheh.. Takde bezanya. Pagi-pagi raya, bangun awal. Pakai baju kurung.. Sarapan. Kalau dah sarapan kat Kelantan tu paham-pahamla. Sure nasikkkk.. Nasik dagang ke, nasi berlauk ke, nasi kerabu ke, nasi lemak dan nasi impit jarang sekali eheh..Yumm yummm memang sedapla. Kemudian ke masjid untuk sembahyang raye..

Bagi family aku, usai sembahyang raya, kami akan berkumpul sesama keluarga dulu untuk memohon maaf. Mintak ampun dan maaf andai ada kesilapan yang telah dilakukan. No duit duit raya ye this time ehehehe..
Then, barulah kami bergerak ke rumah nenek..



rumah nenek

Kat rumah nenekla ibadah korban dilaksanakan. Pukul 10 lebih, lelaki-lelaki perkasa dalam keluarga kami akan turun ke medan pertarunga. ececece :P Yang perempuan dok umah, sediakan bahan-bahan untuk memasak nanti. Masa ni dah tukar attire dah. Dah tak pakai baju kurung, sebaliknya baju kurung kedah dan kain sarung batik. Nak memasak. hihi aku tipu..aku selalu pakai seluar ngan t shirt je. Takdenye nak ayu-ayu begitu. Kang terlucut kain. Ooopss eheheh..

Lebih kurang pukul 12, abang-abang, pakcik-pakcik, bawak balikla berbesen-besen, berbaldi-baldi daging lembu yang telah dikorbankan tu. Masa nila yang perempuan pulak sibuk. Siang daging, kupas bawang, masak nasik, masak itu masak ini.. Biasanya, menu kami untuk makan tengahari ialah, sup tulang, daging goreng, hati, limpa goreng, paru pun goreng.. Aduhhhh sedapnyeeeeeeeeee.........


T_T

lapar..............

Itula kisah aidil adha family aku. Cuti 2,3 hari ni pasti aktiviti makan je kat kampung tu. Aku jeles *_*

Anyway, raya ni jugak sepupu aku akan bertunang dengan jejaka pilihannya. Kapten Hamiza dan er..aku tak tau nama pasangannya ehehe.. Kapten ape tah eheh, sowi! Selamat bertunang dan semoga cepat-cepat naik pelamin. Dengarnya Januari nanti. Insyaallah aku pulang ;)

Oklah uolssssss... SELAMAT HARI RAYA KORBAN. Berhati-hati di jalan raya. Jangan korbankan diri anda dan jangan korbankan perasaan keluarga anda....

Thursday, November 26, 2009

Birthday Wishes buat...


... Rosie syeksyiiiii.. Jangan marah aaaa ahahaha...

Happy Belated Birthday dear Wosie! :D

Birthday Rosie was actually 17th Nov ago. Wah dah lama tu.. I lost her number! Macamana tu ye?Kawan apekah aku ni???? Nombor Rosie ada dalam hp Maxis aku yang dah lama kiok. Malas nak bukak amik simcard dia. Takde extre phone..huhu sori cayanggg.. Takpe takpe, saya glemerkan ko kat blog saya nih eh hahaha..




Miss you! Bring me something from Sabah ya..


Also celebrating her birthday, NOT 17th Nov ago, but TODAY! is my dearest sis....anum ariffah






Sweet *6?? hihihihihi...

Status Kami




Alhamdulillah...

Rumah Sewa di Putrajaya...


..... susahnye nak cariii... *_*

Semalam, member aku Chan Chan call.. Dia skang dah jadi PTD kat Jabatan Taman Laut kat Putrajaya nih. Hari-hari dia berulang-alik dari Bukit Mahkota. So jauhla.. Aku tak tau kat mana Bukit Mahkota tu, maknanye memang jauhla tu ehehehe.. Disebabkan jarak pun jauh, nak kena bayar tol lagi, dia pun bagitau aku dia nak cari rumah area Putrajaya. Disebabkan aku ni penghuni kat Putrajaya so she seeks my help. Honestly, aku pun tak tau macamana nak cari rumah sewa kat Putrajaya ni. Tapi, apa salahnya mencuba kan.

So, semalam after work, kitorang pun pusing-pusingla Putrajaya ni. Chan Chan prefers house area Precint 9. Tapi satu pun tak jumpa. Ada pun satu nak jual. Memang tak nak sewa langsung. Kat Putrajaya ni memang banyak kuarters. Rumah beli dan untuk disewa memang tak banyak. Aku suruh je Chan Chan dok kuarters. Senang huhuh.. Katanya, nak discuss ngan parents dulu. Ok jugak tu, bincang dulu sebelum buat ape-ape keputusan kan..

Ada tak antara korang yang tahu mana-mana rumah kat Putrajaya untuk disewa? Tak kisahla kat Precint berapa pun.. Bagitaula aku eh.. Or u guys can just drop by at Chan Chan's blog and bagitau dia sendiri.. Hari ni kita tolong orang, mana tau esoknya, orang lak yang tolong kita.. Kan kan?

Appreciate all your help. Cheers! :D

Tuesday, November 24, 2009

Link Kawan-Kawan :D

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera saya ucapkan kepada semua.....

Dengan sukacitanya saya ingin memaklumkan kepada semua, bahawasanya saya telah mengalih semua link rakan-rakan blogger saya ke [SINI].

Terima kasih kepada sedari [Ije] yang memberi ilham hehehe..

Bila dah ada blog lain untuk Precious Companions saya, barula rasa terang mata, dan barula ada semangat nak 'mem-blog-hop'...

Kepada sesiapa yang tidak menjumpai link anda pada blog tersebut, tolong bagitau saya ye... Nanti saya add...

Thanks a bunch semuaaaa.... KEEP ON BLOGGING & KEEP IN TOUCH!!~ :D

Just So You Know...

Assalamualaikum!~

Aiyem bekk merapu merapan di sini. Lama jugak menghilangkan diri kan.. Amacam nasihat ulat bulu semalam? Ada yang gatal-gatal tak selepas membacanya? ehe..

'If you miss an opportunity don't fill the eyes with tears. It will hide another better opportunity in front of you.'

Langit tak selalu cerah. Hidup kita ni ada ups and downs nye.. Tak selamanya kita kat atas kan. Kalau sekali kita terlepas peluang atau mengalami kegagalan, tak bermakna selamanya kita akan gagal. Kita hanya perlu berlapang dada, banyakkan berserah pada Yang Maha Besar dan paling penting, jangan berhenti berusaha.
Dah nak masuk tahun baru ni, marilah kita sama-sama tetapkan azam kita untuk tahun depan. Ayuh! 1Malaysia! (tetibee muehehe..)

Rye, thanks! Thanks sebab share pic kawen Marni. Marni was my old schoolmate masa kat Zainab dulu. Last jumpa Marni, last year kot. Masa konvo. Marni UPM gak macam aku cuma, dia senior setahun and kolej pun kolej lain. Alhamdullillah, Marni dah bertemu jodoh dengan pasangannya.. Sama cantik sama padan bersanding atas pelamin..Gojes! I jeles nih ehehe..



Pic credit to Rye.


Oh, hari tu aku cuti panjang tu, aku tak buat ape-ape pun. Sekadar tido guling-guling atas katil. Makanya, takdela ole-ole untuk semua hihihi.. Tipu tipu.. Actually aku pegi jenjalan. Tapi seriously, tidak membeli belah pun. Jalan-jalan lenguhkan kaki :) Tunggu aku betul-betul pegi jalan-jalan dan juga pegi shopping, I'll buy u guys something ya!

Aku nak kurus! Cuti hari tu, I was inspired.. Inspired to lose weight! Honestly, aku makin berat sekarang ni. Bila measure BMI tu, sah-sah I am overweight. Risau pulak rasa. Aku ni ada risk nak dapat diabetes and high blood pressure. Cos it's in the family. So, kalau aku tak jaga memang ada can nak dapatla penyakit kronik berdua tu. Jadi, jom jom kurus dengan aku...huhuhu.. How was I inspired? Nanti aku cerita kat lain entry ehh...



Take care all dan marilah kita menguruskan badan! =P

Monday, November 23, 2009

Nasihat daripada Ulat Bulu



I'll visit your blogs later!
Seriously missed blogwalking :D


Thursday, November 19, 2009

Bercuti Panjang~~~~~~~


*relaxing mode*

Saya dengan ini ingin memberitahu saya akan bercuti panjang bermula hari ni. Takdela panjang mana pun..Ahad ni aku kembali...

So, don't miss me ya? Ecece perasan pulak kan pepagi nih.. =P



Sometimes we fall down and can't get back up
We're hiding behind skin that's too tough
How come we don't say I love you enough
Till it's too late, it's not too late
Our hearts are hungry for a food that won't come
We could make a feast from these crumbs
And we're all staring down the barrel of a gun
So if your life flashed before you, what would you wish you would've done

 Yeah, gotta start
Looking at the hands of the time we've been given here
This is all we got and we gotta start thinkin' it
Every second counts on a clock that's tickin'
Gotta live like we're dying

We only got 86 400 seconds in a day
To turn it all around or to throw it all away
We gotta tell 'em that we love 'em while we got the chance to say,
Gotta live like we're dying

And if your plane fell out of the skies
Who would you call with your last goodbyes
Should be so careful who we left out of our lives
So when we long for absolution, there'll be no one on the line

Yeah, gotta start
Looking at the hands of the time we've been given here
This is all we got and we gotta start thinkin' it
Every second counts on a clock that's tickin'
Gotta live like we're dying

We only got 86 400 seconds in a day
To turn it all around or to throw it all away
We gotta tell 'em that we love 'em while we got the chance to say,
Gotta live like we're dying

Like we're dying
Oh, like we're dying
Like we're dying
Oh, ike we're dying

We only got 86 400 seconds in a day
To turn it all around or to throw it all away
We gotta tell 'em that we love 'em while we got the chance to say,
Gotta live like we're dying

You never know a good thing until it's gone
You never see a crash until it's head on
All these people right when we're dead wrong,
You never know a good thing till it's gone


Yeah, gotta start
Looking at the hands of the time we've been given here
This is all we got and we gotta start thinkin' it
Every second counts on a clock that's tickin'
Gotta live like we're dying

We only got 86 400 seconds in a day
To turn it all around or to throw it all away
We gotta tell 'em that we love 'em while we got the chance to say,
Gotta live like we're dying

Like we're dying
Oh, like we're dying
Like we're dying
Oh, like we're dying

We only got 86 400 seconds in a day
To turn it all around or to throw it all away
We gotta tell 'em that we love 'em while we got the chance to say,
Gotta live like we're dying



"We gotta tell 'em that we love 'em while we got the chance to say,

Gotta live like we're dying"

That's what I'm going to do :D


Cheers and take care all!

Tuesday, November 17, 2009

Cerpan

Last Friday, team aku buat 'cubie-warming'. Apa tu??? Cubie-warming ni ala-ala house warmingla. Kitorang baru pindah cubicle. Dulu duduk level 4, sekarang level 3. So, sebab nak ajak kawan-kawan yang lama from level 4 kenal tempat baru kitorang ni dan nak kenal dengan orang baru di level 3, we all pun buatla cubie-warming ni.



Invitation card to all...


Kitorang ada satu extra cubicle so kat situla makanan-makanan diletak.. meriah betul, ade belon bagai. Siksa tau nak meniupnye.. Kecut paru-paru aku ni haa hihi.. Kitorang takdela serve makanan berat-berat. Just, snacks and tit-bits such as chocs, asam, etc etc..Nampak itu wau??? Kitorang penah ada contest buat wau sempena sambutan Hari Raya and that's the wau we made. Haaa..carila mana cubicle aku :D



Ini mamat-mamat yang dah makan kenyang-kenyang pastu sebok nak mengorat bos aku lak hihih..Jahat tol dorang ni buli bos aku..


Malamnye pulak aku, my boss and my colleague pegi dinner kat Shangri-La Putrajaya. Atas jemputan dorang for T.G.I.F event. Normally pegi makan-makan and lucky draw je, tetiba dinner kali ni lain la plak. Ada game and siap kena naik pentas karaoke ramai-ramai lagi. Adoiii.. First game,  dia suruh kitorang list alphabet from A-Z then cari barang-barang yang ada kat atas meja atau pada diri sendiri that represents each alphabets. Contohnya, A - anting-anting, B - brooch.. Kena cari barang tu and masukkan dalam beg kertas yang dia bagi. Aku duduk semeja dengan orang pasif-pasif huhuh.. Yang laki berlagak macho (gaya cam CEO jek, pakai coat bagai).. So, aku ngan collegue aku tu la sebok-sebok, kalut-kalut cari barang. Dan disebabkan keaktifan kitorangla, satu meja kitorang tu menang voucher from Shangri-La. Weeee~


This is my boss (yang pompuan) and General Manager Shang-ri La (kot?uhu). Dia ni sporting sangat. Masa main game tu dia bagi name tag dia for N, handkerchief for H and key for K. Thanks Mr. Healy! :)


Me and Fatimah, my colleague. Gambar makanan aku tak amik. Segan nak amik sebab orang-orang yang pegi dinner tu gaya-gaya CEO jek semuanya. Kang aku dok amik-amik gambar makanan ape lak dorang cakap hihih.. By the way, aku bertuah malam tu, dapat lucky draw prize.. Simple voucher je. Grand prize was staying 2 nights kat Shang-ri La Kowloon, Hong Kong. Wah wahhh..besh.. Aku putih mata jelaa nak dapat grand prize tu T_T


Saturday the next day, aku ada 2 majlis. Sebelah paginye majlis penyampaian hadiah anak buah aku, Hanin, kat sekolah dia. She got first place in her class.



Kata start pukul 8pg tapi sebenarnye nak dekat pukul 9 baru stat. Aishh..penat menunggu. Nasibla dewan sekolah tu tak panas sangat. Starting majlis tu ada budak-budak pra sekolah menari. Ololo kiut sangat-sangat dorang ni. Kecik-kecik tapi dah pandai berzapin dan berjoget. Bukan senang tauu..


Comel kan?




Ini Khalis yang tersangatla syok menonton. Tak pernah-pernah dia well behave macam ni. Suka sangat kot tengok orang menari :D

Petangnya pulak, konsert tadika Khalis.


Krista Got Talent


Antara kanak-kanak yang membuat persembahan. Haaa cuba cari mana si Khalis?? :P

Seronok tengok budak-budak tadika ni. Kelakar! Masa amik sijil, jalan menonong jekkk, tak tau nak pegi mana pun sebenarnye. Ada yang dah amik sijil dari tangan Pengetua Tadika, tetiba nak bagi balik kat Pengetua tu.. haha.. Serius comel dorang ni..


Ok, habis cerita minggu lepas. Ini cerita hari ni. Kitorang ada team lunch hari ni. Team lunch ni memang once a month and kali ni nak celebrate birthday one of our team mate.


Kitorang pergi Seri Penang, Cyberjaya. Dapat special room sebab kitorang reserve untuk 10 orang.


Ni tengah pilih-pilih makanan. Macam-macam ada kat sini. Tapi most of it are nyonya's dishes.


Sambil tunggu makanan sampai kitorang sembang-sembang. Ni half of our team. Ada lagi 3 orang, tak teramikla gambar dorang huhu..Masa ni big boss (not in pic) tengah menyakat Fatimah hihi..


Ni separuh daripada makanan yang kitorang order. We order 13 dishes!hahaha, makan besar..Takpe, big boss blanje hihihi.. Makanan dia, erm not bad la. Ok ok je bagi aku. But a bit pricey la huhu..


Ni kek birthday, big boss sponsor jugak :D


So here's the birthday lady.. Happy birthday Sharm! Her birthday is actually next week. Tapi next week sume orang busy for closing so, celebrate awal sket..

Lepas lunch tadi, aku tengok cuaca panas je.. So, aku bawak Cik Bibab mandi. Dah comot sangat dah. Luar dalam.. Psstt psst hari tu kan, aku jumpa lipas dalam Cik Bibab. Huwaaa..Jadi sebelum tikus pulak buat sarang dalam tu, cepat-cepatla aku bawak dia mandi. Sementara menunggu Cik Bibab siap grooming, aku lepak kat dalam Streetmall tu. Ada aircond sket..



Aku lepak-lepak kat depan printing shop ni.Miso ape tah nama dia.. Haa, budak laki dalam gambar ni sangat comel! Dia communicate pakai signal language. Cute sangat rasa, Dahle hensem kan eheh.. Aku memang suka cuci mata ni ahaha..


Haa..satu benda aku notice kat area printing shop ni.. Ada notice macam ni.. Apesal lak takleh spray eh? Kat tempat-tempat lain tak nampak pulak. Agak-agak kenape? Kalau spray nanti machine/printer dia rosak ke?huhuhu


Dah penat lepak dan mata pun dah cukup terang (he he he) aku pun pegila amik Cik Bibab. Senang hati tengok Cik Bibab dah santek. Dah bersih, tak comot lagi.

On the way balik dari Cyberjaya menuju Putrajaya....aku memandang langit...


Sambil drive sambil snap pic. Bahaye bahaye..Jangan contohi saye! Gelapkan? Ish, gaya macam nak hujan lebat kat Putrajaya. Tapi tak..Sampai saat ni saya menaip, tak hujan pun. Kalau hujan pun rintik-rintik je. Guruh ada jugak kedengaran. Ahhhh..malam ni syiok lagila tido ni.. Sejukkkkkkkkk....

Yang paling penting, mandi pun malas!
ahahahahaha..


Sekian cerita panjang (CERPAN) saya...


Words of Appreciation

Selamat pagi semueeeeee...

Takde benda sangat nak cerita pepagi buta nih.. Cuma, uols notice tak??? Weeee...ads nuffnang dah kelihatan.. Mister potato mister potatooo.. ahahaha, ok ok, I am over excited here eheheh..



Selalu tengok kat blog orang lain je. Selalu klik klik kat blog orang lain je. Hari ni dapatla tengok kat blog sendiri (hihi, cam j.a.k.u.n lak aku nih)..


Dulu masa awal-awal blogging, erm 5 years ago kalau tak silap, tujuan aku blogging hanya untuk isi masa terluang. Bosan-bosan, aku merapu sorang diri. Blog aku dulu mana ada orang baca. Aku dulu pun cam segan-segan nak bagi orang baca blog aku. Kalau bagi komen kat orang selalu jadi Cik Anon je. Tak pun pembaca senyap (silent readerla tu kan). Pastu lama-lama dah start malas nak blogging. [Read my damn.old blog: amalenchanted]

Tapi sekarang, maybe aku dah dewasa la kan (ecece ayat tak leh blah..). Makanya, aku rajin nak blogging balik. Rajin nak memberi komen tanpa menyembunyikan identiti sendiri. I'd rather be myself other than following others! Itu lebih baik kan? Tak kisahla apa pandangan ramai orang terhadap aku. Yang penting, aku tau sape diri aku..

Seronok bila dapat kenal kawan-kawan thru blogs ni. Aku suka baca kisah orang. Kadang-kadang jeles sebab they are so good in writing! Jeles jeles *_*  Tapi takpe, aku teruskan dengan cara aku. Originality is better than similarity (ok, pepatah yang direka sendiri!). :D




I'd like to say, thank you to all for all your kind thoughts, for all your kind comments. Appreciate it the most. Semangat aku untuk blogging datang daripada anda semua! Anda yang sudi singgah, anda yang sudi membaca kisah tahapehape saye..
Mmmuaahh mmuaaahhh...

Aku akan berikan yang terbahekkkkk kepada anda semua (macam nak pegi pertandingan karaoke pulek).. Tanpa anda semua siapalah saye T_T





p/s: Err..segan nak cakap sebnanye ni, tapi..nak cakap jugaklah.. Erm, sudi-sudikanla klik kat ad nuffnang tu ye ngeeeee~~~ :D

Monday, November 16, 2009

Throw It Away!~

Arghhhhhhh..internet slow gilee..
Marah betul..
Bayar mahal-mahal tapi service cam hape je...
Eeeeee..mau je aku baling ke dinding benda modem nihh...

Saturday, November 14, 2009

Question: Are you married?

Alkisahnya, aku bersembang dengan sorang colleague.

F: Wani, I have one question to ask you..
W:Askla..
F: Are you married?
W: Hoh???
F: Someone told me you're married..
W: Who? Who? They saw we with my husband is it?? [sambil sengih gatai ekeke]
F: Nope, they saw you with your kids.
W: Hoh?? Wahahahahahaha...

Kids? Anak? Aku sudah punya anak??

Oklah oklah, I admit.. sebenarnya aku belum kawen, tapi aku sudah punya anak.. Orang pun kekadang bengang ngan aku. Terutamanya bila dorang naik kereta aku. Yang mana duduk seat belakang selalu susah nak keluar. Sebabnya, takleh nak buka dari dalam. Aku buat child lock. Kalau orang tanya kenapa buat child lock, jawapan aku mudah je, sebab aku ada anak!

Aku dengan berbesar hati ingin memperkenalkan anak-anak aku pada anda semua [Walaupun dah beribu-ribu kali aku kenalkan.....]



 

 

 

 

 


Ayoooo.. itu semua ANAK BUAH aku la...And yang berbulu itu sudah terang lagi nyata kucing-kucing aku yang aku anggap macam anak jugak. Aku mana ada anak sendiri lagiii.. Kawen pun belum. Ish.ish..Aku memang gatai nak menikah ni (hihih). Tapi sabola, duit pun takde lagi. Ke ada orang nak sponsor majlis perkahwinan aku nanti?

So, my answer for the question above is,

"Oit oit.. I'm not married laaaa.. Sape bawak cite mukan mukan nihh.. I anak gadis lagi tauuu" :D


This was not the first time people thought that I'm married. Read "Terpaksala Kawin Macam Niii...."

'Bang, memang dah nak kena kawin kita ni..miahahahaha'

Cerita Halloween yang Basi

Haluuu haluuu..

Meh mehh..aku nak bagitau cerita lapuk lagi basi nih hehe..

31st Oct ago, ofis aku celebrate Halloween. But bukan satu ofis,just night shift staff. Ini saje-saje jela..for fun orang kata. Bukan celebrate kerana memujanya. Office aku selalu ada 'Dress Up Day.' So, Halloween ni one of the day. Yela, time halloween ni kan macam-macam costume ada.

Tanpa membuang masa, aku hidangkan pada korang semua gambar-gambar yang diambil during that parteyy..Errr but, only a few jela. Susah nak upload sebab internet as slow as snail. Harap maklum.




 
These are staircase to level 4 office. Night shift staff dok level 3. Termasuklah aku. Staircase ni aku slalu panggil, "Staircase to Orion" sebabnye, level 4 office, nama gelarannya ialah Orion :D
Kalau korang tengok betul-betul kat tangga tu ada imej hantu. Photoshop je tuh. Tapi tangga tu memang scary la at night hihihihihih... Spooky!


 
aaa.. Ini 3 hantu. Err yang paling kiri aku tak sure apa characternye. Yang tengah, zombie mungkin? Yang paling kanan, ituuu vampire mungkin? Tak kisahla apa wataknya tapi memang menjadi la dorang ni..

 
Ini replika hantu yang dilekatkan di dinding ofis. Kira one of the deco. Jaket tu jaket company. Dorang cakap, tu jaket peninggalan ex-staff yang sudah pun RIP. hauhauauahau..iyela tuuuu..

 
Ok. This is the creepiest. Paling scary bagi aku. Erkk Mr. Bean yang cam dah mereng jekk..huhuuhuh...


Don't find me. I'm not there :D




Cerita basi lain nampaknya aku takkan cite lagilah.. Dah basi, masam dan berkulat dah. Tak elok lagi dah nak bercerita hehe...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...