Wednesday, October 28, 2009

Mad Hatter

The theme for my company's annual dinner this year is MAD HATTER.

What the heck is dat?? Bila aku search dekat Yahoo! Image, this is how Mad Hatter look like...


Wohoho..ini Johnny Depp in Alice In The Wonderland. Am not gonna wear this!



Syeksyiiiiiii!! Agak-agak kalo aku pakai camni, ada tak yang terbeliak mata? hahaha..



awwww...yang ni comel!~ Tapi mana buleh I dedah-dedah macam ni. Kang I kena ban!



hmmm..yang ni? Ghupe badut je aku tengok..



Aku kalau nak pegi dinner, tang costume tula masalah problemnya. Tak reti nak ikut tema. Perlu ke ikut-ikut tema ni? Asal pakai baju sudahla kan. Tapi kalau tak pakai, rasa macam tak cooperate jek..


So......


Pakai macam ni jela nanti. Boleh? hihihi... Tapi tu topi budak-budak. Aku kepala besar. Mana muat. Aihhh...ni yang malas nak pegi dinner ni :(
Tapi makan freeeeeeeeeeeee.......... B-) Terus galok bile teringat makanan hahaha...


Rasanya alwaniamalini pakai baju kurung dengan tudung jela nanti. Bolehla eh.. Yang penting perut makcik kenyangggggggg... kan kan... B-) B-)

What do you think? Perlu ke makcik ikut tema?? :(

Tuesday, October 27, 2009

Sepak Bola?

Sedang me'refresh' blog Keputusan Bola Sepak Terkini selang 15 minit. Er, tak..selang 5 minit..err tak tak, selang 2,3 minit.

Wah wah what happen to me? Tiba-tiba jadi kaki bola ni?

Alkisahnya, of course ada kaitan dengan mypumpkin kan (hihi *gelak gatai*).. Mypumpkin ni peminat setia bola. Tak kisahla mana-mana liga pon.. Liga omputihh..liga ommelayuu..sume dia layan. So, aku pun terikut-ikutla.Sebabnya, akulah tukang melaporkan keputusan terkini bola pada dia. [Thank you blog Keputusan Bola Sepak  Terkini for the update!]

Malam ni ada game Separuh Akhir Pertama Piala Malaysia.

Kelantan vs Perlis
Negeri Sembilan vs Terengganu

Aku and mypumpkin of course ternanti-nantikan keputusan untuk Kelantan and Terengganu.. Hopefully they both win, pastu lawan kat final. Wah wah menarik tu..pastu nanti aku ngan mypumpkin pon gaduh-gaduh kan haha..(I'm from Kelantan n he's from Terengganu, walaupun takla Terengganu sangat hihi..)

Aku jugak ada source yang sekarang berada di Stadium Sultan Mohammad KeIV kat Kota Bharu. My bro, Azim is there, watching the game live. Hah pakcik ni sorang.. Tah bile pulak dia minat bola ni kan.Ni mesti pengaruh rakan sebaya la ni eheh... Aku mesej dia tadi, "Abe, g tengok bola kat stadium ko male ni??" Dia jawab, "ho laaa..mesti g....ramai ore stadium nih. Gege gegokk..." Hoho, anda tak paham?? Buat-buat paham ahaha.. Then aku cakap kat dia, "Abe, kalu ada gol, oyak kokre dehssss.." Wah wah adik dia pon semangat je ahahah..

Okehh, jum sambung me'refresh' :D

Update at 10.56pm. Full time score:

27 Oktober 2009


Kelantan*
N.Sembilan*
2 - 0
1 - 0
Perlis
Terengganu

Bukan Busy Body...



aaaa..makcik busy ah skang ni. More busy than a bee. Bukan busy body ye anak-anak.

Tido pun rasa macam tak cukup je. Mata dah bengkak. Makcik dah jadi sedara pada panda dan racoon dah ni huhuhu...

Banyak benda nak cerita. Nanti-nantila ye. Tunggu bila makcik dah tak busy sangat.

BZ
BZ
BZ
BZ

Monday, October 26, 2009

Beza Di Antara Kita




Catatan Harian Suami dan Isteri

BUKU HARIAN ISTERI

Malam Minggu - Dia berkelakuan aneh. Sebelumnya kami berjanji bertemu di Cafe. Aku shopping seharian dengan kawan-kawan, sehingga mungkin dia kesal karena aku agak lewat sampai di Cafe, tapi dia tak bercakap.

Dia tak bercakap langsung, jadi aku ajak dia pergi ke tempat yang agak sunyi supaya kami dapat berbincang,
dia setuju tapi tetap diam membisu. Aku tanya apa yang salah - dia jawab, "Tak ada".

Aku tanyakan apakah kesalahan ku yang membuatnya kesal. Dia kata hal ini tak ada kaitannya dengan ku dan minta aku tak usah sibuk.

Dalam perjalanan pulang, ku katakan aku mencintainya, dia cuma tersenyum tipis dan tetap membisu. Aku tak dapat menjelaskan perangainya petang itu. Aku tak habis-habis berfikir kenapa dia tak menjawab, "Aku cinta kamu juga".

Sesampainya di rumah, aku merasa kehilangan dia, dan seolah-olah dia tak menghendaki ku lagi. Dia hanya duduk dan nonton depan TV; dia terlihat jauh dan menghilang.....

Akhirnya aku putuskan untuk tidur. Lebih kurang 10 minit kemudian, dia masuk ke kamar. Aku tak tahan lagi, ku putuskan untuk menghadapinya dan menanyakan soal sebenarnya, tapi dia langsung tertidur. Aku mulai menangis sampai tertidur. Aku tak tahu apa yang harus ku lakukan. Hidupku terasa bergoncang.....

 
BUKU HARIAN SUAMI

Hari ini REAL MADRID kalah. SIALLLLL!!!



Wanita - very complex
Lelaki - very simple


Itu beza di antara kau dan aku.


*Artikel di ambil daripada Lawak Jenaka Online.

Sunday, October 25, 2009

Lawak Sengal




Mary Sue Ke Bandar

Mary Sue datang ke sebuah kota besar untuk pertama kalinya.Dia check-in di sebuah hotel mewah dan seorang pelayan membawakan begnya menuju ke bilik yang Mary Sue akan menginap.

Mary Sue mengikuti langkah-langkah pelayan itu dan ketika pelayan tersebut menutup pintu, Mary Sue melihat ke sekeliling dan marah-marah kepada pelayan tersebut.

"Anak muda, aku mungkin tua dan kekampungan, tapi tidak bererti aku ini bodoh! Aku membayar mahal untuk tinggal di hotel ini tapi bilik ini bukanlah bilik yang sesuai dengan bayaran itu! Bilik ini begitu kecil, tidak ada kemudahan, tidak ada televisyen, bahkan tempat tidur pun tidak ada!"

"Nyonya, ini adalah lif" jawab pelayan tu selamber.


Curang

Seorang wanita telah mengajak teman lelakinya ke rumahnya supaya dapat berdua-duaan di malam minggu. Jadi teman lelakinya bersetuju. Tau-tau sajalah apa yang dia orang buat di malam minggu tu berdua-duaan di dalam bilik wanita tu….. kira malam minggu tu milik dia oranglah. Selepas selesai melakukan adengan yang dicensoredkan, si lelaki ni pun berehat sambil mengambil rokoknya tapi mancis takder.

Bertanyalah si lelaki ni kepada teman wanitanya; "Darling! ada mancis tak?". Ada kat dalam laci sebelah katil tu", jawab si wanita tu. Masa buka laci tu,terpandanglah si lelaki tu sebuah potret lelaki di dalam laci tu. Bertanyalah si lelaki tu pada teman wanitanya; "Gambar siapa ni yang? Gambar suami sayang ker? "Bukan" jawab si wanita tu. "Kalau bukan gambar suami sayang, gambar tunang sayang ker?", "Bukan jugak" jawab wanita tu lagi. "Kalau bukan jugak, habis gambar ni gambar siapa?" tanya silelaki tu untuk mendapat penjelasan lanjut "Yanggg! Gambar tu adalah gambar saya sebelum saya menjalani pembedahan jantina" jawab si wanita tu dengan penuh manja.

AAAaaaawwWW?


Kisah Mat Punk

Seorang orang tua sedang duduk di kerusi di sebuah taman bunga sambil menikmati udara petang.. Tiba-tiba seorang anak muda bergaya punk duduk di sebelah si atok tersebut…

Rambut anak muda itu dicat kuning dan hijau, sementara rambut-rambut yang berdiri dicat jingga dan ungu. Di sekeliling matanya diwarnakan hitam. Orang tua itu lama menatap si punk tersebut…

Merasa terganggu dengan tatapan orang tua itu.. pemuda punk itu bertanya.. "Eh, pakcik.. kenapa tenung saya macam tu..? apakah dulu waktu muda pakcik tidak pernah buat kerja yang gila-gila?"

Setelah menarik nafas panjang… orang tua itu menjawab.. "Tentu saja pernah. Dulu aku pernah mabuk teruk..

dan ketika mabuk itulah aku merogol seekor burung kakatua. jadi sekarang ini aku keliru… jangan-jangan kamu adalah anakku."



'Semua lawak ini adalah courtesy of Lawak Jenaka Online.'

Happy Birthday Gals! :D



Today, 25th Oct is the birthday of my lovey Cayam. Kalau Cayam still ada kat sini, sure hari ni dah pegi ronggeng-ronggeng, celebrate her birthday. But now Cayam dah balik hometown for good. Sobsob..takpelah Yam, Insyaallah ada masa kita dating sesama k.. Mmmuahh mmuaahh laling miss you so much Cayam!


Me and Cayam. oops, we're not gay okehh..read THIS for clarification :D


Meanwhile, 22nd Oct hari tu birthday my another BFF. She's my BFF during good old school days. We're still in touch walaupun dah lama tak jumpa. Last jumpa is a few months back, masa konvo Mimie.


Happy Birthday Kema! :D

Oh, you make me smile! :)

::: pumpkin.and.me :::



  "Smile"

You're better than the best
I'm lucky just to linger in your life
Cooler than the flip-side of my pillow (that's right)
Completely unaware
Nothing can compare to where you send me
Let's me know that it's okay (yea, it's okay)
And the moments when my good times start to fade

You make me smile like a sun, Fall outta bed
Sing like a bird, Dizzy in my head
Spin like a record, Crazy on a Sunday night
You make me dance like a fool, Forget how to breathe
Shine like gold, Buzz like a bee
Just the thought of you can drive me wild
Oh, you make me smile

Even when you don't
Somehow you come along just like a flower pokin through the sidewalk crack
And just like that
You steal away the rain
And just like that


Don't know how I lived without you
'Cuz everytime that I get around you
I see the best of me inside your eyes
You make me smile
You make me dance like a fool, Forget how to breathe
Shine like gold, Buzz like a bee
Just the thought of you can drive me wild
Oh, you make me smile

(Oh, you make me smile)
Oh you make me smille
(Oh, you make me smile)
Oh you make me smille



Uncle Kracker - Smile




Walaupun kita dah banyak kali bergaduh..banyak kali bertegang lidah..banyak kali berselisih pendapat..u will never fail and certainly always make me smile, sayang. I LOVE YOU DEAR, now and forever!

Saturday, October 24, 2009

SMS Sampai Lebam, Ouch!





Kepada anda-anda yang sudah mempunyai teman lelaki/teman wanita, boleh saya tau, dalam masa SEHARI berapa banyak mesej/SMS yang anda hantar kepada teman lelaki/teman wanita anda? 1 SMS? 10 SMS? 100 SMS?

Kalau tak mesej/SMS atau tidak berhubung dalam masa sehari, bolehkah anda tahan? Ke tak tahan, terus jadi gatal-gatal gitu? Terus jadi mabuk rindu? Terus jadi kurang cergas?


p/s Aku check message counters HP aku. Since I bought this HP on January til now, I've sent 18,232 SMSes. :O That't quite a shock! Dan aku pasti 99.99% was SMS to mypumpkin.hohohoho..

p/s Cuba anda check message counters anda. Berapa riban mesej agaknya yang telah anda hantar..

Wednesday, October 21, 2009

If You're Wondering Why. [If la kan..]

2,3,4 hari ni, aku moody. Moody nak nangis, moody nak marah orang, moody malas nak bercakap dengan orang, moody malas nak buat keje..moody macam-macamla...

Pantang orang wat salah sikit, aku nak melenting marahkan orang tu. Pantang aku buat salah sikit, aku melenting nak marahkan diri sendiri. Pantang terasa hati sikit, mulala nak menangis. Mulala nak menitiskan air mata.. Aku memang pemurah dengan air mata. Pastu sensitif tak hengat...

Kenapa sebenarnya aku sensitif tak pasal-pasal ni?? If you guys are wondering why, mehla aku cerita. If la kan...if NOT, takpela..aku nak cite gak ahahaha..

First thing first..something happen in the office. Something yang my boss claimed that it's just a small matter. Tapi bagi aku, it's a really BIG matter. Sebab, semuanya berpunca daripada aku. Tak perlula aku cerita apa yang telah berlaku. Korang reka la cerita sendiri. Pastikan jalan cerita dan masalahnya, berpunca daripada aku. Aku memang sangat-sangat sedih. Down sangat-sangat. Sampai nak apply keje len tau. hahaha emo lebih-lebih plak... Aku cubala tenangkan fikiran. Tarik nafas dalam-dalam. Cuba untuk terima semua ini sebagai dugaan di tempat kerja.. Jadikannya sebagai pengajaran. Seperti kata mypumpkin, "Jangan belajar je dari kesilapan. Kita kena baiki jugak kesilapan yang kita buat tu..." Belajar dan baiki. Jangan buat lagi Wani! Amaran keras kepada diri sendiri - Mulut jangan celupar sangat!

Itu masalah ofis. Masalah kedua ialah masalah personal. Dah ada masalah kat ofis, tetiba lak leh gaduh-gaduh dengan mypumpkin. Wah wah..sakitnye hati suciku ini..huhuhu.. Bertimpa-timpa pulak masalah yang datang. Aku kalau dah gaduh dengan mypumpkin memang emosional habisla. Mata bengkak-bengkak.. Merah-merah...Penatnye gaduh ni. Banyak benda aku terasa hati dengan dia hari tu. Rasa macam nak merajuk pun ada. Tapi aku tak nak layankan sangat perasaan. Aku buat macam biasa. Tapi still tak settle jugak. Last last ape lagiii..mengamukla akuuu... Dah habis mengamuk, lega sikit hati aku..huhu.. Alhamdulillah dia juga sedar dan paham.. Hati wanita ni kan rapuh.. Mudah sangat tersentuh.. Bagi dia mungkin benda tu remeh. Tapi bagi aku pulak, benda tu sangat penting. Sangat bermakna. Memangla perempuan ni leceh. Tapi lelaki pun kena pahamla.. Kami wanita memang dilahirkan begini! Aku bukan nak suruh dia ikut segala kehendak aku.. Aku cuma nak dia faham aku.. Sama macam bagaimana aku cuba memahami dia sekarang.
Pukul 5 pagi, while I was driving to work, tetiba dia call. Terkejut jugak sebab dia dah bangun. Perkara pertama dia ucapkan ialah, "maafkan abang, sayang..."  Pandai dia sejukkan hati aku hihi.. Aku ni panas sekejap je..Tu je yang aku nak dengar daripada dia sebenarnya.. Aku sentiasa maafkan dia, and yes, aku makin sayangkan dia...*okeh okeh dah start jiwang dahhh..*

Itulah sebenarnya 2 benda yang buat aku hangin..buat aku moody ,3,4 hari ni.. Ditambah-tambah pulak dengan bebanan kerja yang banyak..masalah kewangan (pening pening) dan macam-macam lagila...

Semoga hati aku sentiasa cekal dan kuat untuk menghadapi setiap ujian yang datang. Semua ini ada hikmahnye kan??

Tak mau emo emo lagi.. penat la!

Calling all ANAK ALAM!!!~ [Ini entry melekat.Sila tekan bawah untuk entry tak melekat.TQ]




DATE:
5th December 2009

TIME:
2.00-6.00pm

LOCATION:
Taman Seri Empangan Putrajaya



*For RSVP please click HERE.


Terasa Hati



Terasa hati dengan kawan-kawan sekolah dulu yang kahwin dan bertunang tanpa beritahu aku walau sepatah pun.. Tak jemput aku pon.. Alih-alih bukak FS dah ada terpampang gambar cantek-cantek, gambar bahagia bersama suami ataupun tunang...

Wah wah terasanya hati ini..

Yela-yelaaa..aku tau aku sape.. Aku bukan VIP... Aku alwaniamalini je...

:(



Takpela korangg..tak bagitau akuu..nanti aku kawen sok (xde tunang2, kawen terus), aku ajak korang! Korang tak datang, siappp... Setahun aku majuk! (Wah, boleh x gitu?? Ada korang kesahhh?? Kan. Hmmphh..)
*Ape ke buruk sangat rupe aku lam gambar neh*

Tuesday, October 20, 2009

Hutang?Oh, pening!




Alkisahnye..aku ada seorang sahabat yang pinjam duit dengan aku.
Masa dia mintak tu aku memang takde rasa berat hati pun nak bagi. Aku memang ikhlas seikhlas-ikhlasnya. Masa aku bagi tu, yela, niat aku bagi pinjam la. Bukan kata "takpela, aku sedekah kat ko je". Sebabnya dia beria-ia cakap kat aku dia akan bayar dengan segera. Hari ni pinjam, esok akan terus bayar balik. So, aku tak kata ape la.. Aku anggap itu sebagai pinjaman dan aku tunggu bila dia akan bayar. Dah dia cakap camtu kan??

Korang pun leh agakla kan.. Dia akhirnya, sampaila ke hari ni, belum melunaskan lagi hutang tersebut. Dah 6 bulan dah dia pinjam.....

Actually, tak banyak pun jumlah wang yang dia pinjam tu. RM50 je. Aku kadang-kadang fikir nak halalkan aje. Tapi kan..bila aku pulak yang kesempitan wang..sesak..sengkek..takde duit..aku mula terpikir-pikir, kalola member aku tu bayar RM50 tu sekarang, sure aku ada duit sikit sekarang ni. Pastu mulala aku rasa macam teruk sangat. Aku cubala fikir positif kenapa kawan aku tu tak bayar lagi duit aku. Tapi susahla.. Lebih-lebih lagi bila aku tengok dia macam senang dan ada duit. Kemudian dia buat-buat senyap pula. Takkan dia dah lupa kot dia ada pinjam duit ngan aku?

Aku tak pernah mintak dengan dia. Sebab aku takut nanti dia kata aku mengungkit. Bukan mengungkit, aku cuma menuntut hutang. Aku takut dia akan cakap, "ala Wani RM50 je pun...." RM50 tu bukan sikit. Kalau aku kaya raya, duit dalam purse ni sentiasa banyak dan penuh, aku memang takkan kisah. Aku kira halal je. Tapi macam aku cakap tadi, ada masanya aku memang kesempitan wang, dan masa tula aku akan ingat-ingat balik hutang dia ni.. Kadang-kadang aku takut bila aku mintak, dia akan cakap.."Wani, takkan ko tak boleh tolak ansur. Aku study lagi. Ko dah keje..." Aku paling pantang sebenarnya dengan ayat ni. Apa orang ingat dah keje je duit pun banyak, x pernah susut? Dah kejela tanggungjawab tu lagi besar. Lagi banyak duit yang diperlukan... Dan sebenarnya masa aku bagi pinjam tu pun aku fikir sebab aku dah keje jadi aku tak kisah nak bagi kawan aku pinjam.

Bila pikir-pikir balik, kalaula kawan aku tu tak bersungguh-sungguh cakap dia akan bayar balik esoknya, dan aku pun tak pegang pada janji dia tu, aku takkan teringat-ingat macam ni.. Aku takkan rasa bersalahla tiap kali teringat ada orang berhutang dengan aku.. Aku nak halalkan tapi.......

Macamana aku nak cakap ngan dia ni.. Macamana aku nak mintak balik duit aku tu....Macamana aku nak lupakan janji dia tu pada aku..so that aku takkan berfikir dua kali bila aku cuba untuk menghalalkannya.... Macamana????

Helppp helpp!

I DON'T WANNA FIGHT NO MORE...

I can't sleep,
everything i ever knew,
Is a lie,
without you,

I can't breathe,
when my heart is broke in two,
There's no beat,
without you,

You're not gone,
but you're not here,
At least that's the way it seems tonight,
If we could try to end these wars,
I know that we can make it right,
cause baby,

I don't wanna fight no more,
I forgot what we were fighting for,
and this loneliness that's in my heart,
won't let me be apart from you,

I don't wanna have to try,
Girl, to live without you in my life,
So, i'm hoping we can start tonight,
cause i don't wanna fight,
no more,

How can I leave,
when everything that I adore,
and everything I'm living for,
Girl, it's in you,

I can't dream,
sleepless nights have got me bad,
The only dream i ever had,
is being with you,

I know that we can make it right,
It's gonna take a little time,
Lets not leave ourselves with no way out,
lets not cross that line,(that line)

I don't wanna fight no more,
I forgot what we were fighting for,
and this loneliness that's in my heart,
won't let me be apart from you,

I don't wanna have to try,
Girl, to live without you in my life,
So, i'm hoping we can start tonight,
cause i don't wanna fight,
no more,

Remember that i made a vow,
that i would never let you go,
I meant it then, I mean it now,
and i want to tell you so,

I don't wanna fight no more, (oh no)
I forgot what we were fighting for,
and this loneliness that's in my heart,
won't let me be apart from you,

I don't wanna have to try,
Girl, to live without you in my life,
So, i'm hoping we can start tonight,
(can we start)
cause i don't wanna fight,
no more...

I don't wanna fight no more,
I forgot what we were fighting for, (oh yeah)
and this loneliness that's in my heart,
(my heart)
won't let me be apart from you,

I don't wanna have to try,
Girl, to live without you in my life,
So, i'm hoping we can start tonight,
(I'm hoping)
cause i don't wanna fight,
no more.......

It's all a lie,
Without you,
without you......



WESTLIFE - I DON'T WANNA FIGHT NO MORE




*and I don't wanna fight no more*

Monday, October 19, 2009

Maaf, mood takde. Mood pegi honeymoon. T__T

Hi all..


'Orang' takde moodla. 'orang' tak main-main ni.

Mood tak ok la..
Sedih.. nak nangis..
Ada je orang cari pasal dengan aku..
Tak habis-habis nak buat aku sedih..

Letihla macam ni. Letih melayan hormon yang tak stabil. Yeah sis Lavender. There's something wrong with my hormones. Sangat tak stabil. Baru nak happy, tetiba sedih pulak. Baru je nak ceria-ceria, tetiba, down balik. Ahh what's wrong with me???

Aku sedih.. Aku ingat, aku dah lakukan yang terbaik. Aku dah jadi yang terbaik. Tapi kenapa pada pandangan orang tu aku masih tak sempurna. I have given my all. Aku ketepikan perasaan aku hanya kerana dia. Tapi apa yang aku dapat? Apa lagi yang tak kena? Apa yang dia nak sebenarnya??? Apa yang harus aku lakukan???

Whatever it is, I won't give up.. Jadilah apa nak jadi.....

Dahla.. serius mood takde ni. Mood pegi honeymoon tak ajak saye.. :(


*saya betul-betul takde mood neh.jangan nak gurau-gurau ngan saye..tak nampak ke muka garang saye nih??*

Saturday, October 17, 2009

Wednesday, October 14, 2009

Quick Update!

Blogging from the training room at MCSB, KL.

Uh-oh hihihi..

Kawan aku pinjam laptop for 3 days. So, no blogging no surfing for these 3 days.

Don't miss me ya!

I'll be back on Friday..

Tata!~

Monday, October 12, 2009

Oh my, what a day!!

Hari ni hari sedih sedunia lagi.

I cried again. And this time around, I cried in front of my boss! Oh my!



Tak tahula kenapa..Tiba-tiba, I broke down and cried and weep just like a baby. Just like a child! It's not that my boss scolded me or anything. It's just me.

These few days, emosi tak stabil la.

Hati ni mudah sangat tersentuh. Semua benda, kecik atau besar, I take it seriously. Bukan aku tak boleh terima segala feedback yang aku terima daripada orang. It's just me! Suddenly I am so emotional. And I don't know why.............

I need some time to chill out a bit maybe. Glad that I'll be off on training for 2 days. At least, I can give myself a 2 days break. Please give me some room to cool down. Then I'll find that tune I always had before.

But.. right now..I don't know whether I can be that same person again or not.



Hmmmmm....

Sunday, October 11, 2009

Mari Memancing [Anak] Ikan!!

Hari ni aku nak cite pasal ikan plak. Hahaha ape kes aku ni kan. Semalam kisah kucing, hari ni ikan plak. Rumah aku ada bela ikan ke? Nope..nope..takde. Ikan yang ada hanyalah ikan dalam peti ais yang sedang siap untuk dimasak.

Aku nak bercerita pasal hobby daddy aku. Dia suka yang amat sangat dan sangat lah suka memancing. Kat rumah kitorang ada satu bot. Bot nila yang dia bawak untuk pegi memancing kat laut tu. Laut okeh, bukan sungai. Dia biasanya akan turun sebelum subuh di jeti Kok Majid kat Kg. Laut dan pulang ke rumah dengan hasil tangkapan dia tu dalam tengahari.



Inilah bot kesayangan dia..


Siap sedia nak turun..


My daddy is the one wearing the life jacket. Keselamatan perlu diutamakan eheh..

Ayah aku biasanya ditemani kawan dia yang juga minat memancing macam dia. Tapi kalau takde sape nak ikut, ayah aku tetap akan turun ke laut. Sorang pun tak kisahla. Dia tak kisah. Tapi yang kisah mak aku la huhuhu.. Bukan ape, risau kalau-kalau terjadi ape-ape kat tengah laut tu.. Ayah selalu cakap jangan risau. Sebab katanya dia tak keseorangan. Ada banyak lagi bot nelayan kat kawasan dia memancing tu. Beratus-ratus bot dia cakap. Tak taula dia kelentong ke ape kan eheheh..


Ni antara hasil tangkapan beliau. Biasanya yang banyak ialah ikan kerisi. My favourite fish! Biasanya kitorang goreng ikan ni garing-garing. Tak pun buat asam pedas. Uhh my fave dish tuuu... Memang sedap bila makan ikan yang fresh ni. Yumm yumm...

 
Ikan selar kuning. Goreng pon sodapp nihh..

 
Ikan apekah ini? Anyone knows?


Yang ni plak ikan ape ye?

Seronok bila dengar ayah bercerita tentang pengalaman dia memancing di laut. Dia cakap dia pernah jumpa dolphin..ikan todak melompat-lompat. Wahh seronok. Aku dengar memang teruja je rasa nak ikut dia. Aku pernah mintak dengan dia nak ikut turun ke laut. Tapi dia tak bagi. Takut aku mabuk. Lagipun aku tak reti swimming. Karang jadi ape-ape, susahla kan.

Ayah aku memang anak laut. Sangat sukakan laut. Sesuaila tu dengan mypumpkin. Juga anak laut. Jadi, dah sesuai jugakla mypumpkin jadi menantu dia ni kan muahahahahahaha...*gatai gatai*

Saturday, October 10, 2009

OOoo00 Kitty Kitty....

Dah lama aku tak bercerita tentang kucing-kucing aku kat kampung tu kan.. Balik raya hari tu, puas jugakla aku bermanja-manja dengan dorang. Dorang je yang tak nak bermanja dengan aku. Mentang-mentang dah muda remaja..

Sempatla jugak snap-snap pic dorang..


Congek ngantuk..



Congek sombong..aku panggil 'cingcingcing', dia wat bodo je..


Congek dengan muka yang penuh pasrah mueheheh


Ini kucing abang aku. Selalu teman dia kat kedai. Bad habit dia ialah menggigit kaki customer yang datang ke kedai. Gile jahat neh hihihi...


Congek tido tergolek


Yenn dan yang seoren dengannya kena kurung malam-malam. Sebab dorang ni suka merayap. Especially kat tong sampah besar tu. Hee, tak cukup dengan makanan kat rumah, sampah jugak yang dia nak makan..


Congek lagi..Tido atas bantal tu. Ngengade!


Ni lagi best. Hanin tengah tunjuk gambar-gambar konvo aku kat Congek. Congek pun layan kan aje ahaha..


Olololo cian dia kena kurung...Yenn dah rupa bapak tunggal dah. Kena jaga anak yang kecik-kecik. Dia je besar huhu


Ini pulak Pak Guard yang jaga sangkar..



Last pic. Ini lah 11 ekor kucing-kucing aku kat kampung. Kitorang sayang kucing ni macam sedara sendiri. Diorangla penghibur di kala duka dan teman di kala suka..

Friday, October 9, 2009

Psst psst...


syyyy...jangan bagitau sape-sape..ahkakk blogging kat opis nehh..senyap-senyap dahla ehh...

alaa..janganla kecoh-kecoh ek. Aku sepatutnya dah balik umah ni. My working hours end ermm, 50 minutes ago..sepatutnya dah kena chow ni. Tapi hari ni ada General Assembly pukul 3. Kebiasaannya aku tak stay pun untuk GA nih hihii.. Tapiiii, hari ni ada makan-makan. Ada kek!! Makanya, aku kenala stay. Makan punye pasal. Perut I mulala berjoget-joget ahahaha..

Uols janganla marah.. I kan (nak ngungkit neh muahaha) selalu beli kek untuk orang.Tapi I tak pernah dapat makan. Sedih tau. Berpeluh I pegi beli. Bawak berat-berat. I bukanla mengharap sangat. Tapi kalau ada yang simpankan sedikit untuk I, uh, I berbesar hati sangat! muahaha tetiba I, I lak..geliii...

Petang ni nak pegi tengok G-Force! Nantikan review ya..

Take care all :D

Thursday, October 8, 2009

Panas! Hot!

Haloo00ooo00 uols! (molot kasi moncong lebey aaaa...)

Apa kabar semuanya?sehat-sehat kah? Aku mmm.. a bit better than yesterday.. Hari tu agak moody sket. Nanges nanges.. wah, macam baby! Masih dalam mo0d kesedihan sebenarnya.Tapi cuba untuk tidak terlalu memikirkannya.. Kisah kerja, hmm..entahla, be strong Wani! Small matter jek ni.. I just need to learn more..  Aku kan still newbie! (suka-suka declare diri sebagai newbie. Padahalnya dah setahun dah kat sini uhuhuhu).. Kisah cinta....(get ready to puke!!) I LOVE mypumpkin. Full stop. Jadila apa nak jadi, we will always be together! (oo yes, u can start to puke now if u want to!ngeee~)

Haa..anda anda semua perasan tak aku dah tukar layout  blog neh. Wah, saya dah pecahkan dara blog tahapehape ini miahahahaahahahha (keji tak ayat??).. Semalam tetiba angin monsun barat daya meniup aku.. Aku redah segala website yang menawarkan template-template yang sesuai dengan blogspot. Jumpala yang ni. Nice, plain, simple but so sweet! Bukan senang nak tukar layout ni. Aku dahle tak berapa nak reti..Nasib baik jadi jugak.. Cuma masalah sekarang, aku nak tukar 3 thumbnails kat atas tu..'HOME', 'ABOUT ME', 'CONTACTS'. Aku nak personalizekan thumbnails tu. Tapi tak reti. Bro Framestone ada gak tolong tadi. Tapi tak jadila bro uhuhu..Tak taula silap kat mana. Coding tu kot. Sok bro ajar lagi eh!! :)

Today, pepagi buta dah dapat berita from mypumpkin pasal kebakaran Kapal KD Seri Inderapura. Ada 2,3 keping gambar dia MMS.. Quite dasyat jugak katanya. Ini kali kedua kapal ni terbakar. Punca kebakaran masih belum diketahui. Aku baca kat internet ni, macam-macam spekulasi la orang buat. Ape-ape jelah.. Alhamdulillah, tiada yang tercedera dalam kebakaran ini. Itu yang lebih penting!!

Pastu terbaca kisah dewan peperiksaan di sebuah sekolah di Johor terbakar. Khabarnya budak sekolah bakar dewan peperiksaan sebab tak nak amik PMR. Adoiyaiiiiii... makin kreatif budak-budak sekarang ni ye.. Ape nak jadi.. Aku hanya mampu gelengkan kepala jela.. Doa aku, anak aku esok-esok, tak akan buat perkara begini.Amin.....


Panas!? Hot!?

Oh patutla.. aku tak mandi lagi rupa-rupanya muahahaha... *totop hidung*

Wednesday, October 7, 2009

Adila Amilin turning 18..Gosh, she has grown up!!




It's my lil sis's birthday today!

Adila Amilin, she's turning 18. huhuhu baru 18 rupenya makcik nih. Rupe dah macam umo 20 ahahah.. But, she really has grown up. I can still remember her when she was a lil toddler. Chasing me around the house for bugging her. Oh how cute she was back then. Well, yeah yeah, she's still cute n even more gorgeous now. Susah tau nak jalan-jalan kat public dengan dia. Orang lawa, selalula kena kacau. Buat aku perasan jekk ahahaha.Orang kacau dia, yang perasannya aku eheh...



This is us. Sama tak? Ramai cakap kitorang sama. cam kembar. Nama pun lagi adik beradik kan...

Kitorang beza jauh jugakla. 6 years of difference. Tapi aku memang rapat ngan dia. I share everything with her. Tak pernah rasa malu dan tak pernah rasa segan. Bila balik kampung, aku dengan dia memang selalu berkurung dalam bilik. Bukan buat ape pun, menyembang je keje.. Sampai late at night. Makcik ni memang banyak cakap+banyak cite. Before tidur memang kitorang selalu sembang-sembang. Dia selalu marah aku sebab aku selalu tertidur time dia bercerita. Dia punyela besungguh-sungguh bercerita. Aku kat sebelah ni plak sedap je bedengkur. hihihi sorila Laling...Cakap sorang-sorang lak ehehh..

HAPPY BIRTHDAY LALING! :D

Tuesday, October 6, 2009

Soal Cinta, Soal Kerja, Soal Hati -- Thank you Cik Hani!

Hari ni hari sedih untuk aku..soal cinta..soal keje..soal hati...semuanya buat aku sedih. Tak henti-henti air mata ni mengalir. Dah lama jugak aku tak macam ni. Terlalu depressed, terlalu stress hinggakan aku tak dapat kawal emosi aku.

I am too fragile I guess. Terlalu rapuh hati aku ni. Dah banyak kali aku berusaha untuk kuatkan hati.. Susahnya, Ya Allah, tuhan saje yang tahu. Aku usaha, bukan aku tak pernah usaha.....Ya Allah, kau kuatkanlah lagi hati dan perasaanku ini.. Jangan biarkan aku hanyut dilanda badai perasaan sendiri. Kau berikanlah juga kekuatan untuk menerima segala dugaan dan cabaran ini dengan sebaik-baiknya....

Jutaan terima kasih buat Cik Hani yang mendengar cerita aku. Thanks babe. Thanks jugak sebab susah-susah bagi kad kat aku. Nampak sangat ko tak wat keje kat opis tu..Mana boss ko, aku nak repot nih muahahaha..


card from Cik Hani..hihihi masyeh!!!!

Mesti korang tertanya-tanye, sapelaaa cik hani ni kan. Asyik ada je nama dia kat blog aku ni kan.. Cik Hani ni, aku nak stori sket, sekutu donlod aku masa kat UPM dulu ahahaa..orang len sibuk online sebab nak cari journal untuk FYP. Aku ngan Hani lak sebok online sebab nak donlod lagu hahaha.. Aku rasa kitorang dulu cam berlumba-lumba lak. Ko ada lagu ni? Ko ada lagu tu? Dua-dua sibuk nak mendonlod lagu-lagu terbaru (ayokkk, bleh kena tangkap kita ni weh hihihih)..Aku rasa kalau kita berlumba-lumba dalam mencari jurnal drpd cari lagu2 baru tu kan, tah2 kita tengah wat PhD cam Jojo ngan Eugenie tu la Hani ehehehehe...


sape gumuk, sape kurus? - gambar zaman berhingus ekeke

hahaha..satu lagi, aku ngan Hani ni terlalu obses ngan gumuk dan kurus. Aku selalu cakap diala sekutu gumuk aku eheh..tapi kan, yele2, aku akui, cik hani jauh lagi kurus dari aku laa (ikhlas dari lubuk hati yang suci ni tau Hani!!). Takpe-takpe, siap ko, nanti aku exercise banyak-banyak. sure lagi kurus dari ko hihihihi..

Ape-ape pun, thanksla Hani for everything that u've said to me today. Akan aku pikir-pikirkanla ehehehe..


Amal: Tak mau sedih-sdih lagi. Saya penat bersedih. Saya akan tempuhi apa jua cabaran. Kena marah pun tak kisahla..Saya takkan lari daripada menghadapi kesilapan yang telah saya lakukan. Soal cinta? Saya terima dia seadanya. Pendek cite, aku pasrah lah! (jawapan standard artis bak kata Hani hehe).

Suratan atau Kebetulan?

Hari ni aku terbaca satu artikel dalam Berita Harian online mengenai misteri persamaan di antara 2 Presiden Amerika Syarikat, Abraham Lincoln dan John F. Kennedy. Menarik juga fakta-fakta yang diberikan. Buat aku terfikir, semua tu memang betul-betul tersurat untuk terjadi di antara mereka ataupun hanyalah kebetulan semata-mata. Aku ringkaskan persamaan tersebut untuk korang baca (kalau ada nak baca la eheh)..

In case ada yang tak berapa nak cam wajah 2 presiden ini, kat bawah ni aku tempek gambar mereka :D


Abraham Lincoln - Presiden US ke-16


John F. Kennedy - Presiden US ke-35


Misteri pertama:
Lincoln menjadi anggota Dewan Perwakilan pada 1846, manakala Kennedy pula mendudukinya genap 100 tahun kemudian pada 1946. Malah, Lincoln dilantik sebagai presiden pada 1860, diikuti Kennedy 100 tahun selepas itu.


Misteri kedua:
Setiausaha Lincoln bernama Kennedy, manakala setiausaha Kennedy bernama Lincoln.


Misteri ketiga:
Kedua-duanya pernah mengalami kematian anak di White House. William Wallace Lincoln meninggal dunia pada usia 11 tahun ketika bapanya menjadi presiden, manakala Patrick Bouvier Kennedy meninggal dunia ketika berusia dua hari pada 9 Ogos 1963, tiga bulan sebelum Kennedy dibunuh.


Misteri keempat:
Lincoln dan Kennedy mati ditembak di kepala pada Jumaat. Lincoln ditembak oleh John Wilkes Booth, manakala Kennedy dibunuh oleh Lee Harvey Oswald.

Misteri kelima:
Lincoln ditembak di sebuah teater dinamakan Ford's Theatre, kemudian pembunuhnya melarikan diri ke sebuah gudang.
Kennedy pula ditembak dalam kereta Lincoln buatan syarikat Ford dan pembunuhnya lari dari gudang dan menyembunyikan diri di teater.

Misteri keenam:
Selepas kematiannya, Lincoln digantikan Naib Presiden Andrew Johnson yang dilahirkan pada 1808, manakala Kennedy digantikan naibnya, Lyndon Johnson, yang lahir pada 1908.


Misteri ketujuh:
Kedua-dua presiden itu seolah-olah dapat meramalkan kematian mereka dengan Lincoln dilaporkan memberitahu isteri dan rakannya mengenai mimpi dia ditembak oleh pembunuh beberapa hari sebelum kejadian, manakala beberapa jam sebelum dibunuh, Kennedy memberitahu isteri dan rakannya pasti mudah bagi pembunuh menembaknya di tengah kesesakan jalan raya.
 
Misteri kelapan:
Lincoln mempunyai dua anak lelaki yang dinamakan Robert dan Edward, begitu juga Kennedy yang mempunyai dua saudara lelaki dengan nama sama. Bezanya, anak Lincoln, Edward mati ketika masih muda dan Robert hidup lama tetapi saudara Kennedy, Robert meninggal dunia pada usia muda dan Edward meninggal dunia ketika berusia 77 tahun pada 25 Ogos lalu.


Misteri kesembilan:
Seminggu sebelum Lincoln ditembak, dia berada di Monroe, Maryland dengan rakannya, manakala seminggu sebelum Kennedy menemui ajal, dia dilaporkan bersama simbol seks Hollywood, Marilyn Monroe, yang didakwa wanita simpanan presiden itu.
 
 
9 peristiwa yang kebetulan di antara 2 Presiden ni. Pelik kan? Pelik tapi benar.. Very interesting!


p/s: Klik sini untuk membaca artikel tersebut sepenuhnya.

Sunday, October 4, 2009

Gadis Kaca Mata


siapakah gadis yang berkaca mata ini???


weeee~ itulah aku!

Buat pengetahuan dan makluman semua, aku memakai cermin mata semenjak aku berusia 12 tahun lagi. Punca pakai spek? Well, gatal-gatal nak try, peer pressure orang kata uhuh... Masa tuh, ada doktor datang check mata. Dia kata mata aku rabun sket je.. 75 je kot power kalo nak buat spek. And masih boleh diselamatkan lagila.. Tapi, aku kan gatal dari kecik lagi, so trus pujuk mak ayah wat spek. Buat-buat tak nampak. Adoii, nyesal dek non oiii... Betapa buduh dan naif nye aku masa tuh...

So, dah kira-kira, 12 tahun jugak aku pakai spek ni (1997-now). Power pon dah naik. Current power is R:325, L:300. Waaaa...bermula dengan 75 je dulu..tapi sekarang??? Hmmm...telajak perahu boleh diundur. Telajak gatal, takleh buat apelahhh...*nyesal*nyesal*

Spek aku ni memang dah banyak kali bertukar ganti. Pernah hilang, pernah patah..Aku tak reti jaga elok-elok uhuhu..Lagi satu, dari dulu sampai sekarang, aku tak pakai spek yang berbingkai penuh terutamanya bingkai besi. Sebabnya ialah, i am allergic to metal. Nanti pipi aku jadi merah-merah akibat geseran bahagian bawah bingkai tu dengan pipi aku. Dekat bahagian telinga pun tak leh ada besi.Susah kan?? So, all my glasses are plastic frames and half frame. Aku tak suka spek yang memang totally frameless. Aku ni kan very the cuai and careless. Frameless spek ni macam kurang lasak je. So, i always reject them.

Anda semua masih ingat kisah 'To Buy Or Not To Buy?' Finally.....aku keluarkan duit untuk beli spek baru last month. Terdesak sangat dah. Cos, power aku dah makin naik, signbord jalan pun aku kurang nampak dah. Risau jadi ape-ape on the road kan. So, aku nekad, keluarkanla sket duit.

Now mata dah terangggggggggg... nak usha usha orang pun bes je.. sdap mata memandang ahaha..senang je dapat kesan jejaka-jejaka hemsem ekekekeke...

Naik cuti raya hari tu, sume orang kat ofis terpegun melihat aku pakai spek. Siap ada yang terlanggar tong sampah tengok aku ahahah..(ok2, i reka that part hihi). Tapi memang ramaila yang menegur aku."Wani, bila u pakai spek nih?" "Eh Wani, i didn't know u wear glasses. U look totally different!" "Wani nampak matangla pakai spek..seblom ni cam budak-budak.." Pastu ada lagi statement kuang asammm.. "Wani, u nampak macam makciklaaa..." Kuang asam tak? Ada lagi yang terlebih masam dari itu.. "Macam makcik?? Sape cakap Wani macam makcik? Macam neneklaaaaa..." Wah wah wah..sesedap rasa molot jekk.. Terluka naluri kewanitaan aku sobsob.. Dorang ni kejam tol sobsob...

Aku biasanya ke ofis dengan memakai contact lenses. So, dorang-dorang ni tak pernahla tengok aku berkaca mata. Culture shockla tu. That's why keluar statement-statement yang masam macam kat atas tu. Nak jadi cite, untuk raya hari tu, aku keluarkan duit yang banyak jugak (termasuk beli spek baru ni) sampai dah takde duit untuk beli contact lenses baru. Yang lama power 250 je, now dah naik, kenala beli yang baru. Dahle power kiri kanan dah tak sama, terpaksala beli 2 boxes. Bausch & Lomb satu kotak RM 60, jadinye kalau dah 2 kotak RM120. Erkk, duit dalam bank pun takde sebanyak tu. Maka terpaksala aku pakai spek ni dulu. Terpaksala tebalkan telinga bila orang panggil aku makcikkk.. Sobsobsob...

Hello hellooo... saya gadis kaca mata okeh, bukan nenek atau makcik kaca mata!!!!!!!! (Marah niii...sobsob)


Nah, senyuman tanpa gigi sebatang untuk tatapan korang semua.. :D

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...