Wednesday, September 30, 2009

Come Home




Hello world
Hope you're listening
Forgive me if I’m young
For speaking out of turn
There’s someone I’ve been missing
I think that they could be
The better half of me
They’re in the wrong place trying to make it right
But I’m tired of justifying
So i say you’ll..

Come home
Come home
Cause I’ve been waiting for you
For so long
For so long
And right now there's a war between the vanities
But all i see is you and me
The fight for you is all I’ve ever known
So come home
Oh

I get lost in the beauty
Of everything i see
The world ain’t half as bad
As they paint it to be
If all the sons
If all the daughters
Stopped to take it in
Well hopefully the hate subsides and the love can begin
It might start now..Yeahh
Well maybe I’m just dreaming out loud
Until then

Come home
Come home
Cause I’ve been waiting for you
For so long
For so long
And right now there's a war between the vanities
But all i see is you and me
The fight for you is all I’ve ever known
Ever known
So come home
Oh

Everything i can’t be
Is everything you should be
And that’s why i need you here
Everything i can’t be
Is everything you should be
And that’s why i need you here
So hear this now

Come home
Come home
Cause I’ve been waiting for you
For so long
For so long
And right now there's a war between the vanities
But all i see is you and me
The fight for you is all I’ve ever known
Ever known
So come home
Come home

One Republic - Come Home


p/s: Thanks Cik Hanie for the song..anda memang sekutu donlod saya yang terhaibat! :D

Monday, September 28, 2009

Selamat Hari Tua!~




HAPPY BIRTHDAY TO MY BRO!~






Hmmm berapa agaknya umur dia. Cuba anda semua teka hihihihi...

Abe Azim, May Allah bless you, cepat-cepat bertemu jodoh (kerana adikmu ini sudah tidak sabar mahu berkahwin..i tak nak langkah bendul u ihihi).. And terima kasehh jugak kerana selalu topapkan henponku.. Jasa anda akan sentiasa dikenang..mmuaahh mmuahh lebiusssssssssssssssss.....

Sunday, September 27, 2009

Selamat semuanya....

Assalamualaikum semua..

Saya dah kembali ke Putrajaya.. Bertolak dari rumah pada pukul 6 pagi dan selamat sampai di Putrajaya jam 1.30 tengahri tadi. Guess what?? Aku drive dari Benta sampaila ke rumah. Macam tak caye gak nih hehe.. Jauh tuu.. masuk highway Karak lagi. Dahle kete banyak, laju-laju.. Then masuk KL, hujan lebat selebat-lebatnye.. Tak nampak langsung jalan ni. So, aku banggala dengan pencapaianku hari ini hhiih.. Thanks daddy yang mempercayai kewibawaan saya memandu eceeceehh hehehe..

Sampai je rumah, aku telan sebijik pil selesema (ye saya seseme lagi...).  Terus terbongkang atas katil. Tido tak hengat dunia. Nak dekat maghrib baru bangun. Alhamdulillah, hingus serta merta kering hehe..

Malasnye nak pegi keje esok. Seminggu cuti ni memang besla.. Jadinye, nak mula kerja balik tu memang liatla. Besnye kalo saya ada duit juta juta juta dan tak pernah kering. Saya tak payahla kerjaa huhuh...Isk, itu sifat orang malas tu kan... Astaghfirullahalazim......

Okiela, sampai sini je dulu. Gambar-gambar gedix belum didonlod. Dah ada nanti, I'll post  them here.. Buat tatapan umum..

Take care, selamat bekerja, Jangan malas-malas!

Oh ye, selamat berpuasa enam! :D

Saturday, September 26, 2009

Foto raye blur blur.. Layan jele ye....


sepupu sepapat dan makcik makcik sedare



khaleeda hanin termenung tak tau nak makan ape..makanan banyak sangat!



dili aka pak ude, perut boroi muahahahaha...




alissa yang sentiasa tersenyum manis :D



mummy, sis ayu, notty khalis, kak mas




hanin n alia tengah busy kira duit raya..bes nye jadi kanak-kanak isk..



wajah siapakah di balik cermin ini?????




awww..hafiy ariff sweet mweet...



amilin.amalini



daddy aka tok ayah tengah bagi duit raye...waaa macik wani pon nak gakk..




mummy dan daddy yang saya sayang sangat-sangat




like mother like daughters aite??




diman rock n roll di pagi raya hihi





haa..abang saya ni single mingle n fully available nih..haha sape nak dia??sila contact saya hihihi




Ingat Diman je nak rock n roll di pagi raye? Saye pon nakk hihi..




On da way nak beraya di rumah keluarga daddy di Bachok..panas seyy..tu yang pakai shades tuh..cun tak?ahaha perasan perasan...



sanak sedara belah mummy..penuh sesak umah nenek aku huhuh...






Friday, September 25, 2009

Tuesday, September 22, 2009

Makan Puas-puas, Okeh??

Assalamualaikum semueeeee.... :D

Lama tinggal blog. Sakan saya beraya ek.. Masih kat kampung ni. Nikmat rasa dapat bercuti lama-lama.

Banyak benda nak share ni, gambar pun berlambak-lambak nak upload kat blog. Tapi nak mendonlod dari cam ke laptop tu yang malassss... Mungkin sebab saya terlampau banyak makan kot.. Penyakit malas menjadi-jadi hehehe.. Nanti-nantilah aku share dengan anda semua ye..

Raya tahun ni memang simple habess... Biasa-biasa je.. Meriah pun sesama keluarga jela. Makan memang nombor satu la. Macam-macam adoooo... Abang aku pon dah tego dah.. Dia tenung aku lama-lama, then keluar ayat bisa dia, "Ganooo gemuk benar lonih???" Cettt, terluka hati aku ahahaha... Gemuk pon takpe, asal sihat. Kan kan kan??? hehehe...

Oklah, rasa macam nak pegi makan lagi muehehehe.. Sebulan raya ni, kita makanla puas-puas..Kasi buncit itu perut...

Take care all.. :)

Saturday, September 19, 2009

Selamat Menyambut Hari Kemenangan



Esok rayeee! Yayyy!! :D :D

Di kesempatan ni, aku nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri buat semua rakan aku. Juga buat anda yang sudi menjenguk blog tahapehape ini...

Tahniah kerana anda berjaya menyempurnakan ibadah puasa pada tahun ini. Semoga puasa kita tahun ini memperoleh keberkatan Ilahi dan semoga kita juga memperoleh keberkatan malam 1000 rahmat, malam lailatul qadar...

Ampun dan maaf aku pinta kepada semua jika aku pernah tersalah taip, tersalah bercerita.. Terkasar bahasa.. Semua tu mungkin berlaku di luar jangkaan aku. Sungguh-sungguh tak sengaja!

Selamat menyambut hari kemenangan.

~SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI~
~MAAF ZAHIR DAN BATIN~


Thanks Eazy for the ecard. Selamat Hari Raya! :)



Friday, September 18, 2009

Saya dah pulang.....

Assalamualaikum!

Weehuuu..sedang online di rumah mummy dan daddy tershentaaaaa...
Alhamdulillah, selamat sampai jam 4.30pagi tadi.. Sempatle bersahur kat rumah.

Perjalanan alhmadulillah, ok semuanya.. Kereta memang banyak. Tapi nasib baik bergerakla. Takdela jam x bergerak.

Oh, sampai kat Nilam Puri, ada satu kemalangan yang tersangatla dasyat. Kereta tu hancur lebur. Isk..ngeri jugakla. Bayangkan macamana keadaan orang dalam kereta Honda tu.. Kalaulah dia nak balik KB, tak jauh pun lagi. Tetiba accident pulak kan. Aduh, sedih...

Kawan-kawan sume, drive safely ok. Kita nak beraya dalam keadaan gembira. Biar lambat asal selamat. Itu yang paling penting!!!

Oklah, takleh lama-lama nih.. Nanti update lagi..

Wednesday, September 16, 2009

Saya.....

....malas nak update.. Declare cuti jelah....

SELAMAT HARI RAYA semua!

Monday, September 14, 2009

Aku dan Konco-koncoku

Sebelum tido malam ni, aku nak cerita perkara-perkara lagho yang telah aku dan sekutu-sekutu aku lakukan semalam.

Seawal jam 7 pagi, aku dah bangun. Bila pikir nak pergi jalan-jalan habiskan duit aku memang pantas je bangun. Aku memang suka. Dah siap-siap, pakai lawa, mekap cun cun  (mekap kerrrr..), aku bertolak ke UPM. Aku selalu ke sana. Konco-konco aku masih ada beberapa orang kat sana. Sampai je, takde parking. Aku pon parkla depan kafe K14 tu. Selamba dotdot je. Padahal situ takleh parking. Aku ingat miss Yana ngan Rosie dah siap. Rupenye, Rosie baru bangun tidoooo.. Aiyookk, terpaksala aku cari parking gak. Tak kose aku nak menunggu lam keta lama-lama kan. Lepak-lepak jap lam bilik Yana.

Then, bila Rosie dah siap, kitorang pun meneruskan perjalanan menjemput seorang lagi rakan sekutu kami, Noris. Rumahnya terletak tak jauh dari UPM. Kalo ada yang pernah pegi bazar Ramadhan kat Serdang, haa area situla rumah dia. Dah amik dia, bertolakla kami ke stesen LRT Sungai Besi..

Wait a minute...kitorang nak pergi mana ni??? Kitorang sebenarnya nak pegi shopping untuk Hawi Waye kat Jalan TAR. Bukan jalan yang berturap ngan tar ye.. Jalan Tunku Abd. Rahman. Nak drive sendiri, mau sangap tersangkut lam traffic jam, makanya kami amik keputusan bijak dengan menaiki LRT je untuk ke sana. Aku tinggalkan Cik Bibab kat parking LRT Sg Besi tu. Padan muka dia.

Sampai kat stesen tu, memula cam takde orang je. Yang ada hanyala beberapa orang student UPNM yang spesen je semuanya. Oh, tak sanggup melihat mereka lama-lama. Buat aku teringat pada mypumpkin. Tetibe! LOLs... Then, LRT tak kunjung tiba. Orang lak berduyun-duyun tiba. Dah boleh bayang, LRT akan penuh..


Penuhhh.. tengok kitorang. Berhimpit-himpit. Noris dok bawah ketiak aku kot time ni. Tu yang tak nampak dia tu hahahaa..

haa.. tu baru nampak dia..di balik tiang rupenye eheheh


Nak sampai ke stesen Bandaraya tu punyela lama.. And memang ramaila yang turun kat situ. Semuanya berpusu-pusu nak ke Sogo. Masa tu pukul 10 lebih kot. Or maybe quarter to 11. Ramai gileeeeeeeeeeee.....


Kat Sogo, sempatle pusing-pusing tengok rantai-rantai, earrings.. Ingat nak beli untuk raya, tapi tak maulah.. Tak kose mak nak pakai.. Mak hamik gambar jelaaahhh...

Then, kitorang keluar dari kesesakan Sogo, menuju ke Jalan TAR. Aiyarkkkk, kat sini lagi sesak. Tapi memikirkan niat nak beli barang tu, kitorang redah jele... Noris beli tudung. Sungguh pantas dia membeli belah. Beli kat satu kedai, pastu belahhhh hehehe.. Tak perlu singgah banyak-banyak kedai. Lagipun kebanyakan barang yang dijual sama je. Harga pun lebih kurang. Cuma kena pandai bargain jela kan.. Aku lak dalam tak nak beli pape, terbeli jugekkk (kata tak suka shopping miahaha..).. Aku beli butang baju melayu untuk dadda tercinta dan 2 abang aku. For mypumpkin tak beli, cos aku takde peluang pun nak jumpa dia this raya sobsob.. Then, I also bought brooches for mamma, and 4 orang sedara perempuan ku.. Fikiran dok ingat dorang je semalam. Tak nak la bila aku balik nanti, aku balik dengan tangan kosong. At least there's something for them.

Jalan TAR sangat-sangatla sesak. Sangat!! Terlanggar bahu, terpijak kaki, semua pun jadi semalam. Nak menyedut udara bersih pun memang payahlah. Orang-orang yang ada ILI, tolong jangan ke tempat-tempat sesak ni. Memang bahaya uhuhuh.. Dah berjaya keluar dari Jalan TAR, kitorang singgah pulak kat Masjid Jamek. Huhhh sesak jugakkkk...


Entah berapa ratus ribu orangla kat KL semalam. Sesak nafasss!!! Panassss!!!
Ehh ehh.. sempat je lagi gelakk.. Dah tersedut gas ketawa kot hihihih...

Dah habis merayau kat situ, kitorang pon pulangla ke pangkal jalan. Masa tu baru pukul 1 petang. Wahh, memang pantas ktorang membeli belah.

Ini wajah-wajah keletihan baru balik shopping. Yana yang amik gambar pun menggeletar tangan sebab penat kan? Tu yang gambar shaky tuh ehehehe..
Our next destination? Balik rumah tido??? Owhhh tidakk tidakkk... Kami keee......

Kat mana ni?? Yes yes.. The Mines.. At first kalau ikut perancangan nak ke Jusco Cheras Selatan. Tapi rasanya semua pun penat. Malas nak pegi jauh-jauh. And Rosie pun nak jumpa abang dia petang tu. So to The Mines we went....

Punyela bosan kat The Mines tu. Tak tahu nak buat ape. Naik turun, turun naik.. Bosan bosan.. Mungkin dah selalu sangat ke sana. And pergi pulak masa poket tengah kering. So, kedai-kedai yang banyak tu pun kitorang tengok sebelah mata je hihihi.. Dah terlalu bosan, kitorang pun melakukan perkara lagho. Karokkk karokkkk... Amik 5 lagu dan nyanyi sepuas-puasnya. Aku jadi backup vocal je sebab suara tak berapa nak sdapp ehehe..
Anne aka Yana nyanyi dengan penuh perasaang.. Bes gile nyanyi lagu Achik ngan Nana, Memori Berkasih tu.. Especially part yang Nana nyanyi. Tinggi ke langit dia punya note tuh.. Wahaha, bersungguh-sungguh aku ngan Rosie nyanyi. Semput haaa hehehehe..

Selepas puas menyumbangkan lagu dan bergosip sikit-sikit dalam bilik karok tu, kitorang pun keluar tanpa mengetahui arah tuju. Sekali lagi bosan bosan.. Kitorang actually nak berbuka kat Chicken Rice Shop petang semalam. So sementara tu memang tak tau nak buat apela. Tengok jam pukul 4 petang. Pergi depan TGV, tengok ada satu cerita ni start pukul 5 petang and habis lam kul 7. So, kitorang sebulat suara nak tengok movie lak..

Kitorang tengok cerita ni......


The Ugly Truth. Hahahaha.. Cerita ini sangatla tidak sesuai untuk ditonton oleh kanak-kanak. Aku yang tengok ni pon malu abess.. Bdak-budak laki belakang aku gelak tak hengat.. Adehh.. Sape-sape yang dah tengok cerita ni sure tau la kan hehehe..



Oklah oklah.. dah nak habis dah cerita aku ni.. Movie tu habis ngam ngam dengan waktu berbuka. So kitorang terus ke Chicken Rice Shop. Tempat kitorang dah reserved awal-awal..

Ni yang kitorang makan semalam. Kerabu mangga sangat sedap! As usual, I always love their pai tee.. ermm yumm yummm...


Dah makan kenyang-kenyang, I sent all my koncos home. Then, aku sendiri, seorang diri pulang ke Putrajaya...... Rasa cam nak tidur je time drive tu ehehe.. Kenyangg!!! Pastu balik je hangin satu badan. Sila rujuk my PREVIOUS post.

~ fin ~


Yana, Noris, Wani me!, Rosie

Sunday, September 13, 2009

Burpppp...angin seluruh badan..

Baru pulang dari:

PUTRAJAYA - UPM  - KL - MINES - UPM - PUTRAJAYA

Arghhhh..lenguh segala urat kaki dan seluruh badan...

Macam-macam aktiviti 'lagho' dilakukan pada hari ini. Esokla saya stori mori eh..

Tengah hanginnn ni.. Balik-balik tadi, tengok ada sebijik kereta, cantekkk je parking kat porch umah aku.. Taula rumah Putrajaya ni takde pagar kan. Ko bleh sesuka sesuki hati je nak park depan rumah orang. Tapi agak-agakla kan.. Kalau rumah tu dah takde kete len no  hal laa.. Ni dah terang-terang ada ruang untuk satu kereta lagi. And helloooo, ruang tu ruang kereta tuan rumah...bukan untuk ko!! Ahhh marah marahh.. Ni dah masuk kali kedua nih. Aku plak yang kena parking tempat len and then kena alihkan balik lepas ni.. Mangkuk hayun betol... Aku marah ni!!!!!

Fuhh fuhhh..tarik napas..hembus napas..co0ol downnn...

Saturday, September 12, 2009

The Notebook - is so awesome!


Just finished watching The Notebook on You Tube..
I have heard of this movie since I was in matriculation, well, that's 5 years ago.
Movie ni memang dah lama and it was famous for it's romantic story line.
It was based on a novel by Nicholas Sparks (nak beli!)..

Jenuh jugak aku mencari dvd/vcd movie ni. Tak tahan dengar orang bercerita mengenai kehebatan filem ni. Tapi sedih sebab tak jumpa-jumpa. Then, baru malam ni, (seriously, just tonite!) aku terlintas nak search movie ni kat You Tube. And yes! I am so happy, someone has uploaded it there. Malam ni memang habiskan masa menonton movie ni je. Nasib baik line sangat laju. Weehuu, I am so0 damn happy! :D

This movie is about a love story between Noah and Ellie. Noah ni pemuda miskin while Ellie ni pulak dari family yang kaya.. So, from there dah boleh agakla kan, cinta mereka cinta terhalang. Dek kerana perbezaan darjat. Aku suka tengok macamana dorang betul-betul tunjuk yang dorang ni love each other. Gaduh-gaduh pastu baik balik.. Then, lambat laun, parents Ellie stepped in and they separate them. Ellie ke New York and Noah join army. Berpisah lama jugak dorang ni. Lots of things happen masa dorang berpisah tu and they did see each other again. And macam-macam lagila yag berlaku.

I dont wanna tell much. Aku nak korang sume tengok sendiri movie ni. It's awesome! It's a great love story. It will make you love your other half more than anything.

Jom jom layan trailer movie ni.. You'll fall in love with it in a second!



Aku nangis sakan tengok cerita ni. Dah lama sebenarnya air mata ni tak menitis bila tengok cerita sedih. But this time, I dont know why I am so emotional. Menangis je hehehe.. Great great love story!
Tengok tauuu..... :)



Mypumpkin dearest, I want to be like this and I want us to be like them. Walau ape dan sape pun yang datang menghalang, kita akan tetap bersama. We will always be with each other. We will never forget the love that we build. I love you sayang, more than anything. I do..........

Confessions Of A NON-Shopaholic


Aku ni.. nak cerita kat korang semuala.. sangat TIDAK SUKA shoping!

Satu, sebab aku takde duit. Ini memang sebab utama nih..
Dua, sebab aku tak suka nak memilih-milih, membelek-belek, dan macam-macam mem lagi..
Tiga, sebab aku tak suka nak mengheret kaki ni, berjalan dari satu kedai ke satu kedai lagi. Lenguh!
Empat, sebab aku malas. Malas! Malas!

Tipula kan kalau aku kata aku takde nafsu nak miliki baju baru, kasut baru, beg baru, dan segala-galanya baru. Aku pun nak jugak. Tapi disebabkan sebab-sebab kat atasla aku jadi tak suka nak shoping. Aku lagi suka kalau orang lain yang tolong belikan untuk aku.

Sebagai contoh, baju raya aku, dari kecik sampaila ke tua, mak yang pilih dan belikan. Aku tunggu nak pakai je ni. Pernah ke aku beli sendiri? Tak pernah kot. Aku tak kisahla baju tu macamana. Warna tak sesuai ke, corak tak sesuai ke.. Tak kisahla. Yang penting aku berbaju raya nanti.

Contoh kedua, kasut aku. Aku hanya ada satu kasut bertutup (beli time nak konvo tahun lepas), satu sandal yang aku pakai hari-hari ke ofis dan satu selipar yang aku pakai time driving n time jalan-jalan.. Itu je yang aku ada. Aku takde koleksi kasut yang berguni-guni. Aku akan pakai kasut/sandal/selipar tu sampai hancur, sampai tapak dah tercabut, sampai heels dia patah.. Then barula aku beli baru. Itupun selepas kena paksa beli baru hihih.. Contohnya hari tu, aku beli sandal baru tu (baca kisah tu kat SINI), tu akak aku yang paksa tu.. Dia yang tolong pilih. Aku pakai je.. Beli kaler hitam so that matching ngan semua baju.

Kalau nak beli baju ke, ape ke, aku takkan habiskan masa berjam-jam memilih. Aku tengok muat ke tak, then aku amik je. Terus bayar. Arghh malas nak belek-belek. Itupun setahun sekali setahun je kot aku beli huhu...

Tapi aku suka temankan orang shoping. Aku suka tengok gelagat orang shoping.. Macam-macam kerenah hehe...

Well, setiap orang ada cara dia sendiri kan. Ada yang suka sangat shoping and ada yang macam aku. Hopefully, aku kekal macam ni sampai bile-bile la, cos I cant bear to lose all my money pada benda yang aku tak tau pun bila nak pakai, benda yang jarang-jarang je aku pakai. Aku tak nak boros. Aku dah cukup sengkek nih huhuh...

I WANNA GROW OLD WITH YOU

HAPPY BIRTHDAY TO MY DEAREST PUMPKIN...


Sayang doakan Abang dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki.

Miss you and love you so much dear!






LOTS OF LOVE,
Ur Sayang yang SENGAL ;)


Friday, September 11, 2009

Takde Keje Buat Macam Ada Keje..

Mari kita layan tips-tips di bawah.
Boleh buatla kalo ada masa terluang and betul-betul takde keje dan sangat terdesak.

AMAZINGLY SIMPLE HOME REMEDIES

1.
        IF YOU'RE CHOKING ON AN ICE CUBE, SIMPLY POUR A CUP OF BOILING WATER DOWN YOUR THROAT.  PRESTO! THE BLOCKAGE WILL INSTANTLY REMOVE ITSELF.

2          AVOID CUTTING YOURSELF WHEN SLICING VEGETABLES BY GETTING SOMEONE ELSE TO HOLD THE VEGETABLES WHILE YOU CHOP.

3          AVOID ARGUMENTS WITH THE FEMALES ABOUT LIFTING THE TOILET SEAT BY USING THE SINK.

4          FOR HIGH BLOOD PRESSURE SUFFERERS ~ SIMPLY CUT YOURSELF AND BLEED FOR A FEW MINUTES, THUS REDUCING THE PRESSURE ON YOUR VEINS.  REMEMBER TO USE A TIMER.

5          A MOUSE TRAP PLACED ON TOP OF YOUR ALARM CLOCK WILL PREVENT YOU FROM ROLLING OVER AND GOING BACK TO SLEEP AFTER YOU HIT THE SNOOZE BUTTON.

6          IF YOU HAVE A BAD COUGH, TAKE A LARGE DOSE OF LAXATIVES. THEN YOU'LL BE AFRAID TO COUGH.

7          YOU ONLY NEED TWO TOOLS IN LIFE - WD-40 AND DUCT TAPE.  IF IT DOESN'T MOVE AND SHOULD, USE THE WD-40.  IF IT SHOULDN'T MOVE AND DOES, USE THE DUCT TAPE.

8          REMEMBER - EVERYONE SEEMS NORMAL UNTIL YOU GET TO KNOW THEM.

9          IF YOU CAN'T FIX IT WITH A HAMMER, YOU'VE GOT AN ELECTRICAL PROBLEM.
DAILY THOUGHT:
SOME PEOPLE ARE LIKE SLINKIES - NOT REALLY GOOD FOR ANYTHING BUT THEY BRING A SMILE TO YOUR FACE WHEN PUSHED DOWN THE STAIRS.

Thanks to the person yang forward email ini kepada saya tanpa ayat-ayat seperti 'forward email ini kepada 10 juta orang. Kalau tak, anda akan cirit birit selama seminggu' (wtf),  Ahah! Anda memang sangat memahami saye...

Thursday, September 10, 2009

Semua Ini Mengarut!!!!!

Anda semua pernah dapat tak email yang macam ni kandungannya:

Dear Friend,

How are you doing ? With hope all is alright like us here.
Please treat this message strictly confidential and do not be surprise over this unexpected and sudden communication to you. I got your contact from a reliable international directory where I decided to choose you as to assist me pull into your bank account the sum of Ten Million Five Hundred Thousand United States Dollars ($10.5M) from our bank.

bla bla bla bla bla...

Do you know that this kind of email is rubbish? Spam? Ridiculous? Dolu-dolu (tak ingat dah bila) aku pernah tengok kat Oprah Winfrey kisah-kisah orang yang tertipu dengan email mengarut macam ni. Tak sangka sebab ada orang yang percaya. Tapi tak boleh cakap jugakla kan. Mungkin orang tu berada dalam keadaan terdesak. Tengah mengalami kesempitan wang, so bila dapat email daripada orang yang free-free nak bagi duit juta-juta, fikiran pun boleh jadi tak tentu arahla kan. Main percaya je.....

Kawan-kawan, jangan sesekali terjerat dengan tipu helah ni. Ini semua mengarut. Duit mana boleh datang bergolek-golek macam tu je. Ni ada udang di sebalik mee sup nih uhuhu.. Tapi saya tahu, kawan-kawan saya sumenye bijak pandai. Anda semua takkan tertipu kan?? Bagus!!! Thumbs up to all....... :D

Pastu kan pastu kannn.. Aku sebenarnye kan...Paling pantanggggg menerima email mahupon SMS yang pada awalnya memberi kata-kata nasihat ataupun dakwah, ataupun quote-quote yang sedap dibaca. Bes je aku baca.. TAPI, yang paaaling aku TAK SUKA dan BENCI ialah ayat last email tu.

FORWARD EMAIL INI KEPADA 10 ORANG RAKAN ANDA. JIKA TIDAK ANDA AKAN KEHILANGAN SEMUA RAKAN ANDA DALAM MASA 24 JAM!

SEBARKAN EMAIL INI KEPADA SEMUA RAKAN ANDA. JIKA TIDAK ANDA AKAN DITIMPA BENCANA ATAU MENERIMA NASIB MALANG SEUMUR HIDUP ANDA!

Wuttahell??!! Pastu ramaila yang dok memforward-forward. Percaya dengan kata-kata RUBBISH itukah??Kalau nak forward sebab nak berkongsi isi email tersebut sahaja aku boleh terima. Tapi sebelum hantar kat aku tolonglah delete dulu ayat VUNGUKS itu. Anda telah membuat saya rasa bersalah! uhuhu.. Tapi bila aku pikir-pikir balik, kenapa aku mesti ada perasaan bersalah tu? Apa kuasa yang email tu ada sampai boleh menyebabkan aku ditimpa bencana dan bernasib malang seumur hidup? Rubbish rite? Kita kena percaya kepada Qada' dan Qadar. Segala yang telah dan akan berlaku dalam hidup kita telah ditentukan Allah SWT. Hanya DIA! Jadi janganla percaya, hanya kerana tak forward email tu, hidup kita akan berubah menjadi malang. Percayalah pada Yang Satu. Bukan pada email yang rubbish!!! uhuhu *EMO*EMO*


If you want to know more on the truth of the emails, silakan KLIK DI SINI!


Kawan-kawan saya, you can still forward emails to me, tapi delete dulu bahagian yang saya tak suka tu ye! heheheh...


THANK YOU!

Wednesday, September 9, 2009

Tarikh Keramat?

090909...

Sure ramai yang amat sangat teringin nak kawen hari ni kan (termasuk aku kot??tettttt...)

Sesape yang lahir pada hari ini, selamat hari lahir. Mesti santek je nombor IC baby-baby yang lahir pada hari ini..090909-0x-xxxx. Wallaweyyyy cun cunnn...

Buat saudari Totai, takziah di atas pemergian ayahanda tercinta pada petang tadi. Daripada Dia kita datang maka kepada Dia jualah kita kembali. Semoga anda sekeluarga tabah menerima dugaan yang diturunkan pada bulan Ramadhan yang penuh barakah ini..

090909...


SUKA DAN DUKA..SEMUANYA DARIPADA DIA...

Tuesday, September 8, 2009

Dah 200!!!

 
 Hari ni macam tak percaya plak bila bukak dashboard blog tahapehape nih.. Aku dah publish 200 posts dalam blog ini! Unbelievable! Ape jela yang aku merapu kan.. Ngarut-ngarut dan syok sendiri semuanya. Well, aku bleh buat ape saje kan, kuasanya di tangan aku. Yang tau password pon aku sorang je kan hehe.. Lenla kalo ada orang rajin nak hack blog tahapehape ni..

Anyhow, I'll keep posting. Nak jadikan 2000 posts lak. Ecececece besar cita-cita. I love writing. I love merapu. I love telling stories. I love sharing. Erm, aku suka luahkan isi hati aku kat sini. Biarlah ape orang nak kata pun. I don't really talk to someone bila aku ada probs. So, this will be the place untuk aku luahkan ape saje. Ada orang tak suka jadikan blog ni as diary. Tapi, aku suke. Jadi, jangan pertikaikan ye.....

Thank you to those yang sudi menjenguk, menyinggah, membaca, meninggalkan jejak, meninggalkan komen.. Appreciate it so0oo00 much! Tho I know blog aku ni sangatla tahapehape. Manade posts berilmiah. Manade posts yang serius. Aku tak retila uhuhu.. Then ayat pon tunggang terbalik, maaple. Haa, spelling.. Sorile, rosakkk ahahahah..Maaf (baru betul!hihi).. Keep supporting me ya!

THANKS ALL!!!
:D

Monday, September 7, 2009

ekekekeke.. Jom gelak terkekek-kekek bersama-sama saya!

2 minggu yang lepas, aku bawak CIK BIBAB pergi servis. CIK BIBAB dah berusia 5000 lebih, makanya kenala bawak klinik, baiki apa yang patut. Tambahan lak dia nak balik kampung beraya tahun ni. Kenala nampak cun and enjin pon knela mengaum dengan cantek. Barula, INCIK SAGA di kampung rasa tergugat dengan CIK BIBAB kan..


Sementara menunggu CIK BIBAB, aku semestinya kebosanan yang amat sangat kan. Jadi aku capai magazine yang ada kat rak. Tercapaila magazine ini


Terbukakla ruangan lawak. Memang lawak abes. Terkekek-kekek aku gelak. Tak kesahla orang tengok semacam pon kan. Aku cukup terhibur!



Aku dengan bersungguh-sungguhnya amik gambar lawak-lawak tu sebab nak kongsi dengan anda semua. Marilah kita menghiburkan diri kita :D

BERGADUH
TONI: Malam tadi aku bergaduh besar dengan isteri aku.
AGUS: Lah yeke? Macam mana boleh jadi macam tu?
TONI: Biaselah hal suami isteri. Lepas bergaduh aku tak tengok langsung muka dia.
AGUS: Habis tu, kau terus keluarla malam tadi?
TONI: Tak pun, aku matikan lampu je. Baru tak nampak muka dia...

SI JONGOS MENCARI JODOH
Jongos melayari internet untuk mencari pasangan hidup memandangkan usianya yang sudah lewat 40-an. Jongos melayari sebuah laman web yang dapat membantunya mencari jodoh. Caranya amat mudah. Jongos hanya perlu memasukkan semua kriteria pasangan yang diimpikan dan jawapannya akan tertera pada layar komputer dalam beberapa saat sahaja. Kriteria-kriteria wanita idaman Jongos ialah mungil, lucu, gemar bermain air dan sukakan kegiatan secara berkumpulan. Beberapa saat kemudian jawapannya pun muncul bertulis begini... "Pasangan paling ideal untuk anda ialah....Penguin!"


H2O
 
Guru: Baiklah murid-murid, apakah unsur utama bagi pembentukan air?
Pelajar: H, I, J, K, L, M, N dan O cikgu!
Guru: Bukan itu yang saya ajar selama ini. Salah!
Dani: Betul la cikgu. Bukan ke minggu lepas cikgu ajar H2O adalah unsur bagi air. Jadi kami sebutlah H sampai O cikgu..

MADE IN JAPAN
Di luar sebuah hotel, seorang pelancong Jepun sedang menunggu teksi untuk bersiar-siar ke bandar. Setelah menaiki teksi pelancong itu melihat-lihat ke luar tingkap. Dia amat bangga apabila sebuah kereta Toyota melewati teksi yang dinaikinya. Dia pun berkata, "Aaahh, Toyota, made in Japan...very fast!" Tidak berapa lama kemudian, sebuah kereta Nissan pula lalu. Sekali lagi dia berkata, "Aaaaahh, made in Japan..very fast!" Tidak berapa lama kemudian lalu lagi sebuah kereta. "Aahh, Mitsubishi..made in Japan..very fast!" Tiba di bandar, pemandu teksi memberitahu bayarannya, "100 dollars please." Pelancong itu terkejut lalu berkata, "100 dollars?! It's not far from the hotel!" Lalu pemandu teksi itu pun menjawab, "Aaahh, taxi meter..made in Japan..very fast....."

LIHAT PETA
Cikgu Salmah sedang mengajar subjek Geografi di kelasnya.
CIKGU SALMAH: Hassan, minta ke depan. Lihat peta ni dan beritahu cikgu di mana letaknya Amerika Utara?
Hassan pun menuju ke hadapan dan mencari-cari lokasi Amerika Utara dalam peta tersebut. Akhirnya Hassan menemuinya.
HASSAN: Ha! dah jumpa. Kat sini cikgu!
CIKGU SALMAH: Bagus. Hassan kamu boleh duduk sekarang. Baiklah kelas, sila beritahu cikgu siapakah yang menemui Amerika Utara ini?
PELAJAR: Hassan cikgu!


p/s: Lawak ini dipublish dengan tujuan menghiburkan hati sendiri yang sedang bersedih kerana tak cuti hari ni. Huwaaaaaaa....!!~~

UP Up and Awayyyyyyy....

Birthday Hanin hari tu, my sis (her mummy) bawak kitorang tengok movie - UP. Mummy dia belanja okeh, I tak keluarkan duit walau sesen pon (saya memang kedekut. Jangan tak tauu!hik).


This girl sangatla excited nak tengok cerita ni. Dia bagitau aku dengan suara kartunnya yang sangat comel, "Makcik Wani, friends Hanin cakap cite ni bowing. Hanin nak tengok dia bowing ke tak..Hanin wase takk" Patutla dia excited eh.. Bebudak darjah 1 pun dah pandai guna perkataan boring. Ish ish ish.. Sape tah ngajar nih?huhuhu..



Ni before the movie started. Nampak itu pop corn? Saya hampir-hampir take a bite of it. Lupe plak pose hari tuh hahaha... Kalo tak, free free kenyang makan pop corn hihi..




Next movie will be these hamsters movie! G-FORCE. Hamsters pon boleh berlakon. Haibat betul!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...