Tuesday, June 30, 2009

Mak, Selamat Hari Lahir (^_^)




HAPPY 62nd BIRTHDAY TO MY BELOVED MUMMY





This is US. Like mother like daughter kan???


::: WANI SAYANG MAK :::


Oh..here's my gift to mummy. Balik kampung hari tu sempat pegi shopping kain untuk baju raya with my sis. This one, I bought specially for mummy and she loves it :D Yang ada corak batik tu untuk kain and yang plain but actually ada manik+labuci tu untuk baju. My mom will look marvellous lahh raye ni hehehe.. BTW, our theme for this upcoming raya is actually songket. Can't wait to wear mine yang sebenarnya baju untuk konvo last year. It's a gift from my mom. Mmmmmuaahhhhhh love u mom! :D

Monday, June 29, 2009

Cerita Balik Kampung..

::: Khamis, 25/6:::

Bas jam 9 mlm. Orang yang paling sedih aku nak balik Kelantan ialah Hanin.

Tengok muka dia.. Sedih yang amat kan? uhuhuhu...


::: Jumaat, 26/6 :::

Tiba di rumah kesayangan pada jam 4.50 pagi. Sambung tido sampai subuh. Pagi-pagi tolong mak masak bihun untuk sarapan.
Pagi-pagi, saya cari anak-anak saya... Dorang sure rindukan mummy dorang ni...


Ayah kurung dorang dalam sangkar sebab mereka bertiga ni memang terkenal dengan sikap suka merayau. Padan muka mat merayap kena kurung.. Tengok muka Congek, muka seposen mintak dilepaskan uhuuh...

Tengahari sket, saya, kakak, adik dan 2 orang anak buah busuk pegi jalan-jalan ke Tesco.

Ini Hafiy Ariff dan Daneen Alissa. Dua-dua pun sibuk je nak shopping..

Petangnya pulak, gi rumah my grandma dekat Morak.

Ini nenek saya.. She's 90++ I guess.. Tapi dia masih kuat dan bertenaga..


::: Sabtu, 27/6 :::

Hantar my lil sister yang mendaftar di UiTM Machang for her diploma course.
Pegi 2 kete, aku naik dengan my bro.


Ini dekat gate UiTM tu. Kereta berduyun-duyun masuk. Abang guard pon pening-pening dah..


Inilah rupanya orang yang nak masuk universiti itu. Time ni dia tengah nervous. Darah gemuruh oram putis cakap. Dia nak berak-berak, nak muntah-muntah time ni.. Tapi still boleh control macho sebab nak amik gambar...


Dah penat daki bukit, naik turun tangga, angkut beg yang berat, kitorang berkelah kat situ. Panas pon panaslaa (see my daddy dah bukak butang baju. Panas wooo), yang penting perut terisi... Mak masak spesel ari tu. Nasik beriyani..yumm yumm..


Pukul 12 tengahari, dah say babai tu my lil sis (dia tak nangis. Sekali lagi dia kontrol macho), kami pun pulangla ke KB. Sebab penat sangat, budak 2 orang ni tertido..



::: Ahad, 28/6 :::

Naik bas jam 10 pagi, pulang ke Putrajaya. Dan selamat sampai pada jam 6.30 petang.

Jangan Kacau Makcik.....

[source]



Makcik nak vacuum blog nih...berhabukkk..
Tuanrumah blog ni tak reti nak ngemas sendiri..
Dia balik kampung 2,3 hari, sekejap je habuk penuh kat sini...




Jangan kaco makcik...makcik nak vacuumm nehhhh......

Thursday, June 25, 2009

Home Sweet Home

--- Rindu mereka sungguh-sungguh ---



Esok, Jumaat, alwaniamalini berjaya mintak cuti dengan boss..
Jadi, malam ni, alwaniamalini nak naik bas, balik Kelantan.
Itupun setelah bertekak sakan dengan mypumpkin.
'Sori bang, syg terpaksa naik bas malam sorang-sorang kali ni.'

Jadinye, blog ini tidak akan diupdate untuk beberapa hari..
Laptop tinggal, berat sangat nak bawak uhuhu..


Adios all, see ya on Monday! (^_^)

Unconditional Love

:::pumpkin.and.me:::


Cepat sungguh masa berlalu.
Dah 1 tahun 9 bulan dah.

Walau bagaimana cepatnya masa berlalu, my love for you will never go away dear.
I will always love you honey, seconds, hours, days, nights, months, years....

Tuesday, June 23, 2009

KISAH SEORANG BEKAS PEMAKAI BRACES

Lunch hour tadi aku jalan-jalan kat blog member-member. Singgahle kat blog Ms. [aroranurul] yang latest entry dia ada image sebaris gigi yang putih bersih... Rupa-rupanya beliau bercerita mengenai BRACES!!! Tetiba aku pun jadi teruja nak bercerita pasal braces ni eheh...

BRACES!
[source]

[Inilah rupenye braces tu.. Sebaris besi di atas gigi. Buruk ke??????]

[source]

[Ini diagram ringkas untuk kita paham komponen-komponen braces ni]


Kenapa alwaniamalini teruja nak bercerita mengenai braces? Sebab alwaniamalini ada sejarah dengan braces.

Ye...... 4 tahun yang dulu, saya adalah pemakai braces. Gigi saya memang bermasalah. Struktur tu tak betul. Gigi kat atas, yang tengah, dia masuk ke dalam. Gigi yang kat bawah pulak, juga kat tengah, masuk ke dalam juga. Nak kata berlapis, tak jugak, sebab tak ada gigi lain kat depan dia.

Masa sekolah rendah dulu, mak selalu suruh pegi klinik, buat braces. Aku masa tu memang benci+takut+tak suka dengan doktor gigi atau lebih tepat lagi dengan nurse gigi tu. Tahla, masa kecik memang macam tu kot. Ada satu perasaan fobia ataupun trauma dengan doktor gigi ni. Kalau time ada check dekat sekolah tu, huh ketar-ketar lutut aku ni haaaa...

Anyway, pada tahun 2000, I wasa Form 2 masa tu, aku ade la berkawan dengan 5 girls (yep, I'm from all-girl school, so member-member sume girls). 3 daripada 5 orang ni, pakai braces. Hari-hari aku dok mengadap dorang, bergosip, mengumpat sume. Entah bila, tetiba timbul rasa suka dalam diri aku ni. Suka tengok cara dorang bercakap. Lain tau cara orang pakai braces bercakap ni. Aku suka tengok.

Atas kesedaran itulah, aku telah membuat keputusan berani. Aku balik rumah, aku cakap dengan mak ayah aku, aku nak pakai braces. Esoknya juga, my daddy bawak aku ke Klinik Gigi Kota Bharu yang dekat Stadium Kelantan tu. Kitorang pegi kat Bahagian Orthodontik.

Proses yang diambil untuk memakai braces:

1. Daftar nama di Bahagian Orthodontik

2. Nurse tu suruh aku gi Hospital Kota Bharu kat sebelah klinik tu, buat X-Ray gigi. Masa x-ray tu aku kena gigit satu plastik ni, pastu nanti mesin x-ray tu pusing-pusing atas kepala..
3. Cabut gigi. Yep, nak pakai braces ni, you have to take out 1-4 teeth kat hujung belakang, atas dan bawah. Aku cabut satu gigi je. Kat bahagian atas, kanan. Sebab bahagian lain dah ada renggang. This is to give space to the band (rujuk diagram) untuk dimasukkan dalam gigi yang paling hujung.
4. Dah cabut gigi sume, appointment seterusnya ialah untuk membuat acuan gigi. Hah, prosesnye takla lama tapi menggelikan eeyuuuuu... Okeh, nanti akan ada satu besi yang boleh muat semua gigi. Dalam besi tu dia akan letak simen. Macam simen tapi aku tak tau ape benda sebenarnya. Then dia akan masukkan dalam mulut dan pastikan sume gigi masuk dalam acuan tu. Huh, the cement taste gross! Memang nak termuntahla aku. Imagine, ko tak boleh nak telan air liur sebab ada benda besar dalam mulut ni, pastu nak bernafas pon terpaksa bernafas ikut hidung huh... Memang sedikit azab untuk beberapa minit itu.....

Dah selesai proses-proses di atas, barula in next appointment, gigi aku dipakaikan braces. Mula-mula, doktor akan masukkan band di empat gigi hujung (2 gigi atas dan 2 gigi bawah). Kemudian, dengan bantuan sinar UV, gigi-gigi aku dilekatkan bracket (sila rujuk diagram lagi). Satu-satu bracket dilekatkan di atas gigi. Lepas tu dia letak arch wire. Yayy, kemudian aku pon sah bergelar gadis besi! hehehe....

Elastic band, power chain sume tu diletakkan pada gigi mengikut masalah gigi. Kalau gigi ke depan, dia akan pakaikan elastic band tu dekat gigi atas dan sambung pada gigi bawah. Nanti gigi tu akan bergerak ke belakang. Macam ke aku, untuk gigi bahagian atas yang masuk ke dalam tu, elastic band diletakkan pada gigi yang masuk ke dalam tu dan disambungkan dengan gigi sebelah. Gigi bawah yang ke dalam tu pulak disambungkan dengan power chain ke gigi sebelahnya juga.

Dugaan-dugaan memakai braces:

1. Hari first pakai, anda tidak akan mampu dan tidak akan boleh menggigit makanan yang keras. Even french fries yang boleh dikategorikan sebagai lembut tu pon tak boleh tau. Yang boleh anda makan ketika itu hanyalah bubur nasik. Itupun, anda perlu telan, tak boleh kunyah-kunyah. Mungkin berpunca dari daya tentangan besi tersebut (serius aku gagal Fizik) maka apabila anda cuba menggigit, ada satu kuasa yang menghalang anda daripada menggigit mahupun mengunyah. Sangat sakit!

2. Luka-luka pada mulut. Perkara biasa apabila anda memakai braces. Biasanya luka-luka ini disebabkan oleh hook (rujuk diagram) yang terkena pada mulut. Pecah-pecah mulut tu memang biasalah. Mula-mula memang sakit. Lama-lama anda akan terbiasa.

3. Apabila gigi mula bergerak, anda akan mengalami masalah menggigit dan mengunyah makanan lagi. Seksa memang seksa, but it's part of the process. Bawak bersabar!

4. Apabila anda memakai braces, anda akan terikat dengan appointment dengan doktor. Biasanya appointment ni setiap sebulan hingga 3 bulan sekali. Yang paling tak best ialah, anda mungkin kena duduk menunggu selama berjam-jam. Tetapi apabila dah masuk jumpa orthodontist, anda mungkin akan duduk di atas kerusi tu hanya selama 10 minit. Buang masa!huhu

5. Anda akan mempunyai masalah untuk mengawal air liur. Memang tersembur-semburla air liur ni bila bercakap hahah..

Setelah 3 tahun memakai braces, memang ada perubahanla pada gigi aku. Happy sangat-sangat bila tengok gigi yang dulunya tak teratur, kini tersusun kemas. Macam-macam benda jadi masa aku pakai braces ni. Kat SMKKL aku digelar Betty. Sebab masa tu kebetulan tengah ada telenovela Mexico, Yo Soy Betty La Fea yang sangat famous amos tuh. Masa tu juga, akulah satu-satunya orang dalam sekolah tu yang pakai braces. Percaya atau tidak.

2004 (lupa berapa haribulan), braces ditanggalkan dari gigi aku. Masa dah takde braces tu, aku rasa macam aku takde gigi! Pelik je rasa. But guess what, gigi aku betul-betul tersusun elok. Takde lagi gigi yang masuk ke dalam. Macam tak percaya pun ada jugak...

Dah buka braces, I still need to wear retainer. For one year aku pakai retainer. Fungsi retainer ni ialah untuk memastikan gigi tu kemas, takde longgar-longgar. Retainer ni time makan kena bukak. Kat bawah ni contoh retainer. Aku punya dulu colour pink ngeeee :D

[source]

Haaa...itulah kisah aku pakai braces dulu. Memang very the special. Berus gigi ada 3. Berus gigi biasa, V-shape orthodontic brush and interdental brush. Makan pun tak boleh ganas-ganas. Tapi aku dulu ganas je. Pernah arch wire aku (rujuk diagram) tu patah. Tak boleh makan chewing gum takut nanti terlekat kat braces tu. Susah nak tanggalkan huhuh.. Sampai sekarang walaupun dah bertahun-tahun tak pakai braces, aku dah tak makan chewing gum. Dah tak reti! Pastu, dentist aku dulu selalu pesan, jangan minum air gas banyak sangat. Takut nanti gam kat bracket tu tertanggal. Tak taula betul ke tak, tapi memang aku tak minum air gas. Sekarang pun jarang-jarang.

SEBELUM:

[tipu, ini gambar latest]

Sebelum pakai braces, aku malu nak senyum nampak gigi. Malu sangat-sangat. Yela, gigi kan tak tersusun. So, senyum pun, nak tak nak je. Masa tu, my self esteem was ver very low. Sangat teruk. Nak berhadapan dengan orang pun segan. Bila orang ajak bergambar, aku mesti tolak.Sebab aku rasa senyuman aku tak cantik dan pasti akan memburukkan gambar..

SELEPAS:

Namun kini, setelah 4 tahun memakai braces, aku memperoleh gigi yang yang kemas dan tersusun. Aku dah suka bergambar! Senyum pun ala-ala kerang busuk gitew.. Masih ada rasa segan nak bercakap dengan orang, but at least I have one sweet smile to give them hehehe..

---Amal: Kecantikan adalah satu benda yang sangat subjektif. Terpulang pada setiap inividu untuk menafsirkannya. Bagi aku, senyuman adalah satu kecantikan yang paling indah. Ada orang nampak cantik dan manis sangat apabila tersenyum biarpun giginya berlapis! As fo me, I'm glad I chose to wear braces, endure the pain of it for 4 years, and finally have this beautiful teeth. Dan yang paling penting, semangat aku sedikit pulih. Alhamdulillah.......

Jangan buat, nantii........

PANTANG LARANG BERKAITAN DENGAN MAKAN


Berikut adalah beberapa pantang larang yang berkaitan dengan makan:

1. Makan mencangkung payah dapat rezeki.
2. Makan dalam belanga dapat anak rupa hodoh.
3. Makan beras mentah dapat penyakit kuning.
4. Makan telur tembelang dapat penyakit barah.
5. Makan kepala ayam nanti mengantuk semasa bersanding.
6. Makan sisa anak nanti anak menjadi degil.
7. Makan dalam pinggan sumbing dapat anak bibir sumbing.
8. Makan tak basuh pinggan nanti lambat dapat menantu.
9. Makan pisang kembar nanti dapat anak kembar.
10. Makan pinggan bertindih nanti beristeri dua.
11. Makan sambil berjalan akan dapat penyakit perut.
12. Makan buah berangan songsang, nanti lambat dapat jodoh.
13. Makan nasi di senduk nanti payah dapat rezeki.
14. Tidur selepas makan nanti perut jadi buncit.


Wallahua'alam, betul ke tak, kita tak tau la kan.. Orang Melayu ni kan memang terkenal dengan pelbagai pantang larang..


Pada pendapat aku, pantang larang ni sebenarnya ada double meaning kan.. Orang tua-tua nak memberi nasihat atau melarang kita daripada buat sesuatu yang tak elok sebenarnya. Bagi meninggalkan kesan yang mendalam, nak suruh ingat dari kecik sampai ke tua, dorang buatla pantang-larang semua ni.


Sebagai contoh pantang larang nombor 7 tu..Maksud tersirat pantang larang tu sebenarnya, jangan makan dalam pinggan sumbing, takut nanti terluka ke ape kan.. Nombor 2 pun sama, bukan kah tak elok makan dalam belanga. Tak sopan orang kata.. So, nak bagi ingat sket, orang tua cakapla macam tu, jangan makan dalam belanga, nanti dapat anak hodoh...



---Amal: Aku ada cita-cita nak anak kembar nanti. Terpaksala makan pisang kembar macam ni lalalala :D

Monday, June 22, 2009

My Father, My Soul

Entry ini khusus buat my beloved daddy, Tuan Hj. Mustapha...



To be honest dengan anda semua, aku takla rapat sangat dengan ayah.
I always saw people hugging their dad. Guess what, aku tak pernah peluk ayah.

Mungkin sebab aku tak pernah diajar begitu.

Dulu, masa zaman sekolah, masa zaman mengalami krisis identiti, I never really talked to my daddy.

Ayah yang selalu jemput aku pulang dari sekolah. Tapi dalam kereta, kami membisu.
Tidak berbicara walau sepatah pun. Kalau ade pun, perbincangan tu mesti sekejap je, lepas tu masing-masing akan mendiamkan diri.


Masa kecik-kecik, aku selalu je kena marah dengan ayah.
Lebih-lebih lagi time mengaji. Huh, ayah memang garang.
Selalunya, buku rekod sekolah, aku hanya akan tunjuk dekat mak. Kat ayah jarang sekali.
Ayah ada bertanya, subjek ape dapat A? Dapat nombor berapa?
Tapi aku mesti jawab ringkas-ringkas. Sebab aku malu nak bercakap dengan ayah. (Terukkan aku?)


But, bila dah besar sket, dah masuk matrik, dah berjauhan dengan ayah, baru aku dapat rasa betapa aku sayangnya pada ayah. Bila dah jauh, aku rindukan ceramah ayah. Aku rindukan suara ayah mengalunkan azan. Aku rindu untuk menatap wajah ayah.


Ayah seorang penyabar. Ayah tak pernah merungut. Ayah rajin. Ayah tak kenal erti penat. Ayah tak pernah berehat. Dalam sehari, ada je benda yang akan dia buat.
Ayah penyayang. Aku tau ayah sayang aku. I can see it in his eyes.


Last week, he was here with me. I saw him holding my sister's hand. That is rare. I never saw him like that before. Ayah sayang kami. Walau dia tak banyak berbicara, walau dia tak tunjukkan sangat rasa sayang dia tu, aku tahu. I can see it.


Ayah, Wani sayangkan ayah..
Sayang sangat-sangat..
No words can ever tell how much I love you daddy....

Sunday, June 21, 2009

TAG - Hidupku Sunyi Tanpa Mereka


Anda ada berapa hp?
--- Dua ---

Jenama hp anda
--- Motorola C168 dan Sony Ericsson K530i seperti di atas ---

Warna Hp anda?
--- Seperti di atas ---

Anda menggunakan talian apa?
--- Motorola: Maxis; SE: Celcom ---

Apa yg anda dapat dengan menggunakan talian tersebut
--- Maxis: In touch dengan member-member; Celcom: In touch dengan family n mypumpkin ---

Dalam sehari, berapa posen kredit anda habis ?
--- Maxis: Tak penah abes sebab jarang guna; Celcom: Dalam sehari boleh habis dalam beringgit-ringgit ngeeee :D ---

Anda lebih suka msj or call?
--- Saya suka msg dan call, tapi sometimes lebih suka call, barula clear segala perbincangan ---
Berapa bilangan msj dlm inbox anda tika ini?
--- Maxis: Kosong; Celcom: Banyak ---

Ketika anda menjawab soalan ini, siapakah penghantar mesej yg paling akhir dlm inbox anda?
--- ABANG i.e mypumpkin, "Macamana makan tengahari?" ---

Ape perasaan anda masa baca msj tu? Nyatakan reaksi
--- "Makan lauk semalam je..Elakkan membazir" ---

Apa yg anda reply kalau anda dpt msj dr sum1 yg anda x knl, n org tu boleh pula tanya balik siapa anda (sedangkan anda x knl pun siapa dia)
--- IGNORE. Delete je msg tu ---

Apa yang anda buat kalau ada nombor yg x knl tp misscall anda banyak kali
--- IGNORE ---

Apa perasaan anda kalau number anda diberikan kepada org yg anda admire secara senyap2
--- MARAH. Sebab tanpa pengetahuan dan izin saya ---

Ape yg org akn ckp kt anda bile anda bace msj yg lawak?
--- "Ni pehal sengih sorang-sorang? Buang tebiat?"

Anda taip msj guna jari?
--- Tak, guna kuku jari ---

Anda ada call or msj parents anda hari ni?
--- Belum lagi, biasanya malam-malam baru call mak ---

Ape perasaan anda bile jawab soalan2 ni?
--- Tetiba saya rasa macam nak beli HP baru, wahh gitewwww..hihi ---

Saturday, June 20, 2009

Duplex - What A Movie!~

Salam semueeeee :D

Last nite aku menonton Duplex. Kehkeh.. What a movie!~

Cerita ni memang kelakar abes.. Tapi macam tak logik pun ye jugak..

Aku tak pandai nak bercerita, jadi, anda semua bacala sinopsis yang aku google ni huhu and tengokla trailer Duplex yang aku cari kat You Tube....


Alex Rose and Nancy Kendricks are a young, professional, New York couple in search of their dream home. When they finally find the perfect Brooklyn brownstone they are giddy with anticipation. The duplex is a dream come true, complete with multiple fireplaces, except for one thing: Mrs. Connelly, the cranky old lady who lives on the rent-controlled top floor. Assuming she is elderly and ill, they take the apartment but their hopes are quickly dashed when they realize that Mrs. Connelly is an energetic senior who enjoys watching her television at top volume day in and day out and rehearsing in a brass band. A writer, Alex is attempting to finish his novel against a looming deadline. However, each day as he begins to write, he is interrupted by Mrs. Connelly's numerous demands and requests and what begins as a nuisance quickly escalates into an all-out war. When Nancy loses her job and the pair are trapped at home together with Mrs. Connelly, their rage turns to homicidal fantasy as they plot ways to get rid of their no-good neighbor...




This movie dah lama sebenarnya, ditayangkan pada tahun 2003. It's hilarious. Agak-agak nak bergelak ketawa tu bolehla tengok cerita ni.

I give this movie 4.5 star......

Friday, June 19, 2009

Marilah Kita Menonton....

Assalamualaikum ya'll...

Malam ini alwaniamalini dalam mood ingin menonton movie. Dua tiga hari ini fikiran bercelaru, serabut, tensi, makanya malam ini ingin menonton movie.

Tadi ke Alamanda, singgah sebentar di Speedy. Niat nak cari soundtrack Hannah Montana, terjumpala plak DVD yang berharga RM9.90 ni.. Apa lagi kan, alwaniamalini mula rambang mata. Nasib tak banyak DVD yang best best. Kalo tak mesti dah banyak beli. So, dalam banyak-banyak DVD tu, below are my choices. Marilah kita menonton........


--- What's Eating Gilbert Grape ---



--- The Prince & Me ---


--- Duplex ---



Mana satu yang best?
Dah abis tengok, I'll let you know..
Aim nak tengok ketiga-tiga cerita ni malam ni jugak....




---Amal: Semalam pegi tengok Night At The Museum 2 buat kali kedua. Guess what, saya tido je dalam panggung semalam hihihi.. Tak tengok langsung... Nasib baik tak berdengkur ekekeke...

Thursday, June 18, 2009

Miauuu miauuuu Kucennn...


Erkkk... Makin Gemo0k ni..

aRGHHHHhhh... Saya sudah GEMOKKKK....

Yep, I'm growing!!!
I mean..mengembang huhuhu..

Sekarang ni napsu makan makin bertambah-tambah..
Dahla makan pulak makanan yang tak berapa nak berkualiti.
Maggi.Sweets.Chocolates.Maggi lagi.Nasi lemak.Ayam goreng.Maggi lagi dan lagi.

Pastu, waktu makan pun tak menentu. I drink coffee every morning. Nasik lemak, ermm 2 kali seminggu. I never skip lunch. Dinner pulak kadang-kadang makan, kadang-kadang tak. And kalo makan pun, for sure makan maggi lah...

Erkkkk....

Dulu berat semasa ialah 65kg.
Sekarang berat semasa ialah 70kg!

Seriously. I'm not joking.

Mendadak naik. Bukan silap weighing scale. Memang silap aku yang reti makan je tapi tak reti nak control napsu makan tu.

Lengan dah membesar. Perut dah berlipat-lipat. Pagi-pagi tengok cermin, I'm so annoyed looking at the double chin. Peha pon dah besar. Dah macam drumstick ayam belanda dah aku tengok.

Erkkkkk.....

Dulu, I don't really mind being chubby. Seriously. Sekarang pun I don't really mind. Bagi aku, chubby takpe, asalkan badan sihat. Tapi sekarang dah rasa macam tak sihatla. Ish..

Satu lagi tercabar dengan mypumpkin yang sangat fit. Dia hari-hari jogging sejauh 5.4km. Non stop. Kalo aku, sure mengah-mengah. Sure suku je lari, yang selebihnya jalan lenggang lenggok. Mypumpkin suruh aku excercise. At least keluar jogging. Well, aku kan pemalas. Malas betul nak menjaga kesihatan ni. Aku bagi alasan:
  1. Kasut sukan kat rumah kat kampung, bawah katil. Dah kena gigit ngan tikus kot.

  2. Takde tracksuit. Selalu nak beli sure takde saiz. Sama ada stuck kat bontot mahupun peha.

Alasan. Lame excuses.

Isk, macamana nak jalan-jalan beriringan dengan mypumpkin. Dia tough, fit, tapi yg sebelah dia ni plak, isk tak sanggup nak cakap. Karang dah tak jadi macam pinang dibelah dua dah...

Aku nak turunkan berat badan. Tapi malas nak berusaha. Macamana tu? Memang sampai bila-bila pun takkan boleh turunkan berat badan ni. Exercise dah malas. Nak makan pil-pil kurus, herba, jamu-jamu yang melambak tu aku tak berani. Macam-macam ada sekarang ni kan. Susu cokelatla, itula inila. Tapi aku benar-benar tak berani mencuba. I always have this phobia that if I stop taking it then badan aku akan naik balik bagai dipam-pam. I dont wanna take that risk.

Nak diet? Hmm..I've mentioned earlier, napsu makan aku ni kuat sangat. Pantang nampak makanan sedap-sedap sure nak makan. Dah start makan tak reti nak stop plak. So how???

---Amal: Erkkkk...... aku belum kawin, belum ada anak, tapi badan dah gaya orang dah ada anak 10 huwaaaaa...sedih.


Happy Birthday June ;D

[source]


HAPPY 23rd BIRTHDAY to my dearest friend June..



[source: cilok dari Friendster beliau]



Wish you will have a great life ahead....

Tuesday, June 16, 2009

When I'm With You




Saw you walk in to the room
Thought I'd try to talk to you
Babe, am I ever glad you wanted me to
Its been two years to the day
half the time I've been away
I know I'm not there enough
but that's gonna change
cause I'm coming back
to show you that
I'm keeping the promise that I made

When I'm with you
I'll make every second count
cause I miss you, whenever you're not around
when I kiss you
I still get butterflies
years from now,
I'll make every second count
when I'm with you

Yeah we've had our ups and downs
but we've always worked them out
babe am I ever glad we got this far now
still I'm lying here tonight
wishing I was by your side
cause when I'm not there enough
nothing feels right
so I'm coming back to show you that I'll love you the rest of my life

when I'm with you
I'll make every second count
cause I miss you, whenever your not around
when I kiss you
I still get butterflies
years from now
I'll make every second count
when I'm with you
when I'm with you

whatever it takes
I'm not gonna break the promise I made

when I'm with you
I'll make every second count
cause I miss you

when I'm with you
I'll make every second count
cause I miss you, whenever your not around
when I kiss you
I still get butterflies
years from now
I'll make every second count

when I'm with you
when I'm with you
when I'm with you
when I'm with you

When I'm With You
Faber Drive
My Dear Sayang,
Nobody can ever take you away from me..
Nobody can ever set us apart...
I'm yours then, now and forever....
I miss you, I love you......................................

Monday, June 15, 2009

Butterfly Fly Away



You tucked me in, turned out the light
Kept me safe and sound at night
Little girls depend on things like that

Brushed my teeth and combed my hair
Had to drive me everywhere
You were always there when I looked back

You had to do it all alone
Make a living, make a home
Must have been as hard as it could be

And when I couldn't sleep at night
Scared things wouldn't turn out right
You would hold my hand and sing to me

Caterpillar in the tree
How you wonder who you'll be
Can't go far but you can always dream
Wish you may and wish you might
Don't you worry, hold on tight
I promise you there will come a day
Butterfly fly away
Butterfly fly away, butterfly fly away

Flap your wings now you can't stay
Take those dreams and make them all come true
Butterfly fly away, butterfly fly away

We've been waiting for this day
All along and knowing just what to do

Butterfly, butterfly, butterfly, butterfly fly away
Butterfly fly away
Butterfly fly away

Butterfly Fly Away
Miley Cyrus and Billy Ray Cyrus

Sunday, June 14, 2009

My Backbones, I MISS U GIRLS!

Wednesday, 10th June 2009

Met my beloved friends Tinie yang turun dari Sarawak for a couple of days.
At first I was a bit reluctant to go to The Mines jumpa dia tapi bila fikir-fikir balik, bukan selalu boleh jumpa dia kan. So, aku lupakan kepenatan, lupakan keletihan, I drove all the way there that night.

Also joining the meet that night were my other good friends, Tong, June, Nor, Dina and her partner. Oh, Tinie pon bawak Mr. Boyfriend jugak, but aku tak sempat nak kenal-kenal. Sebab aku malu muahahaha...

Anyow, here's some pics of us hanging out dekat KFC. Lepak-lepak sampai akak KFC tu datang bagitau dorang dah nak kemas-kemas hehehehe....

L-R: Sape-tah-gedik, June, Dina

June, Tong, Nor & Tinie


L-R: Tinie, Nor, Tong, Dila Milin (me sis yang turut menyibuk muehehe), sape-tah-gedik-lagi, June & Dina


Owh, kami bertiga lagi ;D



If only, Yana, Cayam Fairuz, Chan Chan and Rosie were with us that night.......



I MISS YOU GIRLS....my backbones...

Saturday, June 13, 2009

Movie Mode - AGAIN!~



Monster vs Alien - Err....tidak berapa best. A nite before watching this movie, aku ada chat dengan my Cayam and she said that she didn't quite like the movie. Katanya tak berapa nak melekat dalam jiwa. Masa tengok cerita ni, I tried very hard untuk mengikis fikiran negatif mengatakan filem ini tak best. But I can't! My Cayam is right, filem ini tidak berapa nak melekat dalam jiwa aku jua. I don't really find this movie is damn funny. Lawaknya biasa-biasa je. Tak tahu kenapa, aku rasa macam dah boleh agak jalan ceritanya. Hmmm..ape-ape pun, ok2 jela cerita ni....





Hannah Montana The Movie - Honestly, aku takdela selalu sangat tengok cerita Hannah Montana ni. Sebab kadang-kadang aku tak suka dengan cara Miley berlakon..Overacting I think.. But she's just fine. Movie ni, my lil sis yang beria-ia nak tengok. Aku tukang bawak and tukang keluarkan duit beli tiketla huhuhu.. But guess what?? I enjoyed the movie!!!! Weeeeee..... Sangat best! I laughed out loud, people all laugh out loud. I love the songs especially the Hoe Down Throw Down song, and the dance of course. It's supercool! Yang sedihnya, sepanjang tengok movie ni, aku teringatkan my lil niece, Hanin. She sure loves this movie, tapi sayang dia tak dapat join kitorang tengok. Anyhow, this movie is super duper sangat best! :D Tetiba rasa diri ini berjiwa kanak-kanak sebab tengok Hannah Montana ihihihihi....




--- Ini wajah gedik orang tengok movie ---

Wishes - Better Late Than Never

These better late than never wishes goes out to...

:: Congratulations on your wedding::

MALAR (my desktop saviour)
SULIA (my old friend from Z2)
AZREEK ( man, i miss ur oh bulan!heee~)



****************************


:: Wish you all the best in your new job. Harap-harapnya tinggila gaji, then u can blanja me tengok wayang banyak-banyak hihi ::

--- MY LOVELY SISTER, SIS ANUM ---

*********************


:: Happy 23rd Birthday dear ::

--- MY GOOD FRIEND, TINIE ---

Thursday, June 11, 2009

Ahhhh..Comelnyeeeeee.....















**yang ni paling comel muehehehehehe**

Wednesday, June 10, 2009

Mengagumkan...

Assalamualaikum :D

Lama dah tak menjenguk blog ni..dah berhabuk berdebu dah ni...

I'm a bit (a bit ke??) busy lately.
And, I'm a bit (a bit ke??) stressed out these few days.
Jadi, nothing much to tell and mood nak berblogging juga kurang.
Blog hop pun kurang sikit semenjak dua menjak nih, sorry everyone....

Maybe this weekendla aku akan cuba luangkan masa melawat anda semua :D

Anyhow untuk membuang habuk-habuk, dan sawang-sawang dekat blog neh, here's some photos for you to see and adore. Ni bukan aku yang snap (huhu). Someone forwarded to me. Kalau tak silap aku ini collection of photos taken from professional photographers for the International Photography Contest (itu yang tertulis atas gambar-gambar).

The pictures are so fascinating. Memang hebatlah photographers ni kan.. But it also reminds us, betapa hebatnya Yang Maha Esa mencipta semua ini. Sungguh indah, sungguh mengagumkan...

























LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...