Tuesday, March 31, 2009

Totally Exhausted!!

--- rasa macam nak tido tertonggeng camni lah ---


Tuesday oh Tuesday... Sangatlah memenatkan.

Hari Selasa inila yang buat aku rasa nak give up..buat aku rasa nak quit!

Uhuhh, badan dah rasa sakit2 ni. Tiba-tiba juga hari ni aku terbatuk2 kecil pulak. Mungkinkah berjangkit dengan seseorang yang hari ni tiap kali dia lalu depan pintu ofis aku mesti dia batuk2 (lalala)..Mungkin mungkin hehe.. Kaki pun dah melecet. Pedih-pedih. Kaki I dahla sensitif sket hish~.. Naik turun tangga, kurusla I macam ni.. I sayang lemak I ni..I tak nak berpisah dengan lemak2 I nihh (Owh yeah, I'm totally out of my mind)..

Yesterday, Monday, aku terpaksa backup untuk 2 orang. So aku habiskan masa aku kat ofis atas. Tapi selalu jugak turun bawah (susah betul bila ada 2 ofis nih).. Pastu pulak duduk atas, bukan duduk goyang kaki, main pusing2 kerusi je. Aku kena berjalan merata2. Check mesin fotostat rosakla, amik kertas kat printerla (printer pulak bapak jauh, penat weh nak menapak). Hantar kertas berkotak2 ke printer room. Pastu turun hantar kat ofis bawah pulak. Tengahari, berkejar ke Secret Recipe beli kek untuk general assembly. Petang buat stationery untuk staff shift malam.. Kira-kira stock food and beverage, check itu,ini dan bermacam2 lagi. Pukul 5, langit dah gelap nak hujan. Hah sudah,panik. Cik Bibab parking jauh. Cepat-cepat settlekan keje, kul 5.15 aku balik semalam dan sampai rumah pukul 5.30ptg. Nak tido? Tak kose mak tido petang. Kang ngigau nampak antu.. Last nite, tido lebih kurang pukul 11mlm. I was so tired sampai mata pun tak ngantuk. Puas aku pujuk mata ni supaya tido. Tapi dia tak nak. Puas dah menyanyi2 untuk diri sendiri. Tak nak jugak. Sudahnya, aku tak sedar bila aku betul2 terlelap.

Today, Tuesday, 4.15am, jam HP aku berbunyi. Aku tengok, aku snooze, extend 15 minit lagi. 4.30am, jam memekak lagi. Lagi sekali, aku tekan snooze, extend lagi. 4.45am berbunyi lagi dan dengan malasnya aku bangun. Malasnya nak gi keje..Malasnya nak bukak mata... Malasnyaaaaaaaaaaaaa... Gosok gigi, cuci muka, mandi manda dengan malasnya. Dah keluar dari bilik air lagila malasss rasa. Dengan sejuk2 pagi tu, huishh kalo sambung tido memang best. Aku duduk balik atas katil. Rasa macam nak tarik selimut, sambung tido je. Tak sdar dah pukul 5.15pg masa tu.huhh~~ kalut ributlah bersiap2, pakai simple2, 5.25pg aku turun tadi and sampai ofis lebih kurang pukul 5.40pg. waaa lewat 10 minit, nasib baik bos tak cakap pape hehe..
Dan hari ni, seperti semalam, aku naik turun tangga. Aduh penat.. Pergi situ, sana, sini. Check itu, check ini. Check acik cleaner wat keje ok ke tak. Explain itu ini kat dia. Aku rasa aku dah macam ape dah. Membebel2 macam nenek tua.

Kepala pun sakit je hari ni dan Mengantuk hari ni juga sangatlah luar biasa. Well, Tuesday memang sentiasa begini. Balik pukul 3.30ptg hari ni. Ada satu cerita, boleh pulak dah sampai basement, dah nak gi kat Cik Bibab nih, aku terlupa parking card aku. Patah balik naik ofis. Adoi, nyanyuk dah aku. Hari ni plak Cik Bibab park kat luar, masuk dalam kereta macam masuk dalam oven.PANASSSS! Nak bukak mata pun takleh. Pale pun dah pusing2. Sampai rumah, ape lagi, tertonggeng aku atas katil. Hari ini, walaupun aku jarang tido petang, aku lelapkan juga mata walaupun sekejap. Sekadar merehatkan badan. Penat, penat, serius aku penat. Ni nak bangun kul 4pg lagi nih (8 jam lagi). Aduiii, penat, malas!!!

Orang2 ofis kalau terjumpa dengan aku, mesti tanya macam ni, "Eh, skarang masuk keje kul bape?" Dan aku akan jawab, "5.30pg." Mereka akan berkata begini apabila mendengar jawapan aku, "Mak aihhhh...5.30pg? Ayam pun xbangun lagi masa tu." Dan dalam hati aku bermonolog, 'Kalaulah aku ayam, huwaaaaaaa....'



PENAT.TIRED.EXHAUSTED.




---amal: Kul 5.30pg anjing dah bangun sebab, hari2 kul 5.30pg,aku dengar anjing bersahut-sahutan menyalak. Seremmmmm.... ---

Monday, March 30, 2009

I've Been TAGGED!!!

Di tag oleh Maryam aka Yam. Dengan ini saya merajinkan diri menjawabnya;


Upload gambar yg anda gemari dan jawab soklan dibawah;




Kenapa anda suke gambar ini?


Hakhakhakhak..Ini gambar diambil masa sukan interfloor kat KTDI (old college days,zmn mude2)..Masa ni kitorang tengah wat formation huruf 'D' sempena nama team kitorang,Donald Duck. Tergelak besar cos the formation hancusssss..Ye, kami memperbodohkan diri sendiri pada hari itu, but yet it was soo00 much fun!!!!! Hmm teringat kenangan masa kat kolej. Lagi satu suka gambar ni cos from far u can see clearly my big teeth huahau..



Bila kali terakhir mkn pizza?

Hmm jap fikir..kalau tak salah pada ingatan saya, last 2 weeks? Me sis n I malas nak masak so just order Dominos to be delivered ke rumah. yummyyyyy....




Lagu terakhir yg anda dengar?

Angels and Airwaves - The Adventure (Piano Version)



Apa yang anda buat selain selesaikan tag ini?

Cari maklumat mengenai Yayasan Khazanah Nasional untuk adik aku.



Selain nama sendiri anda suka dipanggil dgn panggilan apa?
Laling by my good friend Cayam, Ateh by my backbones, Makcik Wani by my dear nieces n nephews and Sayang by my pumpkin lalalalalalalala~~




Tag lagi 6 org *soalan seterusnya ada kaitan dengan org yg anda tag!
Hah, masalah problem. Sape tah aku nak tag nih huu~~


CayamPeresz
Liana
Amir
Mas
Hafiz
Hana Gezek


Siapa no 1 pada anda - Kawan baekkk sayeee, kami berkongsi pelbagai cerita dan hubungan kami sangatlah kontroversi and very the scandalous muahahahahaha


Org no 3 ada hubungan dgn sape? - Dengan mak ayah dia dan ahlil keluarga dia keseluruhannya..


Kata sesuatu berkenaan org no 5 - Orang yang sering buat aku tersengih depan tipon, tapi kini tidak lagi. hmmm....


Bagaimana dgn org no 4? - Office mate ku, masih belum mengenali dia sepenuhnya. Tapi saya tau dia suka buat OT hehe..



Siapa org no 2? - Lianamunyati Ahmad Rusli. Berasal dari Sungai Sumun, Perak. Dia kawan baik saya, dunia dan akhirat, Insyaallah...



Bagi pesanan pd org no 6 - Pesanku, ingat2lah aku selalu. Kenang daku dalam doamuuu

Sunday, March 29, 2009

Meraba Dalam Gelap

Semalam Earth Hour..Aku tutup lampu tak? Tutupp tutupp hehehe..Tapiii, aku on satu lampu kat luar huu, sebab aku dok sorang semalam. Pastu tengok cite hantu *The Unborn*, lagilaa seremm nak off semua lampu kan. Lagi satu takut kalau2 ada orang minyak ke, dia wat naye kat aku ke huwaaa (alasannn..).. Kipas dan laptop aku on (ish dah konfius, aku support ke tak Earth Hour nih?hmm).. Anyway, semalam dalam bilik memang bergelap (start dari petang sampai ke tengah malam aku tak on pun lampu bilik). Aku YM dengan my good friend, Fairuz aka Cayam. Dalam gelap aku menaip, inilah yang telah berlaku:



muahahahahahahahahahahahahahahahahhahah.... Gelakkan diri sendiri!!``

Golek-golek aku gelak semalam.. Adeh, itulah akibat duduk dalam gelap. Meraba-raba je aku menaip semalam. TERCURUT.TERCITIR. apolaaaaaaaa....hohohohohohoo...
(Anda tak rasa ia lucu?Takpe, saya rasa huahauahauahauahuauauau)...




---amal: Berjayakah Earth Hour semalam? Tak kot, sebab ada orang macam aku huu~~ ---

The Academy Is


Aku dulu tak menyedari pun kehadiran group ni. Lagu dia pun aku tak pernah dengar dalam radio. Maybe sebab aku jarang dengar radio. Datang adik aku baru aku tau adanya kumpulan ni dan lagu dia. Adik aku minat yang amat dengan vokalis dia (yang muka cam pompuan tu, yelah tu uhu~`)..Hensem la katanya (tapi siyes muka cam pompuan uhuhu~)..
Aku ada dua lagu dari kumpulan ni dalam playlist aku.Not badlah..so sape2 yang nak dengar lagu dorang, silalah donlod ngee~~~



Saturday, March 28, 2009

I Am - Hilary Duff

Atas permintaan seorang sahabat, Cayam Peresz, di bawah ini aku kepilkan lirik lagu I Am nyanyian Hilary Duff (erkk sejak bila aku minat dia nih huhu)..

I'm an angel, I'm a devil
I am sometimes in between
I'm as bad it can get
And good as it can be
Sometimes I'm a million colors
Sometimes I'm black and white
I am all extremes
Try figure me out you never can
There's so many things I am

I am special
I am beautiful
I am wonderful
And powerful
Unstoppable
Sometimes I'm miserable
Sometimes I'm pitiful
But that's so typical of all the things I am

I'm someone filled with self-belief
And haunted by self-doubt
I've got all the answers
I've got nothing figured out
I like to be by myself
I hate to be alone
I'm up and I am down
But that's part of the thrill
Part of the plan
Part of all of the things I am

I am special
I am beautiful
I am wonderful
And powerful
Unstoppable
Sometimes I'm miserable
Sometimes I'm pitiful
But that's so typical of all the things I am

I'm a million contradictions
Sometimes I make no sense
Sometimes I'm perfect
Sometimes I'm a mess
Sometimes I'm not sure who I am

I am special
I am beautiful
I am wonderful
And powerful
Unstoppable
Sometimes I'm miserable
Sometimes I'm pitiful
But that's so typical of all the things I am

I am special
I am beautiful
I am wonderful
And powerful
Unstoppable
Sometimes I'm miserable
Sometimes I'm pitiful
But that's so typical of all the things Iam
Of all the things I am

Sometimes I'm miserable
Sometimes I'm pitiful
But that's so typical of all the things Iam
Of all the things I am



Muat turun lagu ini: Hilary Duff - I Am

MAHAL SUPO BEDIL

Friday Breakfast: Credit to Sharm

Dah dua minggu aku xbercerita pasal Friday Breakfast kan..Semalam turn Sharmilla. Memula hari tu dia cakap nak bawak 'idli' (katanya ramuan sama mcm tosey tapi yg ni dia kukus). Tapi x jadi sebab ada yg xnak, so dia buatla bihun goreng. Bihun tu xpedas sebab ada di kalangan kami yg xmakan pedas. Tapi Sharm ada bawak cili padi dia taruk kicap dalam separate bekas. Aku yang memang suke pedas amikla satu sudu cili tuh..Mak aihhhhhhhh....pedas x bleh blahh...sakit telinga akuu...
Dan consequencesnye beberapa jam selepas itu??CIRIT dan BIRIT.. waaaaa....semalam dekat ofis, memang kerja aku ulang alik ke toilet. Toilet pulak kat luar, aihh nak menapak tu satu keje dah. Berlari2 anak aku nak ke toilet, bimbang tercirit lam seluar hahahaha...(kotor btul alwaniamalini nih)..

Ape2pon, terima kasih Sharm kerana sanggup bangun pagi2 dan masak breakfast untuk kitorang, terima kasih juga untuk cili yang amat pedas ituu..

MyEm0.CoM


Cerita Hari Ini

Cirit biritlah..ape laagi??hehhehe...
Bangun pagi2 dah ke toilet, Toilet pon dah bosan ngn aku huhu..
Pastu tadi kuar gi Kamdar kt Precint Diplomatik (uhuu mcm berhantu je tempat tuh)..
Aku dahle baru bangun time tu (ermm dlm kul 11pg huahua), dgn malasnye mandi dan siap2. Baju pon malas nak iron (berkedut2 xyah cakaplaa), tudung pun pakai yg g ofis semlm.So, dengan selekeh yang mungkin aku pergi. Me mom shopping kain langsir untuk rumah baru, aku plak duduk tercongok atas kerusi sebab perut sakit, kang aku bangun jalan2, prettt huhuhu..So duduk jelah. Alkisahnya kakak aku nk g jln2 lagi..wohoho aku menegah dengan kerasnya, Sebab aku dah x tahan nihhh...Nasib baik lepas tu terus pulang hehehe..Owh tadi pon aku shopping gak (walauponn cirit kan, xde mslh bagikuu eheh)..Beli kain baju kurung, RM10 sepasang,murah kann???Kain bese2 jek. Beli pun sebab dah lama aku xwat baju kurung baru. Asyik pakai yg same jekk g ofis. Dah murah tu, belila kan..

Perbualan aku dengan mak kat Cold Storage,

Mak: Mak nak beli kubis bunge lah..Acu (terjemah: Cuba) tengok brapo (terjemah: berapa) riyal (terjemah: ringgit)?
Aku: RM17.90 mak..
Mak: Hohhhh...bakpo (terjemah: kenapa) mahal benar tuh??ish2, xsmpai satu kilo pon RM17?? Ni beras pulut ni brape ringgit?
Aku: RM1.18 100 gram mak.
Mak: Hah, pahtu kalau sekilo RM11 laaa?? Ish ishh ishh..bakpo mahal benar (terjemah: mahal sangat)nihh..Xleh beli sini nih, barang mahal supo bedil..

Hik2 dah lama x dengar ayat tu..MAHAL SUPO BEDIL...
(terjemah:mahal macam ermm bedil tu maknanya mahal macam senjata/peluru/bom --kan mahal benda2 tuh, so jadilah mahal supo bedil huhu)


MyEm0.CoM


--amal: Barang mahal supo bedil jangan dibeli. Kalau nak jugak beli bedil jelah huhu..--

Thursday, March 26, 2009

Buang Masa

--- L-R: Rosie, Yana, Cayam, ME! ---
Saje nak ltak gmbr ni...promot kawan2 sket haha...
Ada sape2 nak kenal??hehehe...
Adeh, rindu mereka.....................
Rindu jua pada yang lain...
Dan yang di bawah ini tidak ada kena mengena dengan sesiapa sahaja sama ada yang masih hidup atau telah mati,

Satu perbualan:


Aku: Bang, syg pongoh (terjemah: garang) x?

Pumpkin: Emm..

Aku: Hahh, syg pongoh??

Pumpkin: Hah ape dia?Ni tgh tgk cite ni..Bes ni, dia nk pasang bom..Bes ni..

Aku: MyEm0.Com





--amal:Sedang kebosanan. Perlu tidur tapi tidak mengantuk.So??---

Kasih dan Sayang

Last night ayah aku call bagitau one shocking news.

Lebih kurang pukul 10pg semalam, ayah aku panggil kucing2 kesayangan kami untuk makan. Dah memang time dorang makan masa tu. Dah dipanggil datangla Ms. Spark, berlumuran darah!! Ayah cakap, dekat perut, peha, penuh darah merah (ada ke darah hijau?huhu)..Apa lagi, terkejutla ayah. Katanya, perut Spark terbelah, dkat peha tu pun sama. Macam kena benda tajam. Tapi tak tahu dari mana puncanya.

Ayah cepat2 bawak dia pergi klinik. Vet biuskan dia, jahit luka tu. Dah bawak balik umah, sampai ke malam x sedarkan diri lagi. Terbaring, terlopong, mata pon kekadang celik, kadang2 pejam. Kesan dari bius tu lagi kot.

Aku dengar ngeri je rasa. Nasib baik perut dia tak terburai. Dan nasib baik juga dia larat pulang ke rumah. Kalau x, entah2 dia dah mati sebab kehilangan darah yang banyak. And paling penting, Ms. Spark actually tgh pregnant. Sedihnya kalau ape2 jadi kat dia. Spark ni dulu 3 beradik. Spark, Sput, Spek. Dia sekor je betina dalam 3 beradik ni. Sput dengan Spek dah lama mati. Kena langgar kereta. So tinggalla Spark sekor. Dia selalu pegi main kat seberang jalan dari rumah aku. Kat seberang tu, ayah aku tgh buat rumah baru,banyakla zink, lebih2 kat situ. And Spark memang suka main2 kat situ. Aku suspect, perut dia tu terkena zink tu. Mungkin dia lalu terkena ke..Tapi tak taula kan.

Petang tadi adik aku MMS satu gambar.


Kiut kan?????Yang warna hitam tu la Spark. Yang tompok2 tu nama dia Spot. Spot ngn Spark ni ada relation jugakla. Jap aku pikir hehhe..Spark, mak dia nama Anggi. Anggi ada anak lagi nama Motam. So Motam ngn Spark adik beradik. Motam ada anak nama Stoken. So Spark ialah mak sedara Stoken. Stoken ada anak nama Spot. So Spot ialah cucu sedara Spark eh?hahaha ape aku ngarut nih..Tapi tulah relation mereka. Adik aku cakap Spot slalu je datang temankan Spark. Jilat2 Spark..Sweetnyeeeee.....Spot pon tgh pregnant gak tu, 2 yang buncit semacam je perut tu hehe..

Bila aku tengok gambar yang adik aku hantar ni, aku rasa sweet sangat. Tengok, binatang pun pandai berkasih kasihan sesama mereka. Kita manusia ni, even adik beradik pon ada bertelagah sampai x bertegur sapa, bermasam muka dan macam2 lah.. Aku bukan nak kata manusia ni lebih teruk dari binatang, cuma kita fikirlah, kalau haiwan ni pon pndai menunjukkan kasih dan sayang, apelah salahnya, kita manusia yang lebih berakal ni juga merendahkan ego, mengenepikan kebencian, dan menunjukkan kasih sayang. Bukankah kita akan mendapat ganjaran yang terbaekkk punyeee??



Sama2lah kita fikir...





---amal: Saya tengah fikir, sudahkah saya memberikan sepenuh kasih sayang kepada orang yang saya sayang? Adakah mereka merasai kasih sayang saya? ---

no.more.tiada.lagi

huwaaaaaa.....
internet dah kne block lg..
seblom ni dah kne block, pastu dpt balik..aku igt dia nak kasi can dah kt sume org melayari internet dengan jayanya..
now dah xbleh dah..
ni mesti sebab ada terlampau ramai orang mcm aku kat ofis..
buat kerja2 laghoo hahahha..
adeii sedih2..
so,no more g talk, no more friendster(well i don't really log in into it here),
no more shoutmix kat blog aku nih..nampaknya kat rumah jela bleh..
kat sini, kirim salammm...huwaaaaaaaa......



---amal: *speechless*

Wednesday, March 25, 2009

Kesengalan Di Dalam Kegembiraan

::pumpkin.and.me::


"Abang, hari ni genap 1 tahun 6 bulan kita bersama. Terima kasih bang sebab sentiasa bersama sayang, menyayangi sayang. Sayang sayang abang sangat2.."
Romantik kan aku?Bungee2 kan ayat aku eheheh...
" Ow ye, dah setahun setengah hubungan kita ye. Luv u sayang."
Lelaki.'Romantik'nyeeeeeee.....
"A'ah, dah setahun setengah. Takde ucapan ke?hehehe.."
X malu kan aku hahaha..
"Selamat menyambut ulang tahun ke setahun setengah perhubungan kita hehe, moga kukuh buat selama-lamanya. Luv u sayang"
Tersenyum lebar baca ayat2 mypumpkin nih. Kesian dia dpt awek mcm aku haha
"Kali ni xde tingkatkan prestasi eh?hehe..Semoga berkekalan hingga ke akhir hayat, aminn..Saayang abang sangat sangat sangat.."
Kalau dulu, dia slalu ckp, tingkatkan prestasi,kali ni xde plak..
"And abang nak anak 4 orang hehe.."
hahahahahah..kesengalan yang nyata...
"Hahahaha...4 je bangg? Sayang nak 5 hehe.."
Dan aku turut menyertai kesengalannya..
"Bleh2, harta tu.."
Itu yang dia selalu ungkapkan pada aku. Aku yakin, he's goin 2 be a great daddy ecehh..
"Nanti kita buat anak ye heheh.."
Itu ungkapan aku. Petanda x sabar nak jadi mak budak hahaha..
---amal: Ada sape2 nak muntah dengan entry kali ini? Silakan2.. --

Tuesday, March 24, 2009

Peace y'all..


Kawan2, jangan kita bergaduh........jangan kita bermasam muka...jangan kita bertegang lidah....
Sama2lah kita muhasabah diri...kita fikir secara terbuka..kita fikir positif..kita kan dah lama berkawan..buangkanlah perasaan benci..hapuskanlah hasad dengki....tinggalkan prasangka buruk...xpenat ke membenci orang?x penat ke membenci sikap orang? apa kebaikannya???apalah salahnya kalau kita belajar, kita ambil iktibar daripada apa yang kita tidak suka itu..apa salahnya juga kalau kita cuba menerima dia seadanya dia..mungkin itu cara dia. mungkin itu sikap dia. suka atau tidak, dialah sahabat kita, ketika suka dan duka.
Nak menegur sikap dia, mungkin sukar. Ada orang boleh menerima sebarang teguran. Ada orang langsung tidak boleh. Tegur sikit, dah melenting. Ada orang, katanya, "tegurlah saya, saya menerima segala teguran." Tapi bila dah ditegur, wahhh,melentingnya mengalahkan orang yg tidak boleh menerima teguran td. Jadi, untuk keselamatan diri tak usahla kita tegur. Tak usahla kita jolok sarang tebuan itu. Biarlah dia sendiri yang muhasabah diri, mengenali diri sendiri.
Kawan2,berkawan, biarlah seribu..berkawan pula janganlah sekadar untuk menerima. cubalah untuk memberi. Nikmatnya, hasilnya dan kemanisan bersahabat itu pasti berganda2.. Apabila berkawan, kita perlu berani, kreatif, memandang ke hadapan. Janganlah kita mengharapkan sebelah pihak sahaja. Kita cubalah mendekatkan diri dengan mereka. Cuba menyelami minat mereka. Cuba jadi sebahagian daripada hidup mereka. Ketepikan diri buat seketika. Kawan, buat baik dibalas baik. Buat jahat, paham2lah sndiri. Sanggupkah kita hidup bersendirian? Jangan terlalu pentingkan diri. Tak kemana2 kita nanti..
Aku penat sebenarnya. Penat menjadi hipokrit. Penat menjadi seorang yang talam dua muka. Penat melayan kerenah orang. Penat menipu orang dan penat menipu diri sendiri. Aku dah muak, sudah jelak dengan semua ini. Aku nak jadi neutral. Tidak memihak kepada sesiapa. Biarlah orang itu mengerti sendiri apa silapnya, biarlah orang itu menilai sendiri dirinya. Dan aku terima dia seadanya. Dulu, sekarang dan sampai bila2. Kerana dia kawan aku. Apa jua kesilapan dia pada aku, aku maafkan. Aku dah x ingat dan aku dah tak nak fikir lagi. Apa jua kesilapan aku pada dia, aku harapkan yang sama. Agar dia memaafkan aku dan tidak sekadar di situ..tidak sekadar memaafkan tapi juga menerima aku seadanya aku.
Kepada semua kawanku, rakan seperjuanganku, tulang belakang aku, terima kasih kerana sentiasa bersama aku. Waktu susah dan waktu senang. Aku hargai setiap pertolongan korang dan setiap detik dan saat kita bersama. Sesungguhnya semua itu sangatlah berharga. Tidak boleh ditukar ganti dan tidak boleh dijual beli. Hampir 3 tahun lebih kita berkawan..Macam2 kita dah kongsi.. Sayangilah persahabatan ini...Dan, aku sayang kamu semua...............
--amal: xnak dengki dengan orang, nanti diri sendiri yang rugi --

Monday, March 23, 2009

Do Your Own Mosquito Trap

Lately, kes denggi di negara kita makin menjadi2.. Latest report (boleh baca di sini) daripada Kementerian Kesihatan menyatakan sejumlah 1134 kes denggi telah dilaporkan. Paling tinggi adalah di Selangor dan Kuala Lumpur.

Last Friday aku pegi UPM pon dorang ada wat acara fogging besar besaran. Mungkin dah ada student yg kena denggi. Memang masa aku tido di sana pon, tido aku terganggu dengan bunyi nyamuk yang lalu lalang di tepi telinga aku. Kat rumah aku di Putrajaya ni pun selalu jugak Pejabat Kesihatan datang buat fogging. Nyamuk makin banyak, maklumlah sekarang petang2 selalu hujan. Air pun banyak bertakung, dalam longkang yang tersumbat, dalam lubang2, dan dalam bekas2 kosong. Kita kadang2 xsedar pon yang air dalam bekas, lubang dan longkang tu boleh jadi tempat pembiakan nyamuk.

Hari ni, one of my colleagues forwarded to me one very interesting email on how to built our own mosquito trap. Mudah je (pada mata kasarla hehe). It's just a mix of water, brown sugar and yeast (kita bukan nak buat roti ye puaann2)..
Bahan-bahan yang diperlukan ialah, botol plastik, yis, brown sugar atau gula perang dalam Bahasa Melayunya (nape tidak dipanggil Blonde sugar ye??huhu)pisau,air panas dan plastik hitam.
Cara-caranya adalah seperti berikut:


Langkah 1
Cut a plastic bottle in half, keep both parts.


Langkah 2
Dissolve the brown sugar in hot water. Biarkan ia sejuk sehingga mencapai suhu 70 degrees Fahrenheit atau 21.1 degree Celcius.


Langkah 3
Apabila campuran brown sugar dan air panas tadi sudah menepati suhu yang ditetapkan, masukkan pula yis ke dalamnya.Carbon dioxide will form. (This will attract the mosquitos).

Langkah 4
Masukkan semua bahan2 campuran itu tadi ke dalam bahagian bawah botol. Kemudian, ambil bhgian atas botol itu pula untuk menutupnya (rujuk gambar kelima).

Langkah 5
Cover the bottle with a dark wrap.

Langkah 6
Letakkan botol itu di sudut rumah anda atau di mana saja anda syaki merupakan tempat pembiakan nyamuk.


Dalam masa 2 minggu, you will be surprised to see this:

-- Hohh~~ ini ternak nyamuk namanya ni.. --

Anda cubalah sendiri di rumah, kita tengok btul2 jadi tak kaedah ni...Sape2 yang wat bgtau aku ye..(Aku nk wat sndiri xtau bile laa hahaha)

--amal: JANGAN CONTOHI alwaniamalini. DIA PANDAI SURUH ORANG BUAT TAPI DIA SENDIRI TAK BUAT. DIALAH CONTOH AHLI MASYARAKAT YANG TIDAK MENGENAL UNTUNG DAN RUGI. (ahh apekah???)

Sunday, March 22, 2009

Acu try test..


Nak buat jugak? Klik sini (tq AkuSape)
--amal: mood masih mcm ni MyEm0.CoM

Mood Hari Ini

MyEm0.CoM




MyEm0.CoM




MyEm0.CoM




MyEm0.CoM




MyEm0.CoM




MyEm0.CoM






Sekian, terima kasih.

Saturday, March 21, 2009

Derak.Lepak.Gosip

Ahad (15032009) hingga Selasa (17032009)

Aku pulang ke kampung halaman. Bercuti selama 2 hari 1 malam di Pantai Melawi, Bachok walaupun hujan 2 hari berturut2. Menginap di chalet yang tidakla mewah tapi cukup selesa. Aku mandi laut setelah berapa lama entah x mandi laut. Seronok! Orang pon xde (masa tu hujan, sape nak dtg mandi?hhu), so, pantai tu macam kami yang punyaa hehe..Kisah paling hebat ketika percutian itu ialah my lovely hp jatuh dalam air laut huhuh...Dia pon nak join mandi agaknya. Aku sengaja bawak hp pd hari kedua tu, nak amik gmbr anak buah.masa tu hujan rintik2, aku pon xberniat nak mandi sebab hari pertama dah mandi dengan besnya. Then, ada satu batang pokok kelapa dihanyutkan air, so aku pon dudukla atas tu. Ombak memangla smpai ke tempat aku duduk tu, tapi xdela kuat sgt. Dah syok2 duduk, amik gambar tiba2, datang ombak besar menghempas batang kelapa tu, ape laagiii...jatuh tergolek aku. Masa tu tangan tengah pegang hp, dah terselam sekali la. Bangun je dari air, cepat2 aku off kan hp, balik chalet, aku telanjangkan hp aku tu, bukak semua..2 jam aku biarkan dia bawah kipas. Bila dah on, hp aku hidup macam biasa (Alhamdulillah..) namun, sound dia out! Bunyi yang keluar macam radio buruk yang dah rosak je huhu sedihh...jadi petang tu hantar gi servis, kenala RM40. Tak kisahlah, janji hp aku ok huhu..


--- Abang aku, Dili merangkap ikan jaws pada hari tu, suka sangat kacau Hafiy (blue shirt) ---


--- Anak sedara tercomel (mcm Makcik dorang), L-R: Hafiy, Hanin, Alia ---


Rabu (18032009)
Dating dengan ex rumet, Tatiana. Dah lama sebenarnya nak keluar dengan dia, kalau x silap aku, aku janji nak keluar dengan dia dari awal tahun ni lagi. Tapi x pernah ada masa. Sama ada aku yang sibuk ataupun dia yang x ada masa. So, Rabu hari tu, aku janji dengan dia lagi and kali ni janji ditepati. Lepas balik keje kul 3, aku pergi amik dia kat kolej. Dia nak pegi kedai cenderahati, nak beli hadiah untuk dinner floor, so aku bawakla dia pergi Serdang tu. Shopping2, then, kami ke Alamanda. Dia nak sangat makan Big Apple Donuts tuh, so aku bawakla. Pegi jauh2, walhal dkat The Mines pun ada Big Donuts hehe..Macam2 ceritalah yang dia sampaikan pada aku especially mengenai gosip2 terbaru di kolej. Updated la sikit aku, walaupun cerita tu sebenarnya dah lapuk huhu.. Then, maghrib aku hantar dia balik. Aku tak terus balik, tapi aku gi jumpa dengan Fairuz, Yana, Rosie..lepak2 jap (aku memang suka lepak kat sana hehe).Dan semestinya, sambung bergosip lagi lalalalala~~


--- Ini Tatiana.Roomate paling sengal ---


--- Ini kerja Yana.Fairuz.Rosie. ---


Jumaat (20032009)
Derak (terjemah: Jalan-jalan) lagi. Lepas keje aku gi UPM bertemu sape lagi kan hhe, Fairuz, Yana dan Rosie. Aku ajak dorang makan Nasi Lemak Tasik. Pukul 8 mlm, kitorang gerak. Puhh bess nasi lemak tuh, mmakan hingga menjilat jari...Then aku ajak dorang gi Putrajaya. Mula2 ingat nak tunjuk dorang opis aku kat Cyberjaya tapi boleh pulak aku tersalah jalan. Termasuk jalan nak ke Masjid Putrajaya. Dah sampai situ, lepak kat situ jelah. Lepak, snap2 gambar, posing2 sakan sampaila pukul 11.30mlm. Aku hantar dorang balik, 11.45mlm aku pusing balik ke Putrajaya dan 12 tengah malam selamat sampai.


-- ateh.anje.ucu.anne---
(Photo credit to Yana)



Sabtu (21032009)
Cirit dan cirit dan cirit lagi..
Adakah ini penangan Nasi Lemak Tasik???huwaaaaaaa.....







--amal: derak+lepak+gosip = MY BEAUTIFUL LIFE

Friday, March 20, 2009

Jom Derma Dara..hhh..

Hari ini bertempat di Galeri Plaza FSBM, Jalan Teknokrat 7, Cyberjaya, Selangor, akan berlangsung Kempen Derma Darah anjuran Wolter Kluwer ESP Sdn Bhd dan FSBM. Acara ini akan bermula dari pukul 9.30pg hingga 4.00ptg. Jadi datangla beramai2 ke sini........


Aku sibuk2 buat announcement ni, aku sendiri tidak akan melangkahkan kaki ke sana huahua..Huiii takutlaa aku nak derma darah...aku fobia dengan darah mungkin..pastu mungkin aku rasa gerun mengingatkan keadaan aku selepas menderma darah.mungkinkah aku akan pening2? mungkinkah aku akan pitam?? air kotak soya dan kek buah tidak akan mampu menyelamatkan aku...aku ni badan je besarrrr... tapi nak kena suntik dengan jarum yg kecikkk tuu, aku x sangguplaaaaa...

Kat bawah ni ada sedikit fakta menarik mengenai derma darah...

  • Only 5 percent of eligible donors across the nation donate blood, but the number of transfusions nationwide increases by 9 percent every year.

  • Blood donors can donate as frequently as every 56 days. A benefit from donating this often is that you receive a mini-physical once every two months.

  • Each whole blood donation can help as many as three people. One unit is divided into three parts: red blood cells, platelets, and plasma.

  • Whole blood donation only takes approximately 45 to 60 minutes.

  • On average, a hip replacement typically uses one unit of blood, a cardiac bypass 2 units, a heart transplant 2 units, and a liver transplant 10 units!

  • The need for blood increases during holidays and summer months. People are more apt to be traveling and active during these times and thus are at an increased risk for accidents.

  • Statistics show that 25 percent or more of us will require blood at least once in our lifetime.

  • You burn about 650 calories by donating one pint of blood.

Fakta terakhir tu membuktikan yang menderma darah tidak menyebabkan kegemukan because i've heard a lot of people saying, "Kalo ko derma darah kan, tak lama pastu mesti ko gemuk..selera makan ko jadi bertambah2..betulll..." Cett tipuu..padahal nafsu makan dia yg lebih2, nk cakap org pulekkk..

--amal: Pergilah derma darah..tapii..jgn ajak aku hehehe.. (cett aku pon same..pandai suruh org, tp sndiri xmau pegii..)---

Ini Cerita Semalam..

Assalamualaikum semua...



Rasa macam nak bercerita tentang semalam sebab semalam saya telah melakukan sesuatu yang di luar jangkaan saya..



Apakah yang telah berlaku?






Semalam dalam sejarah, saya telah menonton filem ini:








ammmmaaaaaa!!!~~ besss woo cite nih hahaha...


Alkisahnya, aku kebosanan semalam..maklumlah duduk rumah sorang2..nak melayari internet je rasa macam bosan jugak, so aku pun keluar dari bwah tempurung dan menonton tv. Aku ni jarang2 tengok tv sebabnya kalau my niece n nephew ada kat rumah, dorang yang conquer tv. Jadi, aku gunakanlah peluang duduk sorang ni dengan sepenuhnya.

TV pulak cite bosan2..TV3 999, bosaaannn..aku x suka tgk cerita realiti bunuh membunuh nih..tukar TV2, drama Melayu..layan jugakla kejap, pastu bosan lagi. Tukar 104, Macam2 Aznil, tgh bergelek2, iskk x kose makk nk tgk lama2..Kemudian dah terlampau bosan kot nih,aku tukarla channel 202..Yang sebenarnya, aku tukar channel tu sebab mypumpkin adalah peminat setia filem Tamil. Serius.Minat gila.Kadang2 tengah mesej pun dia bleh cakap nak stop jap, sbb nak bagi full concentration pada filem yg sedang ditonton.Serius. Jadi, dikuatkan dengan pengaruh daripada mypumpkin, aku sajela try test dan TIBA-TIBA aku terlayanla cite ni.. PAANDI tajuknya.. Cerita dia menarik, kelakar gile, aku gelak sekuat-kuatnya, dan penuh emosi jugak kadang2..

Walaubagaimanapun, aku tak tengok habis cite ni semalam sebabnya mypumpkin called pastu aku terus terlena lepas bercakap dengan dia..suaranya bagaikan lullaby di telinga kuu hikhik (gediknyessss)...



--amal: Bangun pagi ni, rasa macam ada satu ketidakpuasan di dalam hati... Aku nak tengok PAANDI lg.. hmmphh terpaksalah cari kat You Tube hehheheehhehehe..... ---

Thursday, March 19, 2009

Keje orang malas...

Assalamualaikum...

Wahhh..rasa macam dah lama blog ni x dikemaskini..Pasti anda semua rindu sy kan (oh perasannya saya hari ini)..

What i've been doing lately? Banyak sebenarnya..Last Saturday, aku balik Kelantan. Aku cuma dapat luangkan masa selama 2 hari bersama keluarga tercinta. I'll post an entry bout what I've been doing there (sooner or maybe later hehe)..

Kemudian, Rabu, kembali bertugas. Malasnya aku nak memulakan kerja (maybe aku kurang enjoy+kurang suka kerja itu???).. Nak bangun pukul 4pg pada hari Rabu tu, adui liat sungguh. Kena plak aku dok umah sorang2 (Kakak aku masih di kampung)..Malam Rabu tu rasa macam nyaman je tido, dgn sejuknye mlm tu..aihh dugaan2.. Namun, demi tugas, dan tidak mahu dilabel sebagai pekerja kuang ajo, dengan rasa penuh bertanggungjawab aku pergi jugak keje...

Malangnya aku, dah berada di tempat kerja yg sgt kusayangi itu, pelbagai dugaan lagi yg datang menduga kesabaran dan ketabahan aku.. Semenjak kebelakangan ni, selalu sangat aku ditegur, dimarahi..pendek cite, sume benda yg aku buat, semuanya salah. Semuanya tak kena. Memang ada yg disebabkan kesalahan aku sendiri, tp ada juga yg aku rasa aku langsung tidak bersalah. Entahlah...malas nak pikir2 sangat.Aku jadikan semua ini sebagai pengalaman. Ini pengalaman yang aku dapat kutip dalam dunia pekerjaan ni. Aku terima semua teguran dengan positif dan aku akan perbaiki setiap kesalahan aku...(walaupon aku sebnanye sedang berkira2 nk tukar kerja hihi)...

Malaslah nak taip panjang2....Saya ada snap picture kat opis tadi (punyelaaaa malas wat keje kan, mmg patut kne mrh ni)..Saje jela nak tunjuk kat sume org tpt keje aku nih..Pastu td ada meeting ngn our Regional CEO..hihi pekeja baik cam aku ni mestila xmenumpukan perhatian kan hehe..so aku snap2 la pic..tengok2lah..


-- Ini kakak Timah, rakan sekutu aku --

-- Ini pulak our Graphic Master, Praba Obama.Ceh kunun nk lrg aku amik gmbr la tu, pdhal dia seblom tu pon dok snap2 gmbr jugek..Hah seblah dia tu tgh siokk tido tuh hikhik --


--- Yang tgh brucap tu our Regional CEO, tah ape dia ckp smpai gigit2 jari org dpan aku nih (identiti terpaksa dirahsiakan) ---


--- Mr. CEO tgh berucap mengenai misi, visi, dan kejayaan company pada tahun 2008 (meleleh air liur basi aku mendengarnya) ---


--- Inilah reban di mana aku wat keje hari2 ---


--- Ini staff tag saye..lupa bwk benda nih, xleh masuk opisla saya huhu---

Sunday, March 15, 2009

Live from Kampung Kota, Kelantan

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua =)

Aku kini berada di kampung yang tercinta, bercuti selama 3 hari. Naik bas pukul 9.30mlm semalam dan sampai pada pukul 5.00pg tadi..

Hari ini dalam sejarah, sesampainya di rumah, aku tak tido. Sebaliknya aku tolong2 tengok mak aku wat keje kat dapur (tgk je ye) sambil sembang2. Biasanya kalo dah smpai seblom subuh, aku sure akn tido smpaila ke Zohor. Tapi hari ni, akulah anak dara contoh hihi...

Awal2 pagi, aku bukak laptop, nak test tgk cane line tenet kat umah ni. Aku xmenaruh hrpn tggi speed internet kat kampung ni laju sbb, line Maxis kat umah ni bukan penuh pon. 2, 3 bar je..Celcom pon same..Kakak aku cakap, kekadang Celcom mlm2 xde line (aku stat runsing, cane nk msg2 ngn mypumpkin nehh huhu)..

Berbalik kepada line internet td, huhhhh....(Sila rjuk attachment di bwh knape aku mengeluh).




Punyelaaa slowwwwww.......nk load page pon punyelaa susah..penat aku nk tekan refresh byk2 kali. Nak login YM, harammmm....Gtalk aku pon bape kali tah DC..nk bukak blog,lagilaa..ni nk publish entry ni pn blom tntu dpt nih..Aku agak kuciwa jugak sbb xleh nk baca blog member2 n beberapa blog yg mmg aku suka baca..Sabar jelah aihh~

Ape2hal pon, aku akan cuba menempuhi segala rintangan untuk mengupdate blog tahape2 nih..Dengan sokongan anda semua, saya akan terus berusahaaa!!!!... (Dahh2..dah stat ngarut dah)..

Baiklah, sehingga jumpa lagii......


---amal: nak gi pantai hari ni..tapi hujan xhenti2. macamanakahhh?? hmmphhh..---

Friday, March 13, 2009

FRIDAY BREAKFAST - Credit to Raymond

Today's breakfast, menunya ialah Nasi Goreng Kampung dan sambal belacan pedas menyengat dan juga sandwich sardin...Thanx to Raymond for providing us the breakfast today...aku cukup kenyang, smpai nak lunch pon xlarat..Tapi itu tak bermakna aku xamik lunch hari nii..(mana blehh,alwaniamalini kan ske makan..)..

Takde gmbr untuk post breakfast hari ini sebabnya, xde sape pon yg snap2 picture..mungkin terlalu siokk makan nasi goreng kmpung dgn sambal belashann yg pedass, enak menjilat jari..Aku xsnap2 sbb, satu, ye aku terlalu asyik mengisi perut, dan dua, terlalu banyak yg aku fikirkan hari ini. Terlalu byk benda yg bermain di dalam fikiran aku..Sampaikan nak kuarkan kamera amik gmbr pon lupa..

Ape2pon, perut sy ingin mengucapkan berbanyak2 terima kasihh kepada incik Raymond selaku pengerusi breakfast kali ini dan x lupa juga kpada incik Jason, kerana belanja perut saya lunch hr ni..yummyyy2..



---amal: Baru sedar, hari ni xkuarkan duit untuk mkn..nasib baekkk,kerna sy mmg xdak duit huahua...

Thursday, March 12, 2009

Bizarre Facts - Did you know??

I was browsing the net and i found this web, sharing the bizarre (not so bizarre) and useless (not that useless) facts.. Well, hanya untuk menambahkan pengetahuan kan, so tak salah kalo membaca dan mengetahui (dripada membuang masa (dan tenaga mungkin hoho) menonton **tooott** kann??).. Ada banyak kategori fakta yang dikongsi di web tersebut. Hari ni aku rasa macam nak berkongsi fakta mengenai haiwan yg berkongsi hidup dengan kita di atas muka bumi ini. Fakta yang mungkin kita tahu, dan mungkin juga kita tak pernah tahu. There are thousands of facts in the website, tapi aku pilih 10 yang terbaik untuk dikongsikan bersama anda semuaaa...




Did you know...

A female ferret can die if she goes into heat and cannot find a mate.



amal:hoho..ni kes bahaya nih..xleh hidup kalo xde jantan wahh huhu


Did you know...



A slug has four noses.




amal: Dia ada 4 hidung,bermakna dia bleh hidu 4 bau serentak ke?huhu


Did you know...


A turtle can breathe through its butt.




amal: Jadi turtle xkan ada masalah sukar bernafas apabila selsema, kerana dia ada alternatif len slain hidung ngehh2..

Did you know...
Chocolate effects a dogs heart and nervous system, a few ounces enough to kill a small sized dog.




amal: Jgn bg anjing mkn coklatlah,nnt dia demam..sian dia..

Did you know...


During WWII, Americans tried to train bats to drop bombs.





amal: Macam2 dunia ni kan, nak berperang,nak bunuh org, sanggup train kelawar untuk drop bomb....nak drop sndiri takutttt....


Did you know...


Giraffes can't cough.






amal: I wonder why giraffe cannot cough..any scientific proof for this??



Did you know...

In a test performed by Canadian scientists, using various different styles of music, it was determined that chickens lay the most eggs when pop music was played.



amal: ahahaha..msti masa bertelur,ayam tu ske nyanyi lgu "I like to move it..move it.."adeilaa..

Did you know...
March 14 is "Save a spider day."







amal: Esok kita ramai2 selamatkan spider yeee...


Did you know...
Minnows have teeth in their throat.




amal: I wonder gigi tu untuk ape?kat dlm throat baru dorang kunyah ke ape?


Did you know...
Mongooses were brought to Hawaii to kill rats. This plan failed because rats are nocturnal while the mongoose hunts during the day.


amal: adoii..wat rugi je dorang eksport natam ni ke Hawaii..



Did you know...


The Giant cricket of Africa enjoys eating human hair.










amal: haha..sape2 yg rasa rambut cam makin kurang je, tapi xtau nape, rmbut anda mungkin telah dimakan oleh giant cricket nih

Tahniah Adila Amilin!!!!


Assalamualaikum dan salam sejahtera semua...


Hari ini dengan rasminya keputusan Sijil Pelajaran Malaysia 2008 dikeluarkan..Sure ramai budak SPM thn lepas berdebar2 kan dan mungkin debaran tu dah hilang sebab dah tau result..

Adik aku (namanya tertera di atas) adalah salah seorang yang berdebar2 (semenjak sehari lps abis exam lg) dan sekarang sudah hilang mungkin debaran dia...


Nak tauu..Makcik ni semalam punyela takut, siap call aku,nanges2 (manja sungguhhh...) hehe..

(Ni kalo dia tau aku ngate dia ni, nahas akuu hehe..)


Dan apakah keputusannyeeee??????


Dia memperolehi, 2 A1, 2 A2, 2 B3, 2 B4 dan 1 C6 (Overallnye, 4A, 4B dan 1C lah..)


Wah, terkejut jugak aku ehehe...Dia sangat hebat (tengok kakak dia la kn hekkhekk)..

Result dia mungkin dipandang sebagai xseberapa..x cemerlang mungkin bagi sesetengah orang. Tapi aku cukup bangga dengan dia. Aku tahu setakat mana kemampuan dia..Aku tahu apa yang dia perolehi ni sudah lebih daripada kemampuan dia..Dia tahu dia lemah, jadi dia berusaha bersungguh2. Aku tengok sendiri macamana dia berusaha..Dan inilah hasil usaha dia. AKU SANGAT BANGGA DENGAN DIA...

Org kata kami kembar, kembar siang dan malam (if u get what i mean) hihi



--- amal:

Laling,

You have done the best and what you get today is actually beyond your own expectations kan?? Xkisahla ada certain subject u think u should get better. Yang penting, Laling dah wat yg terbaik dulu dan inilah hasilnya, baekk punyeeee...I am soo proud of you... (Terima kasih kerana mencontohi Kak Wani..wahhhh nak jugakkk hahaha)..

---

Mother will be mother

Mother will always be mother, risking her own life to save her kid...The pictures show it all...








*TQ Jacq for forwarding this to me*

--- Amal: Sedangkan binatang sayangkan anaknya ---

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...