Thursday, December 17, 2009

Syoknye Holiday @ Lumut - Day 2

Oh, sebelum masuk day 2, after balik dari Teluk Batik petang day 1 tu, kitorang pergi makan kat restoran RTM - Restoran Teluk Muroh. Makan tom yam, kangkung belacan, ayam goreng kunyit and fave dish mypumpkin - daging rusa black pepper. And yes, mypumpkin belanje :D Sementara tunggu makanan sampai and also masa makan, macam-macam akak aku tanya mypumpkin. First time jumpa kan. Macam-macam bendala nak tau. Macam tengah interview pun ada gak. Mupumpkin cuak-cuak je hihih.. Relax relax dahleeee... But mypumpkin ni easy going and banyak cakap serta suka bercerita. Orang tanya sepatah, dia cerita panjang berjela. So, okla tu. Harap-harap, akak aku luluskanla dia ehehehehehe...

Anyway, back to cerita Day 2........

Bangun seawal 8.30 pagi (awal kerr..).. Turun breakfast di kafe hotel. Kitorang dapat 3 voucher breakfast untuk 3 orang adult. So, untuk Khalis & Hanin, terpaksala bayar tambah. RM12 seorang. Rasa cam mahal je sebab budak-budak ni bukan makan pun. Menu dia, baked beans, bihun goreng, sosej, telur mata kerbau, roti with jem, butter, bubur nasik, mi kari, buah2..not badla..makan kenyang-kenyang.

Selesai makan, kitorang pergi ke Marina Water Park yang kat sebelah tu je. Bayaran masuk aku tak berapa sure cuma yang pasti kalau ada key card hotel Marina Cove tu, dapat diskaun 30%. Tak brapa nak sure sebab akak aku yang bayar sume heheh..Kalau tak silapla, total bayar RM36. So dalam RM7++ sorang. Then, sewa pelampung RM3 sejam. Deposit RM10 untuk 2 pelampung.


Air masin
Park ni ada dua bahagian. Sebelah untuk kids and air pun air klorin. Sejuk wooo.. Sebelah lagi air masin. Airnya pun agak dalam. Kids boleh masuk tapi eloknye kena ada pelampung. Water park ni biasa-biasa je, xde slide tinggi-tinggi macam kat Sunway Lagoon tu..





Air klorin


Aku berendam jugakla. Sampai terbakar habis kulit dan jari jemari juga kecut-kecut huhuhu...

Day 2 kami makan tengahari di Restoran Silaturrahim ni. Mypumpkin ni biasa makan kat sini. Pekerja kedai pun dah kenal dengan dia. Sama macam kat Restoran Teluk Muroh tu. Orang kenal dia jugak. Cam famous je dia ye eheheh.. Restoran ni buka untuk makan tengahari je. Banyak jugak lauk pauk, dan yang paling best ada banyak jenis ulam.. Makan sampai kenyang, cos mypumpkin belanja lagi ;)



Then, kitorang gerak ke Pulau Pangkor. Weeee..ini yang aku nanti-nantikan. Dah lama teringin nak ke sini.


Jeti Lumut


Tambang ke Pangkor murah je. Pegi balik, RM 10 untuk dewasa dan RM5 untuk kanak-kanak. Takla mahal macam nak ke Langkawi :) Maybe sebab dekat. Dalam 30 minit.


Hanin first time naik feri

Feri ni akan berhenti di 2 jeti. Jeti pertama ialah jeti penduduk kampung Pangkor. Biasanya yang duduk kat sini ni nelayan. Jeti kedua ni la baru jeti ke Pangkor tempat jalan-jalan tu. Mupumpkin suggest kitorang pergi ke Teluk Nipah sebab katanya nila satu-satunye tempat yang agak happening di Pulau Pangkor ni.

Dari Jeti Pangkor nak ke Teluk Nipah kitorang naik van pink ni. Bayar RM2 seorang.



Teluk Nipah memang sangat happening. Orang sangat ramai. Pelancong tempatan, pelancong asing sama ramai. Kat sini ada banyak gerai yang menjual souvenir, gerai makanan.. Chalet pun banyak. Sebab tula tempat ni happening.


Souvenir yang macam-macam dan murah juge


T-shirt pun ado




Banyak jugak water activity yang boleh dibuat kat sini. Banana boat..jet ski..boat trip (pusing-pusing pulau), snorkelling etc..


Makan ABC..sedap!

Kitorang pulang dari Pangkor dah maghrib dah pun.. After solat maghrib, kitorang kuar makan kat restoran yang bagi aku agak pelik namanya. Restoran Kerangkaian Ikan Bakar. Restoran ni terletak di tepi jalan nak ke Manjung. Baru sebulan dibuka. Ramai jugak yang makan kat sini. Ada banyak jenis ikan boleh dipilih. Kitorang tak makan ikan bakar malam tu. Just order masakan panas.


Ada ikan besar tergantung dalam restoran tu


Aku order mi kungfu. Erm, bolehla, cuma a bit salty.

Then, makan kerang bakar. Yummehhhh!



Dah kenyang-kenyang makan, mata dah mengantuk. Serius, aku sangat mengantuk! Ingat nak balik tido je. But then, mypumpkin ajak pegi jalan-jalan lagi. Kali ni kitorang pegi kat Marina Wing or Yacht Club..



Ramai jugak orang lepak-lepak kat situ. Aku masa tu dah tak excited mana dah. Ngantuk! Penat sebab seharian berjalan. Penat sampaikan mypumpkin gelakkan aku sebab aku bercakap tapi mata pejam. Adei, aku pon tak sedar apa yang aku dah cakap...malu malu.. Balik hotel memang aku terus terbongkang atas katil...



Day 2 even more tiring but very enjoyable! 

7 comments:

  1. sabar je lah tgk org g bercuti. aku yg coti2 ni dok umah jek

    ReplyDelete
  2. btw
    Vote For Me

    http://www.broframestone.com/2009/12/bfundi-bloggers-dengan-broframestone/

    Thanks so much
    hehe
    xD

    ReplyDelete
  3. si tedi,

    p la jalan2..jangan dok umah je. rugi cuti!

    ReplyDelete
  4. eazy,

    hehe best2..ape lagi, p la jalan2 gak

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...