Wednesday, December 16, 2009

Syoknye Holiday @ Lumut - Day 1

*Ini cerita long weekend haritu. Baru ada masa nak bercerita ;)*

Plan untuk bercuti datang dari kakak aku. Tetiba je dia ajak, 'jom cuti!' Aku pun seronokla kan. Akak aku nak pegi pantai. Kids pun very excited. Siap dah beli topi masing-masing. Aku pun suggestla kitorang pegi Teluk Batik. Why Teluk Batik? Why not PD ke.. Morib ke...(ape lagi pantai yang dekat dengan Putrajaya ni??) Well, I chose Teluk Batik, satu sebabnya mypumpkin kat sane (hihi) dua, aku teringin sangat-sangat nak ke Pangkor. Serius! Advantage ada mypumpkin kat sana, dia tolong book kan hotel untuk kitorang and dapatkan special rate for government servant. Aku n my sis dua-dua keje private. So, terpaksala gunakan mypumpkin muehehehe.. Another advantage is, dia tau kat mana tempat nak makan, nak jalan-jalan etc etc.. Memang untungla aku rasa bila kita melancong ke tempat yang ada orang kita kenal.

Bertolak pada pagi Jumaat. Tepat-tepat jam 8 pagi kitorang gerak. Jalan pun smooth je. Maybe sebab orang Selangor je yang cuti. KL, Putrajaya kerja. Highway pun tak sesak tho banyak kereta.



Sayelah driver hari tersebut..



weehuu..masa ni memang x sabo sabo nak sampai ke Lumut eheh..



See see.. highway sangat lengang. Saya pun memecut dengan berhemahnye di lane tengah :D


Keluar dari exit Bidor, terus masuk ke jalan raya biasa. Cuak-cuak gak nak drive sebab jalan sempit and lori pun banyak. Aku ni pemandu baru. Tak sampai setahun pun lagi drive. Memang rasa mencabar jugakla drive hari tu. Tapi, alhamdulillah, semuanya selamat. Jalan nak ke Lumut memang best. Pemandangan yang sangat indah....













Jam 12.00 tengahari kami selamat sampai ke Lumut.. Mypumpkin tunggu kitorang kat Stesen Bas, Hentian Raja Muda Musa, Lumut.. *hepi gile dapat tengok dia. Dah lama x jumpee :D*



Malam-malam lagi cantik ni....

Dari stesen bas tu kitorang terus ke hotel tempat kitorang akan menginap. Marina Cove Resort. Terletak jauh sket je dari bandar Lumut tapi sangat dekat dengan Teluk Batik.




Bilik kat sini not bad la. Kalau nak duduk 2 malam bagi aku kira berbaloila. Dahla sangat dekat dengan Teluk Batik. Hari-hari nak mandi pun boleh.. Tapi kat sini aku rasa masalah dia kurang tempat parking. Berebut jugak kitorang dengan parking ni. Sampaikan terpaksa parking tepi jalan. So, untuk senang, kitorang parking je Myvi then keluar jalan-jalan naik kereta mypumpkin.Senangg....

Oh, sebelah Marina Cove Resort ni ada Marina Water Park. Kalau tak nak pergi Teluk Batik lehla ke sini..



View from our room at 10th floor. Sebelah tu Marina Water Park. Pulau kat tengah-tengah tu pulak Marina Island. Baru siap ni. mypumpkin cakap dorang nak buat ala-ala Burj Al Arab kat Dubai tu..


Aktiviti hari pertama ialah melepak dalam bilik dulu. Penat woo drive jauh-jauh. Yang terover excited ialah anak buah aku. Dua-dua tak sabar nak ke beach. Asyik tanya je, mana beach? Bila nak gi beach? So, petang tu, dah agak redup sket baru kitorang turun ke Teluk Batik.












Khalis & Hanin syok main pasir..Dah lama dorang tak pergi beach ni..

Aku pun of coursela mandi manda petang tu. Syok! Dah lama tak mandi laut.mypumpkin plak, x padan dengan orang laut huhu.. Tak nak plak dia masuk hari tu. Katanya tak bawak baju lebihla.. Nanti rambut kerasla..Tak bawak krim rambutla. Hish, susah betul orang jaga penampilan ni ehehe..

Day 1 was a bit tiring yet so much fun!

12 comments:

  1. bestnye wani...

    tp klau hway lengang mmg best memecut..

    ReplyDelete
  2. salam, semoga kegembiraan yang menjadi kenangan untuk masa depan saudari

    ReplyDelete
  3. bila tengok entri ni, baru aku terpikir.
    apasal la aku tak mandi pantai amsa balik cuti..:)

    ReplyDelete
  4. Ahaks..best tol..besok aku plak pi sana..menginap kt pangkor coral bay..hurmm..

    ReplyDelete
  5. zura,

    memang best..tp kalo nak memecut pun kena hati2la..takut tak terkawal kereta tu huhu

    ReplyDelete
  6. cikgu zam,

    salam..terima kasih..ni memang kenangan terindah buat diri saya ;)

    ReplyDelete
  7. unwanted,

    ish3..umah bukan dah dkat ngn pntai ke? rugi x mandi!

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...