Wednesday, December 23, 2009

I tak nak main! Janganla paksa-paksa I!


ololo comel lak beruk mat yeh ni carik kutu hihihi

Ok, ok..aku dah mendengar banyak perkhabaran baik dan tak baik mengenai main kutu. Oh, main kutu di sini bukan bermaksud main kutu yang kat atas kepala tu..oh, tidak kuasa I! Nanti gatal-gatal sape susah? Dahla ubat nak membunuhnya tu pun busuk. Tak kose tak kose..

Apa sebenarnya main kutu? Main kutu ni kalau ikut pemahaman aku la sebenarnya macam konsep menabung atau simpan duit. Cuma kita menabung kat tempat lain, bukan dalam piggy bank kat umah tu. Kemudian main kutu ni boleh menggandakan wang kita. Sebabnya, sebagai contoh, kita ada 6 orang dalam satu kumpulan, setiap sorang keluarkan RM200 setiap bulan. Jadi bila dikumpul, jumlah keseluruhan wang yang ada ialah RM1200/bulan. Kemudian setiap sorang akan cabut undi untuk bulan berapa dia akan dapat RM1200 tu.. So, basically, that is main kutu yang aku paham. Every month kita akan menabung secara berhemah sebanyak RM200 and then, dalam mana-mana bulan kita akan dapat duit dari semua orang, berdouble-double dari wang yang kita mula-mula keluarkan. (Ok, ape aku mengarut ni?hahaha)..

Pro main kutu ni bagi aku ialah untuk mendidik diri kita ni supaya menabung dengan lebih istiqamah atau menyimpan duit dengan lebih efisien untuk sesuatu yang penting. Katakan la, korang nak pergi bercuti, mestila nak pakai duit kan. So, bila main kutu ni korang dah boleh aim, bulan berapa korang nak duit tu. Dah sampai masa, gedebukkk, dapat duit banyakkk.. Kadang-kadang kita ni bila menabung selalu tak istiqamah (bukan kita la, aku sebenarnye ehehe).. Bila nak shopping, mulala keluarkan duit tabung. Bila nak penuh piggy bank tu kan.

Itu jela  kot pro nya? huhuh.. Aku lebih banyak fikirkan keburukan main kutu ni. Salah satunye ialah komitmen. Nak main kutu kena ada komitmen. Komitmen dengan ahli kumpulan yang lain. Janganla sekerat jalan, tetiba nak berhenti. Berhenti mungkin sebab tiba-tiba, bulan tu, tak cukup duit untuk bayar kutu tu. Haru la jadinye! Ramai yang komen cakap, masalah biasa main kutu ialah sorang ahli kumpulan tu tetiba lari, nak berhenti main lepas dapat duit. Tak aci neh! Mana boleh macam tu kan.. Kesian kat ahli lain.....Actually, ini yang aku takut. Aku takut, kalau tiba-tiba bulan tu duit aku tak cukup nak bayar duit kutu. Kesianla kat member-member lain kan..

Tapi semua ni takkan menjadi masalah sekiranya kita main dengan orang yang memang kita kenal rapat. Orang yang kita percaya takkan ngelat suatu hari nanti...

Bagi aku, akibat ngeri memikirkan komitmen yang mungkin tak dapat aku berikan, aku dah buat keputusan. Aku tak nak main kutu.. Ngeri! Takut kena tibai dengan ahli yang lain. Daripada aku cedera parah ditibai, ada baiknya aku menabung sendiri. Ye, akak-akak, abang-abang, itula azam saya tahun ni. Menabung!



yang ini lebih bagus!


So macamana?


Takutla nak main kutu..nanti gatal-gatal!
Isk..



6 comments:

  1. taukah anda bahawa ubat pembunuh kutu adalah ester untuk membuat eskrem perisa vanila? [xde kaitan pun dgn main kutu.hehe]

    menabunglah anda sehingga menjadi gunung. sekian!!~

    ReplyDelete
  2. yanaaaaa..x mo dah makan eskrem vanila pasni..yek!

    baiklah..saya akan menabung smpai muntah!

    ReplyDelete
  3. yg pnting org uh pegang duit tue amanah...main kutu nie okey jgak...mendidik kite menabung...

    ReplyDelete
  4. kita main kutu gak tapi kat kg...tiap2 bulan bagi kat mak..so ade la ckit2 simpanan huhuhuhu

    kadang terlmbat bayar mak bayarkan dulu hahahahhahaha

    ReplyDelete
  5. zura,
    yep, yg pnting yg pegang duit tu amanah and yg main tu pun amanah. jangan dia dah dapat duit dia lari dahla huhuh

    ReplyDelete
  6. suehann,

    hahaha nasib baik main ngn mak. cube main ngn member2, sure kena ketuk dah eheheh

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...