Friday, November 27, 2009

Kisah Aidil Adha



Selamat Hari Raya Haji buat semua....
Semoga raya tahun ini lebuh bermakna daripada tahun sebelumnya.

As for me, macam tahun lepas juga, aku beraya di Putrajaya je. Tak balik kampung. Takde cuti. Sedih sobsob.. Tapi takpe, my parents memahaminya.. In fact, family aku yang akan datang ke sini :)

Ada orang kata, sambutan Aidil Adha di Kelantan lebih meriah berbanding Aidil Fitri. Kenapa aku rasa macam biasa je? eheh.. Takde bezanya. Pagi-pagi raya, bangun awal. Pakai baju kurung.. Sarapan. Kalau dah sarapan kat Kelantan tu paham-pahamla. Sure nasikkkk.. Nasik dagang ke, nasi berlauk ke, nasi kerabu ke, nasi lemak dan nasi impit jarang sekali eheh..Yumm yummm memang sedapla. Kemudian ke masjid untuk sembahyang raye..

Bagi family aku, usai sembahyang raya, kami akan berkumpul sesama keluarga dulu untuk memohon maaf. Mintak ampun dan maaf andai ada kesilapan yang telah dilakukan. No duit duit raya ye this time ehehehe..
Then, barulah kami bergerak ke rumah nenek..



rumah nenek

Kat rumah nenekla ibadah korban dilaksanakan. Pukul 10 lebih, lelaki-lelaki perkasa dalam keluarga kami akan turun ke medan pertarunga. ececece :P Yang perempuan dok umah, sediakan bahan-bahan untuk memasak nanti. Masa ni dah tukar attire dah. Dah tak pakai baju kurung, sebaliknya baju kurung kedah dan kain sarung batik. Nak memasak. hihi aku tipu..aku selalu pakai seluar ngan t shirt je. Takdenye nak ayu-ayu begitu. Kang terlucut kain. Ooopss eheheh..

Lebih kurang pukul 12, abang-abang, pakcik-pakcik, bawak balikla berbesen-besen, berbaldi-baldi daging lembu yang telah dikorbankan tu. Masa nila yang perempuan pulak sibuk. Siang daging, kupas bawang, masak nasik, masak itu masak ini.. Biasanya, menu kami untuk makan tengahari ialah, sup tulang, daging goreng, hati, limpa goreng, paru pun goreng.. Aduhhhh sedapnyeeeeeeeeee.........


T_T

lapar..............

Itula kisah aidil adha family aku. Cuti 2,3 hari ni pasti aktiviti makan je kat kampung tu. Aku jeles *_*

Anyway, raya ni jugak sepupu aku akan bertunang dengan jejaka pilihannya. Kapten Hamiza dan er..aku tak tau nama pasangannya ehehe.. Kapten ape tah eheh, sowi! Selamat bertunang dan semoga cepat-cepat naik pelamin. Dengarnya Januari nanti. Insyaallah aku pulang ;)

Oklah uolssssss... SELAMAT HARI RAYA KORBAN. Berhati-hati di jalan raya. Jangan korbankan diri anda dan jangan korbankan perasaan keluarga anda....

6 comments:

  1. Pnah kecik2 dulu aku makan daging goreng sampai termuntahhh..:P Hehe rindu kt kg..~~

    ReplyDelete
  2. he..23x bro pun klu makan pagi di pagi raya pun confirm nasin berlauk pauk....

    xkeyg makan nasi impit or yg seangkatan dgnnya

    out of topic--> contest ape... dah ternyata pun di blog bro.. join je la... tp dlam tempoh contest nie... pastikan tarik ramai org untuk undi amal ek...

    www.broframestone.com

    ReplyDelete
  3. budak kuning,

    ni mesti kes mkn banyak sangat ni..kg katne??

    ReplyDelete
  4. bro fs,

    tau xpe..makan nasikla kenyanggg..barula masa nak semayang raye tu, nak sujud pun seksa ehehe..

    erm x sure lagi nak join cntest bro eheh..tgh pk2 :)

    ReplyDelete
  5. nak panggil apa ni.. wani? amal?

    ekekeke

    amal lak ek? cam comel je nama tu.. ekekekekek

    hari raya aji aku biasa2 jek.. setiap tahun biasa.. biasa sbb asyik kena basuh pinggan jek

    ekekekekeke

    ReplyDelete
  6. tedi,

    amal pun bleh hihhi..cumel eh? dah sipu2 malu nih huahuahua..

    ahahahah jadinye anda ini tukang basuh pingganla ye. okla tu, leh main bubbles bubbles eheheheh

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...