Tuesday, October 6, 2009

Suratan atau Kebetulan?

Hari ni aku terbaca satu artikel dalam Berita Harian online mengenai misteri persamaan di antara 2 Presiden Amerika Syarikat, Abraham Lincoln dan John F. Kennedy. Menarik juga fakta-fakta yang diberikan. Buat aku terfikir, semua tu memang betul-betul tersurat untuk terjadi di antara mereka ataupun hanyalah kebetulan semata-mata. Aku ringkaskan persamaan tersebut untuk korang baca (kalau ada nak baca la eheh)..

In case ada yang tak berapa nak cam wajah 2 presiden ini, kat bawah ni aku tempek gambar mereka :D


Abraham Lincoln - Presiden US ke-16


John F. Kennedy - Presiden US ke-35


Misteri pertama:
Lincoln menjadi anggota Dewan Perwakilan pada 1846, manakala Kennedy pula mendudukinya genap 100 tahun kemudian pada 1946. Malah, Lincoln dilantik sebagai presiden pada 1860, diikuti Kennedy 100 tahun selepas itu.


Misteri kedua:
Setiausaha Lincoln bernama Kennedy, manakala setiausaha Kennedy bernama Lincoln.


Misteri ketiga:
Kedua-duanya pernah mengalami kematian anak di White House. William Wallace Lincoln meninggal dunia pada usia 11 tahun ketika bapanya menjadi presiden, manakala Patrick Bouvier Kennedy meninggal dunia ketika berusia dua hari pada 9 Ogos 1963, tiga bulan sebelum Kennedy dibunuh.


Misteri keempat:
Lincoln dan Kennedy mati ditembak di kepala pada Jumaat. Lincoln ditembak oleh John Wilkes Booth, manakala Kennedy dibunuh oleh Lee Harvey Oswald.

Misteri kelima:
Lincoln ditembak di sebuah teater dinamakan Ford's Theatre, kemudian pembunuhnya melarikan diri ke sebuah gudang.
Kennedy pula ditembak dalam kereta Lincoln buatan syarikat Ford dan pembunuhnya lari dari gudang dan menyembunyikan diri di teater.

Misteri keenam:
Selepas kematiannya, Lincoln digantikan Naib Presiden Andrew Johnson yang dilahirkan pada 1808, manakala Kennedy digantikan naibnya, Lyndon Johnson, yang lahir pada 1908.


Misteri ketujuh:
Kedua-dua presiden itu seolah-olah dapat meramalkan kematian mereka dengan Lincoln dilaporkan memberitahu isteri dan rakannya mengenai mimpi dia ditembak oleh pembunuh beberapa hari sebelum kejadian, manakala beberapa jam sebelum dibunuh, Kennedy memberitahu isteri dan rakannya pasti mudah bagi pembunuh menembaknya di tengah kesesakan jalan raya.
 
Misteri kelapan:
Lincoln mempunyai dua anak lelaki yang dinamakan Robert dan Edward, begitu juga Kennedy yang mempunyai dua saudara lelaki dengan nama sama. Bezanya, anak Lincoln, Edward mati ketika masih muda dan Robert hidup lama tetapi saudara Kennedy, Robert meninggal dunia pada usia muda dan Edward meninggal dunia ketika berusia 77 tahun pada 25 Ogos lalu.


Misteri kesembilan:
Seminggu sebelum Lincoln ditembak, dia berada di Monroe, Maryland dengan rakannya, manakala seminggu sebelum Kennedy menemui ajal, dia dilaporkan bersama simbol seks Hollywood, Marilyn Monroe, yang didakwa wanita simpanan presiden itu.
 
 
9 peristiwa yang kebetulan di antara 2 Presiden ni. Pelik kan? Pelik tapi benar.. Very interesting!


p/s: Klik sini untuk membaca artikel tersebut sepenuhnya.

5 comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...