Thursday, September 10, 2009

Semua Ini Mengarut!!!!!

Anda semua pernah dapat tak email yang macam ni kandungannya:

Dear Friend,

How are you doing ? With hope all is alright like us here.
Please treat this message strictly confidential and do not be surprise over this unexpected and sudden communication to you. I got your contact from a reliable international directory where I decided to choose you as to assist me pull into your bank account the sum of Ten Million Five Hundred Thousand United States Dollars ($10.5M) from our bank.

bla bla bla bla bla...

Do you know that this kind of email is rubbish? Spam? Ridiculous? Dolu-dolu (tak ingat dah bila) aku pernah tengok kat Oprah Winfrey kisah-kisah orang yang tertipu dengan email mengarut macam ni. Tak sangka sebab ada orang yang percaya. Tapi tak boleh cakap jugakla kan. Mungkin orang tu berada dalam keadaan terdesak. Tengah mengalami kesempitan wang, so bila dapat email daripada orang yang free-free nak bagi duit juta-juta, fikiran pun boleh jadi tak tentu arahla kan. Main percaya je.....

Kawan-kawan, jangan sesekali terjerat dengan tipu helah ni. Ini semua mengarut. Duit mana boleh datang bergolek-golek macam tu je. Ni ada udang di sebalik mee sup nih uhuhu.. Tapi saya tahu, kawan-kawan saya sumenye bijak pandai. Anda semua takkan tertipu kan?? Bagus!!! Thumbs up to all....... :D

Pastu kan pastu kannn.. Aku sebenarnye kan...Paling pantanggggg menerima email mahupon SMS yang pada awalnya memberi kata-kata nasihat ataupun dakwah, ataupun quote-quote yang sedap dibaca. Bes je aku baca.. TAPI, yang paaaling aku TAK SUKA dan BENCI ialah ayat last email tu.

FORWARD EMAIL INI KEPADA 10 ORANG RAKAN ANDA. JIKA TIDAK ANDA AKAN KEHILANGAN SEMUA RAKAN ANDA DALAM MASA 24 JAM!

SEBARKAN EMAIL INI KEPADA SEMUA RAKAN ANDA. JIKA TIDAK ANDA AKAN DITIMPA BENCANA ATAU MENERIMA NASIB MALANG SEUMUR HIDUP ANDA!

Wuttahell??!! Pastu ramaila yang dok memforward-forward. Percaya dengan kata-kata RUBBISH itukah??Kalau nak forward sebab nak berkongsi isi email tersebut sahaja aku boleh terima. Tapi sebelum hantar kat aku tolonglah delete dulu ayat VUNGUKS itu. Anda telah membuat saya rasa bersalah! uhuhu.. Tapi bila aku pikir-pikir balik, kenapa aku mesti ada perasaan bersalah tu? Apa kuasa yang email tu ada sampai boleh menyebabkan aku ditimpa bencana dan bernasib malang seumur hidup? Rubbish rite? Kita kena percaya kepada Qada' dan Qadar. Segala yang telah dan akan berlaku dalam hidup kita telah ditentukan Allah SWT. Hanya DIA! Jadi janganla percaya, hanya kerana tak forward email tu, hidup kita akan berubah menjadi malang. Percayalah pada Yang Satu. Bukan pada email yang rubbish!!! uhuhu *EMO*EMO*


If you want to know more on the truth of the emails, silakan KLIK DI SINI!


Kawan-kawan saya, you can still forward emails to me, tapi delete dulu bahagian yang saya tak suka tu ye! heheheh...


THANK YOU!

2 comments:

  1. erm..benda ni dh ade sejak shi sekolah rndh dulu..sbb ade kwn dpt surat berantai le, ape le..klu xsebar kt org rmi, nnti mak meninggal..ntah ape2..smpi skang mak kwn shi tu sehat jek alhamdulillah..

    bile zmn dh maju sket, mla le guna emel plak..xtau le nk kate..mgkin mereka2 ini xde kej..huhu..

    ReplyDelete
  2. oo yeke...amal tak pernah dapat surat.selalunya email la.jenuh nak mendeletenya hehehe.. memang tahape2 kan...

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...