Monday, September 7, 2009

ekekekeke.. Jom gelak terkekek-kekek bersama-sama saya!

2 minggu yang lepas, aku bawak CIK BIBAB pergi servis. CIK BIBAB dah berusia 5000 lebih, makanya kenala bawak klinik, baiki apa yang patut. Tambahan lak dia nak balik kampung beraya tahun ni. Kenala nampak cun and enjin pon knela mengaum dengan cantek. Barula, INCIK SAGA di kampung rasa tergugat dengan CIK BIBAB kan..


Sementara menunggu CIK BIBAB, aku semestinya kebosanan yang amat sangat kan. Jadi aku capai magazine yang ada kat rak. Tercapaila magazine ini


Terbukakla ruangan lawak. Memang lawak abes. Terkekek-kekek aku gelak. Tak kesahla orang tengok semacam pon kan. Aku cukup terhibur!



Aku dengan bersungguh-sungguhnya amik gambar lawak-lawak tu sebab nak kongsi dengan anda semua. Marilah kita menghiburkan diri kita :D

BERGADUH
TONI: Malam tadi aku bergaduh besar dengan isteri aku.
AGUS: Lah yeke? Macam mana boleh jadi macam tu?
TONI: Biaselah hal suami isteri. Lepas bergaduh aku tak tengok langsung muka dia.
AGUS: Habis tu, kau terus keluarla malam tadi?
TONI: Tak pun, aku matikan lampu je. Baru tak nampak muka dia...

SI JONGOS MENCARI JODOH
Jongos melayari internet untuk mencari pasangan hidup memandangkan usianya yang sudah lewat 40-an. Jongos melayari sebuah laman web yang dapat membantunya mencari jodoh. Caranya amat mudah. Jongos hanya perlu memasukkan semua kriteria pasangan yang diimpikan dan jawapannya akan tertera pada layar komputer dalam beberapa saat sahaja. Kriteria-kriteria wanita idaman Jongos ialah mungil, lucu, gemar bermain air dan sukakan kegiatan secara berkumpulan. Beberapa saat kemudian jawapannya pun muncul bertulis begini... "Pasangan paling ideal untuk anda ialah....Penguin!"


H2O
 
Guru: Baiklah murid-murid, apakah unsur utama bagi pembentukan air?
Pelajar: H, I, J, K, L, M, N dan O cikgu!
Guru: Bukan itu yang saya ajar selama ini. Salah!
Dani: Betul la cikgu. Bukan ke minggu lepas cikgu ajar H2O adalah unsur bagi air. Jadi kami sebutlah H sampai O cikgu..

MADE IN JAPAN
Di luar sebuah hotel, seorang pelancong Jepun sedang menunggu teksi untuk bersiar-siar ke bandar. Setelah menaiki teksi pelancong itu melihat-lihat ke luar tingkap. Dia amat bangga apabila sebuah kereta Toyota melewati teksi yang dinaikinya. Dia pun berkata, "Aaahh, Toyota, made in Japan...very fast!" Tidak berapa lama kemudian, sebuah kereta Nissan pula lalu. Sekali lagi dia berkata, "Aaaaahh, made in Japan..very fast!" Tidak berapa lama kemudian lalu lagi sebuah kereta. "Aahh, Mitsubishi..made in Japan..very fast!" Tiba di bandar, pemandu teksi memberitahu bayarannya, "100 dollars please." Pelancong itu terkejut lalu berkata, "100 dollars?! It's not far from the hotel!" Lalu pemandu teksi itu pun menjawab, "Aaahh, taxi meter..made in Japan..very fast....."

LIHAT PETA
Cikgu Salmah sedang mengajar subjek Geografi di kelasnya.
CIKGU SALMAH: Hassan, minta ke depan. Lihat peta ni dan beritahu cikgu di mana letaknya Amerika Utara?
Hassan pun menuju ke hadapan dan mencari-cari lokasi Amerika Utara dalam peta tersebut. Akhirnya Hassan menemuinya.
HASSAN: Ha! dah jumpa. Kat sini cikgu!
CIKGU SALMAH: Bagus. Hassan kamu boleh duduk sekarang. Baiklah kelas, sila beritahu cikgu siapakah yang menemui Amerika Utara ini?
PELAJAR: Hassan cikgu!


p/s: Lawak ini dipublish dengan tujuan menghiburkan hati sendiri yang sedang bersedih kerana tak cuti hari ni. Huwaaaaaaa....!!~~

6 comments:

  1. kah3 mau gelak guling2.
    lawak2.. pg2 bute dh keras prot akibat gelak guling2. hahaha

    ReplyDelete
  2. haha lawak gila..nie yang nak linkan post ko nie hahaaa...

    ReplyDelete
  3. lemonade~
    ahahaha, bahaya tuh kalo smpai keras perut gelak hihi

    ReplyDelete
  4. Amir..
    ihihi silelah link kan..ajak kawan2 ko bergelak ketawa jugak eheh

    ReplyDelete
  5. kelakar yg pertama.. ntah apa la yg suami dia tengok ye..?? haha~ dalam gelap la plak tu.. teraba2..

    ReplyDelete
  6. chan!
    raba-raba????
    ahaha bahaye tuuuu heheheh

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...