Saturday, September 12, 2009

Confessions Of A NON-Shopaholic


Aku ni.. nak cerita kat korang semuala.. sangat TIDAK SUKA shoping!

Satu, sebab aku takde duit. Ini memang sebab utama nih..
Dua, sebab aku tak suka nak memilih-milih, membelek-belek, dan macam-macam mem lagi..
Tiga, sebab aku tak suka nak mengheret kaki ni, berjalan dari satu kedai ke satu kedai lagi. Lenguh!
Empat, sebab aku malas. Malas! Malas!

Tipula kan kalau aku kata aku takde nafsu nak miliki baju baru, kasut baru, beg baru, dan segala-galanya baru. Aku pun nak jugak. Tapi disebabkan sebab-sebab kat atasla aku jadi tak suka nak shoping. Aku lagi suka kalau orang lain yang tolong belikan untuk aku.

Sebagai contoh, baju raya aku, dari kecik sampaila ke tua, mak yang pilih dan belikan. Aku tunggu nak pakai je ni. Pernah ke aku beli sendiri? Tak pernah kot. Aku tak kisahla baju tu macamana. Warna tak sesuai ke, corak tak sesuai ke.. Tak kisahla. Yang penting aku berbaju raya nanti.

Contoh kedua, kasut aku. Aku hanya ada satu kasut bertutup (beli time nak konvo tahun lepas), satu sandal yang aku pakai hari-hari ke ofis dan satu selipar yang aku pakai time driving n time jalan-jalan.. Itu je yang aku ada. Aku takde koleksi kasut yang berguni-guni. Aku akan pakai kasut/sandal/selipar tu sampai hancur, sampai tapak dah tercabut, sampai heels dia patah.. Then barula aku beli baru. Itupun selepas kena paksa beli baru hihih.. Contohnya hari tu, aku beli sandal baru tu (baca kisah tu kat SINI), tu akak aku yang paksa tu.. Dia yang tolong pilih. Aku pakai je.. Beli kaler hitam so that matching ngan semua baju.

Kalau nak beli baju ke, ape ke, aku takkan habiskan masa berjam-jam memilih. Aku tengok muat ke tak, then aku amik je. Terus bayar. Arghh malas nak belek-belek. Itupun setahun sekali setahun je kot aku beli huhu...

Tapi aku suka temankan orang shoping. Aku suka tengok gelagat orang shoping.. Macam-macam kerenah hehe...

Well, setiap orang ada cara dia sendiri kan. Ada yang suka sangat shoping and ada yang macam aku. Hopefully, aku kekal macam ni sampai bile-bile la, cos I cant bear to lose all my money pada benda yang aku tak tau pun bila nak pakai, benda yang jarang-jarang je aku pakai. Aku tak nak boros. Aku dah cukup sengkek nih huhuh...

2 comments:

  1. sy terasa nak cerita sesuatu bila sy baca ur entry kali ni.. hehe~

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...