Monday, September 14, 2009

Aku dan Konco-koncoku

Sebelum tido malam ni, aku nak cerita perkara-perkara lagho yang telah aku dan sekutu-sekutu aku lakukan semalam.

Seawal jam 7 pagi, aku dah bangun. Bila pikir nak pergi jalan-jalan habiskan duit aku memang pantas je bangun. Aku memang suka. Dah siap-siap, pakai lawa, mekap cun cun  (mekap kerrrr..), aku bertolak ke UPM. Aku selalu ke sana. Konco-konco aku masih ada beberapa orang kat sana. Sampai je, takde parking. Aku pon parkla depan kafe K14 tu. Selamba dotdot je. Padahal situ takleh parking. Aku ingat miss Yana ngan Rosie dah siap. Rupenye, Rosie baru bangun tidoooo.. Aiyookk, terpaksala aku cari parking gak. Tak kose aku nak menunggu lam keta lama-lama kan. Lepak-lepak jap lam bilik Yana.

Then, bila Rosie dah siap, kitorang pun meneruskan perjalanan menjemput seorang lagi rakan sekutu kami, Noris. Rumahnya terletak tak jauh dari UPM. Kalo ada yang pernah pegi bazar Ramadhan kat Serdang, haa area situla rumah dia. Dah amik dia, bertolakla kami ke stesen LRT Sungai Besi..

Wait a minute...kitorang nak pergi mana ni??? Kitorang sebenarnya nak pegi shopping untuk Hawi Waye kat Jalan TAR. Bukan jalan yang berturap ngan tar ye.. Jalan Tunku Abd. Rahman. Nak drive sendiri, mau sangap tersangkut lam traffic jam, makanya kami amik keputusan bijak dengan menaiki LRT je untuk ke sana. Aku tinggalkan Cik Bibab kat parking LRT Sg Besi tu. Padan muka dia.

Sampai kat stesen tu, memula cam takde orang je. Yang ada hanyala beberapa orang student UPNM yang spesen je semuanya. Oh, tak sanggup melihat mereka lama-lama. Buat aku teringat pada mypumpkin. Tetibe! LOLs... Then, LRT tak kunjung tiba. Orang lak berduyun-duyun tiba. Dah boleh bayang, LRT akan penuh..


Penuhhh.. tengok kitorang. Berhimpit-himpit. Noris dok bawah ketiak aku kot time ni. Tu yang tak nampak dia tu hahahaa..

haa.. tu baru nampak dia..di balik tiang rupenye eheheh


Nak sampai ke stesen Bandaraya tu punyela lama.. And memang ramaila yang turun kat situ. Semuanya berpusu-pusu nak ke Sogo. Masa tu pukul 10 lebih kot. Or maybe quarter to 11. Ramai gileeeeeeeeeeee.....


Kat Sogo, sempatle pusing-pusing tengok rantai-rantai, earrings.. Ingat nak beli untuk raya, tapi tak maulah.. Tak kose mak nak pakai.. Mak hamik gambar jelaaahhh...

Then, kitorang keluar dari kesesakan Sogo, menuju ke Jalan TAR. Aiyarkkkk, kat sini lagi sesak. Tapi memikirkan niat nak beli barang tu, kitorang redah jele... Noris beli tudung. Sungguh pantas dia membeli belah. Beli kat satu kedai, pastu belahhhh hehehe.. Tak perlu singgah banyak-banyak kedai. Lagipun kebanyakan barang yang dijual sama je. Harga pun lebih kurang. Cuma kena pandai bargain jela kan.. Aku lak dalam tak nak beli pape, terbeli jugekkk (kata tak suka shopping miahaha..).. Aku beli butang baju melayu untuk dadda tercinta dan 2 abang aku. For mypumpkin tak beli, cos aku takde peluang pun nak jumpa dia this raya sobsob.. Then, I also bought brooches for mamma, and 4 orang sedara perempuan ku.. Fikiran dok ingat dorang je semalam. Tak nak la bila aku balik nanti, aku balik dengan tangan kosong. At least there's something for them.

Jalan TAR sangat-sangatla sesak. Sangat!! Terlanggar bahu, terpijak kaki, semua pun jadi semalam. Nak menyedut udara bersih pun memang payahlah. Orang-orang yang ada ILI, tolong jangan ke tempat-tempat sesak ni. Memang bahaya uhuhuh.. Dah berjaya keluar dari Jalan TAR, kitorang singgah pulak kat Masjid Jamek. Huhhh sesak jugakkkk...


Entah berapa ratus ribu orangla kat KL semalam. Sesak nafasss!!! Panassss!!!
Ehh ehh.. sempat je lagi gelakk.. Dah tersedut gas ketawa kot hihihih...

Dah habis merayau kat situ, kitorang pon pulangla ke pangkal jalan. Masa tu baru pukul 1 petang. Wahh, memang pantas ktorang membeli belah.

Ini wajah-wajah keletihan baru balik shopping. Yana yang amik gambar pun menggeletar tangan sebab penat kan? Tu yang gambar shaky tuh ehehehe..
Our next destination? Balik rumah tido??? Owhhh tidakk tidakkk... Kami keee......

Kat mana ni?? Yes yes.. The Mines.. At first kalau ikut perancangan nak ke Jusco Cheras Selatan. Tapi rasanya semua pun penat. Malas nak pegi jauh-jauh. And Rosie pun nak jumpa abang dia petang tu. So to The Mines we went....

Punyela bosan kat The Mines tu. Tak tahu nak buat ape. Naik turun, turun naik.. Bosan bosan.. Mungkin dah selalu sangat ke sana. And pergi pulak masa poket tengah kering. So, kedai-kedai yang banyak tu pun kitorang tengok sebelah mata je hihihi.. Dah terlalu bosan, kitorang pun melakukan perkara lagho. Karokkk karokkkk... Amik 5 lagu dan nyanyi sepuas-puasnya. Aku jadi backup vocal je sebab suara tak berapa nak sdapp ehehe..
Anne aka Yana nyanyi dengan penuh perasaang.. Bes gile nyanyi lagu Achik ngan Nana, Memori Berkasih tu.. Especially part yang Nana nyanyi. Tinggi ke langit dia punya note tuh.. Wahaha, bersungguh-sungguh aku ngan Rosie nyanyi. Semput haaa hehehehe..

Selepas puas menyumbangkan lagu dan bergosip sikit-sikit dalam bilik karok tu, kitorang pun keluar tanpa mengetahui arah tuju. Sekali lagi bosan bosan.. Kitorang actually nak berbuka kat Chicken Rice Shop petang semalam. So sementara tu memang tak tau nak buat apela. Tengok jam pukul 4 petang. Pergi depan TGV, tengok ada satu cerita ni start pukul 5 petang and habis lam kul 7. So, kitorang sebulat suara nak tengok movie lak..

Kitorang tengok cerita ni......


The Ugly Truth. Hahahaha.. Cerita ini sangatla tidak sesuai untuk ditonton oleh kanak-kanak. Aku yang tengok ni pon malu abess.. Bdak-budak laki belakang aku gelak tak hengat.. Adehh.. Sape-sape yang dah tengok cerita ni sure tau la kan hehehe..



Oklah oklah.. dah nak habis dah cerita aku ni.. Movie tu habis ngam ngam dengan waktu berbuka. So kitorang terus ke Chicken Rice Shop. Tempat kitorang dah reserved awal-awal..

Ni yang kitorang makan semalam. Kerabu mangga sangat sedap! As usual, I always love their pai tee.. ermm yumm yummm...


Dah makan kenyang-kenyang, I sent all my koncos home. Then, aku sendiri, seorang diri pulang ke Putrajaya...... Rasa cam nak tidur je time drive tu ehehe.. Kenyangg!!! Pastu balik je hangin satu badan. Sila rujuk my PREVIOUS post.

~ fin ~


Yana, Noris, Wani me!, Rosie

5 comments:

  1. wah!seronoknya bila sekali sekala dpt luang masa dgn kengkawan kan..mesti happening jer..adoi lama tak kuar dgn kwn2 sekolah tuh..hehehe..

    ReplyDelete
  2. hihih yam,
    memang happening habesss..bergelak ketawa sakann hehehe...

    ReplyDelete
  3. hamboiii syiok nye die jalan2 shopin sume...

    -->> bile blek raye?

    ReplyDelete
  4. syiokkkk..longgar abes segala skru lutut hihihih

    ReplyDelete
  5. kalau bro tgk reramai org cam tue..bro rase bro awal2 dah patah balik..xsuke tempat yg sesak2 huhu

    out of topic--> he...23x mmg si dia dtg pakai kereta.... bukan takat menapak.. mahu berbuka kat situe terus n malas nk balik.....

    tue la..org cam nie pun ade kan...leh je masuk ikut sunroof tue

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...