Saturday, August 8, 2009

Mari Baca Kisah Tahapehape Saye

[JUMAAT, 310709]

Seminggu sebelum Sumathi berhenti kerja, kami ada bawa dia makan kat Secret Recipe. Malu-malu je dia hehe..

Hari terakhir cleaner company kami bekerja. Sumathi ni dah hampir 7 tahun bekerja dengan kitorang. Yang mana kenal dia dah lama tu memang terasala dengan kehilangan dia. Saya baru kenal dia selama 11 bulan (wah dah nak masuk setahun saya keje kat sini!). Sumathi ni memang baik orangnya. Sume orang pun memang senang dengan dia. Keje dia memang bagus. Bila dia bagitau dia nak berhenti keje jadi cleaner, kitorang terkejut sangat. Yelah, pengganti dia tak akan jadi sebagus dia. Tapi apa boleh buat. Mana boleh halang dia kan. Lagipun keje jadi cleaner ni berapa sangat gajinye. Dia ada bagitau saya, dia terkilan dengan management dia. Gaji tak pernah naik, EPF dan SOCSO pun takde. Susahla kan.. kesian jugak dengar cerita dia. Sekarang dia bekerja di sebuah kilang minyak masak. Semoga di sana, rezeki Sumathi bertambah. Take care dear!

This photo was taken on her last day. Selepas bergambar semua hugs and kiss her. And she cried!Oh, sebak je rasa.. We will miss you Sumathi!


[SABTU, 010809]


Sabtu lepas, saya ke Majlis Konvokesyen rakan baik saya di MMP dulu, Mimie. Mimie study kat USIM, Nilai. Nasib baik konvo dia buat kat PICC, bukan kat Nilai haha.. Dulu masa Mimie still belajar, dia selalu ajak saya gi Nilai. Macam-macam alasanla saya bagi. Tak tau macamana nak pergila.. Takde orang nak temanla.. Itu masa belum ada Cik Bibab. Dah ada Cik Bibab, Mimie ajak lagi. Saya bagi alasan tak tau jalan plak haha.. Adoi, jahat betul saya ni kan..

Then pada satu hari, Mimie ajak saya gi konvo dia. Dia cakap, 'Wani, kalau kali ni ko takleh gi jugak, aku tak taulaaa.." Saya tanya dia, "konvo buat kat mana Mie?" Dia jawab pendek, "PICC".. Hahaha tergelak besar saya. Patutla dia cakap macam tu. PICC tu kat belakang rumah saya je. Kalau takleh pegi jugak tak taula kan hehehe....

So, Sabtu tu saya pegila dengan seorang lagi rakan baik saya di MMP dulu, Kema yang kini study kat UIA. Member saya ada sorang lagi yang tengah study kat USIM, By't. So, habis je konvo Mimie, saya dengan niat baik nak kenal Nilai, dengan baik hatinya hantar By't balik USIM. Perjalanan pun takla jauh sangat. Saya balik malamnya. Penat memang penat, tapi puas hati dapat jumpa rakan-rakan yang dah berapa lama eh tak jumpa, 5/6 tahun mungkin.. Wah, lama-lama.. By't, Mimie, Kema, friends forever ya! :)


[RABU, 050809]

Hari Khamis, saya kena attend satu training yang diadakan di Wisma Mirama, KL. Saya mulanya bercadang nak pegi ngan teksi je sebab SATU, saya tak sihat, DUA, saya tak tau mana tempatnya, TIGA, saya tak sanggup nak drive kat KL. Tapiii.... walau banyak macamana sekali pun alasan saya, saya tetap kena drive. Kena pergi sendiri. No teksi teksi okehh (bengang neh). Saya dah cuak-cuak dah. Takut oo nak drive KL. Saya ni driver muda (ececece).. Tak sampai setahun lagi dalam bidang memandu kereta ni (huhu). So, sehari sebelum hari kejadian, saya call girlfriends saya. Mintak pertolongan. Tolong temankan saya pegi KL, cari tempat tu. Girlfriends saya ni memang pakar dengan jalan-jalan KL hehe..

Alhamdulillah, saya ada rakan-rakan yang sudi menolong and sudi memonteng seminar haha.. Thanks gals!!

Memandu di KL, huh, sangatla mencabar. Saya tak tau macamana orang boleh survive kat sini. Kereta banyak, motor banyak, pemandu kurang ajar, tak sabar-sabar, tak bertoleransi langsung. Huh, memang saya tak sangka la, begini 'SOPAN' pemandu di KL. Kereta lambat bergerak sikit pun dah hon hon. Tak sabar betul. Sakit perut nak berak mungkin? Then, orang dah bagi signal berbatu-batu lagi, bila orang dah masuk dia nak marah-marah lak. Lenla kalo aku tak bagi signal pastu tetiba switch lane kan.. Aku rasa Rabu hari tu beribu-ribu makian dan cacian keluar dari mulut aku. Gerammmmmmmmmm...........

Ape-ape pun, setelah sesat selama lebih kurang 3 jam, kitorang berjaya jumpa tempatnya. Betul-betul depan DBP. Takla susah sangat nak mencari cuma konfius dengan jalan and ada sekali aku tersalah masuk exit, terus sesat tah kemana. Nasib senang cari u turn. Memandu di KL adalah sangat mengerikan, menakutkan tapi itulah pengalaman kann hehehe...

Lagi cerita tentang Trip to KL di SINI.


[JUMAAT, 070809]

Dapat mesej dari one of my colleagues, "Wani, parcel dari abang sayang dah sampaii..."

Terkinja-kinja saya melompat dek terlalu gembira hehehe... Saya memang dah tau mypumpkin is sending me something sebab a day before dia ada tanya alamat office. Padahal dah banyak kali saya bagi dia hehe.. Katanya hadiah birthday. Dia beria-ia nak bagi sebab birthday saya hari tu, dia busy. Busy yang amat. Call free 7 hari tu pun tak guna sangat sebab saya tak ada ruang nak call dia. Kalau ada pun, skejap sangat sembang. So, atas sebab itula dia, nak bagi something. Saya actually tak nak ape-ape, tak nak susahkan dia. Tapi dah dia nak bagi, amik je la kan hehehehe...

Apa dalam bungkusan tersebut?? Cuba tekaa....... Kalau birthday tahun lepas dia bagi purse, adakah kali ni dia bagi duit beribu-ribu untuk diletakkan dalam purse tersebut?? Oh tidaaakkkk...

Dia bagi saya.......................










Tracksuit dan kasut sukan!

Hahahahahahaha...tergelak besar saya bila bukak bungkusan tu. Dia nampaknya serius nak saya banyak bersukan ni hahaha.. Thank you dear, wat susah-susah je hahahah.. Lepas ni saya adah takde alasan nak bagi kalau nak pergi bersenam. Adeiiii, sabar jele.... Thanks pumpkin sayangg.. Lepas ni kalo sape-sape nak gi jogging tu tolongla ajak saye ye.. Saya dah ada kasut sukan ngan suar trek ni hahahha... (Nampak sangat aku makin gumukk mueheheheheh)..


That's all folks! Terima kasih kerana sudi membaca eheh :D

4 comments:

  1. panjangnye

    n badan kamu dah berisi ek

    out of topic--> thank amalini
    keluarga beliau dah lame xde....

    bro pun jaga diri jugak nie

    ReplyDelete
  2. ha..?bg kasut n suar sukan..?comelnye..hehe.. :)
    mal, pasni stiap kali pas keje, kena pi jogging kt tasik putrajaya tu le ek..?hahaha..makin selim melim le kwn sy ini.. :D

    ReplyDelete
  3. bro fs,

    yele, dah berisi nihh...sehat walafiat hehehe

    ReplyDelete
  4. shimawar~
    hak ahh shi, dia bg kasut sukan n suar..hahah mmg nak saya gi bersenam nih hehe..
    tule, dah xle bagi alasan dah, kenala g joging adehh...

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...