Saturday, August 22, 2009

Blogging From My Reban Ayam

Assalamualaikum...

Puasa tak semua??
Pagi tadi sahur tak?? Jangan tak sahur ye. Selain daripada mengelakkan badan jadi lemah dan tak bermaya, sahur ni salah satu sunat puasa. Rasulullah s.a.w. bersabda: Bermaksud: “Makan sahur itu berkat, oleh kerana itu jangan kamu tinggalkan, walau hanya sekadar meneguk seteguk air, kerana Allah merahmati orang-orang yang makan sahur dan malaikat mendoakannya”.

Aku pagi tadi bangun sahur pukul 4.45am. Alarm memekak dari pukul 4.30am lagi. Tapi aku sengaja basikan masa tu sampai 4.45am. Buruk perangai betul kan?uhuhuhu.. Then, turun dapur, panaskan nasik, panaskan sardin. Pukul 5 lebih-lebihla aku duduk makan. Sebak je rasa time sahur tu. Teringat mak ayah kat kampung. Mak sure masak sedap-sedap untuk sahur. Waaaa, rindu kenangan berpuasa kat kampung.

Semalam berchit chatto dengan Anne. Tetiba terungkit kembali kisah puasa di kolej dulu. Kalau yang tinggal di Serdang sure tahu dekat SS tu ada bazar Ramadhan tiap-tiap hari. Kitorang dulu, bernasib baik fakulti terletak dekat dengan gate keluar ke SS tu. So, almost everyday jugakla kitorang berjalan kaki ke bazar Ramadhan tu. Sanggup je jalan jauh, berpanas berhujan. Kat sana memang banyakla makanan. Huh rambang mata I tell you.. Aku ingat, aku selalu beli popia (favourite!!), nasi ayam berempah, air soya etc etc.. Kalau dah ke sana, tangan kiri kanan memang penuhla membimbit plastik makanan.

Ada satu kali tu kan, aku pergi dengan Cayam. Ramai jugakla yang pesan-pesan. So kitorang pon pergila beli mengikut pesanan. Seingat aku, masa tu ramai jugak member yang pesan air soya. Ada dalam 4 bungkus kot. Balik tu, memang tangan penuh. Berat. Entah kenapa nasib malang hari tu, sampai je depan Maybank, GEDEBUSHHH jatuh plastik yang ada air soya tu.. Meleleh air putih atas jalan tar. Huhuhuhu malu satu, duanya kecewa laaa.. Kan dah takleh minum air soya huhuhu... Berbelanja tak hengat punya pasal hehehe.. Beli makanan berbuka macam setahun tak makan.Tapi biasanya, tiap-tiap tahun puasa macam tu la kan.. Belanja untuk makanan mesti lebih hebat daripada biasa.

Blogging From My Reban Ayam - what does this mean????

I am actually in the office!!! Ho yeahhhh, saya pekerja berkaliber (tapi boleh pulak update blog eh. Kaliber apekah??). Hari ini saya terpaksa bekerja kerana ada a few contractors yang tengah buat keje dalam ofis. So, aku hari ni kira jadi supervisorla. Monitor dorang buat keje. Cepat-cepatle siap, aku mahu pulanggggg.. Bosan seh dok opis sorang-sorang. Yang kedengaran hanyalah bunyi gerudi, bunyi ketukan pada dinding dan lantai. Aiyarkkkk... scary. Tapi atas tuntutan kerja, aku datang jele.. Anyhow, I got replacement leave for this. Yayyyy!!! Cuti lebeyyyyyy raye niiiiiii.......

Oklah kawan-kawan, mahu signing off dulu. See ya later alligator!

p/s Selamat menahan napsu makan.. Jangan buat-buat lupe carik biskut dalam tin lak (macam aku! wahahaha)

2 comments:

  1. best gak nasik ng sardin. adeh. bila nak berbuka ni...

    ReplyDelete
  2. ije,
    besh2..kena lak nasik panas2 huuu..sedapppp....

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...