Saturday, July 18, 2009

SKRIP 7707 - Seram atau ....????

--- Saya tak paham mengapa gambar berkemban ini diletakkan di poster utama. Adakah kerana keseksiannya (seksi keee??) atau keseramannya (seram keee??)? - --


Baru saja selesai menonton filem ni bersama 1,2,3,4,5,6 orang teman. Aku tak pernah menonton filem seram di panggung. Ini yang pertama. Buat-buat berani sebab aku ni penakut sebenarnya huhuhu.....

Filem ini mengisahkan seorang penulis skrip lakonan Norman KRU (yang memakai rambut palsu.janggut pon palsu gak aku rasa huhu). Nama dia Burn. Burn ni nak tulis skrip tapi sampai sudah tak dapat-dapat skrip yang dia nak. Dia nak buat cerita hantuuuuu.. Jadi dia bagitau dia punya PA yang seksi, Fauziah (lakonan Fauziah Ghous), cari beberapa orang yang ada cerita hantu, berkumpul dekat jirat Cina pada 7/7/2007 (7707) pukul 12 tengah malam. This is why the title is Skrip 7707. Filem ni dah lama sebenarnya. Supposedly ditayangkan pada tahun 2007 tapi mungkin tak dapat kelulusan lagi kot masa tu. So sekarang baru dorang tayang.

So pergilah Burn tadi ke jirat Cina tu. Bertemulah dengan beberapa orang ni yang ada cerita hantu masing-masing. Macam-macamla ceritanya. Ada yang agak ngeri (sebab cerita dia sebijik cam cerita kat hostel kolej aku dulu huhuh), ada yang agak jijik (hantu bidan makan uri, eeeyuuu darah penuh kat muka), hantu menggiurkan dan mengghairahkan (hantu gugurkan anak kat tepi perigi - sape tah pelakon itu muahahaha..) dan ada lagi beberapa cerita.

Tengok cerita ni aku tutup-tutup muka ngan tangan.. Peluk-peluk orang sebelah (ehemehem). Ala, cerita bukan seram pon. Aku yang takut lebih muahahaha...

Yang aku tak puas hati cerita ni, semua cerita hantu yang 'orang-orang' tu cerita, tergantung. Macam tak ada ending. Takkanla nak aku pikir sendiri kot apa yang jadi kat orang dalam cerita hantu dorang tu. Ini filem bukan aku yang bikinnn..... Ending last pun macam, 'ek elehhhh pe kessss' gitu.

Ape-ape jela. Aku bagi 3.5 bintang kelip-kelip kat cerita ni. Sebab berjaya jugak buat aku takut sket-sket hihihi....


---Amal: Kepada 'orang-orang' yang teman saya tengok cite ni tadi, terutama yang duduk sebelah kanan saya, terima kasih daun keladi. Nanti kita tengok movie lagi dan nanti saya peluk-peluk lagi muahahahahahahha.....


8 comments:

  1. ahahahahahaha~
    punyalah menutup nama saksi2 utama..
    undergroundlah katakan..
    ouhya..yam dah tengok 'gambar2' tu..kabur semuanya okeh!
    ada sekeping ja kot yang terselamat..hikhik~

    ReplyDelete
  2. ateh... hahaha sape sblh kanan ateh??? hehehe cter 2 ok la... menarik!!! leh la kasi bintang yg x berkelip kat Prof. eh, lupa lak nk bgtau. anne pun dah tgok cter ni. hehehe dgn sape??? ntah la erk... xleh la bgtau. (^_^)

    p/s: jgn ketawa ketika menonton cter seram. tq!!! hehehe

    ReplyDelete
  3. hurm...

    nak tengok tapi takut macam bazir jr rm10 tu sebab pernah mengalaminya..

    bayar rm10 tapi film seram tu "C_ _ _ K _ K" tu tak seram langsung!! menyesal pastu !!

    since then tak mo tengok film seram tipikal malay MACAM NI...

    jgn offended lak, bukan tak sokong film malaysia, tapi sokong if its really catch my attention..

    lagipun, my genre kegemaran is suspen/thriller punya ..

    baru pas tgk OBSESSED!!!

    hahaha

    ReplyDelete
  4. cayam fairuz,
    muahahahaha (gelak jahat sket), mestila kena rahsiakan nama saksi utama.kang nanti orang tau susahhh..kata nak buat skandal hahaha..

    apee???kabur semuanyaaa??harusla diletak di FS, FB, dan blog kalo begitu hihihihih....

    ReplyDelete
  5. tuan puteri shaflynn,
    mana leh bgtau sape kat sebelah kanan atehh hihihih...bes tau peluk2 dia.lentok2 kat bahu lagi hihih..

    haaaa anne tengok cite ni ngan sape ha???? underground gak eh?hehe..

    alaaa cite ni suam2 kuku jela... (suam2 kuku tapi totop2 muka kan haha)

    ReplyDelete
  6. sedara IJOY,
    huhu..cite ni ok2 jela..tunggu tengok vcd pon ok jugak muahahaha...
    ada cite tu kan pasal sorang budak ppuan bunuh diri kat asrama klj.dulu blok tu blok ppuan,skang dah jadi blok laki..cm cite blok kenanga je huhuuh....

    apekahhhh???OBSESSED thriller ke??hehehehe....

    ReplyDelete
  7. mal..shi baru tgk cite ni smlm..mmg mcm hampeh..huhu..xbesh lnsg!nk bg 1 bintang pn fikir byk kali..bg tahi bintang, bleh le kot.. :p
    poster tu lg 1..mmg nk muntah tgh aksi fasha tu..ntah ape2! :p

    ReplyDelete
  8. shi~
    muahahaha..
    kan kann..

    aksi selak kain pasha itu memang xleh blah..saket mata iskkk...

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...