Tuesday, July 21, 2009

Pictures In My Head, and I miss 'em so....

Dengan segala hormatnya aku telah di'tag' oleh saudari ShiMawar. Takde masalah, sebab aku memang suka melaksanakan tag ni hehe.. Yang menjadi masalahnya, tag tersebut meminta aku meng'upload'kan gambar ketika kecil.

Hmm, masalah tu.. Sebabnya, masa aku kecik dulu belum ada lagi kamera digital yang gambar-gambarnya boleh ditransfer terus ke laptop. Masa tu pun, komputer yang ada tu pon pakai disket besar 4 segi tu. USB Port belum ada kot (ape aku merapik nih?) Aku sebenarnya cuma nak bagitau gambar-gambar aku masa kecik sumenye berbentuk hard copy. Dan semuanya ada kat kampung. Harap maaflah ye, Shi huhuh...

Masalah keduanya pula, hmm rasanya, waktu kecil dulu tak banyak kenangan-kenangan yang indah untuk aku. Tahla, kadang-kadang malas nak ingat-ingat balik kisah sewaktu kecil. Tak bestlah!!

So, sebagai pertukarannya, aku nak upload gambar-gambar masa kat UPM dulu. Banyak sangat kenangan kat sana. Seriously, aku rindu dan rasa macam nak kembali ke kolej. Nak jalani balik setiap aktiviti yang pernah aku join dulu. Best! College days were just too good to be forgotten.


This photo was taken for Sumbangsih (majalah tahunan kolej aku). Masa ni aku second year. Crystal, nama floor aku (1st Melur). Banyak kenangan aku masa kat floor ni. Banyak sangat-sangat.




Yang ni pulak, kitorang cam malu-malu sebab ada jejaka-jejaka hensem datang menyibuk masa photoshoot floor kitorang. Lupe plak dorang ni dari floor mana. (Yam, memandangkan Jebo tuh ada, dia dari floor mana eh? Yam ingat tak? Tetiba Cayam jadi mangsa haha...)
Aku suka gambar ni sebab gambar ni macam diambil secara candid. Ada orang tak perasan pon kamera tengah shoot. Macam biasa, aku maintain posing muahaha...


Gambar ni diambil masa Majlis Perasmian Sumbangan Hari Raya kepada abang-abang ATM (mypumpkin dapat tak agak-agak?Gedik!). Nama pendek majlis ni ialah SERUNDING. Sebabnya kitorang tiap-tiap tahun buat serunding pastu bungkus-bungkus, bagi ATM. Majlis ni anjuran Sekretariat aku, Sekretariat 3K, Kerohanian, Kebajikan dan Keceriaan. Masa ni aku jadi biro ape ye, lupa lak. (Anne ingat tak?uhuhu).. Tema malam tu ialah baju kurung berwarna hijau. Maka disebabkan itulah semua orang pun macam pokok bergerak hehehe.. Yang biru tu spesel sikit. Tini kerana dia yang bawak serunding untuk diserahkan kepada Jeneral ATM yang datang pada malam tu and Cayam pulak sebab dia menari pada malam tu. (Eh Yam, btul ke? Ke malam tu berlakon teater eh?)


Ini lagi gambar awek-awek ayu berposing hihihi... Ini kat dalam Bilik Anggerik. Bilik Anggerik ni macam bilik mesyuaratla. Kat sinilah biasanya diadakan meeting sekretariat malam-malam.


Yang ni pulak proses nak membuat serunding tu. Huu bukan senang tau. Berpeluh-peluh nak menyediakannya. Tapi yang bestnya,letih tu tak terasa. Sebab kitorang buat ramai-ramai. Satu kolej turun. Kalo tak turun memang terukla kena ngan floorep huhuh... Tapi kerana semangat bekerjasama, apa salahnya turun sekejap kan? Tapi kan, masa gambar ni diambil, aku pegang je kayu tu. Manade aku kacau, aku kan malas muahahahahah....


Ini malam sebelum kacau serunding tu. Ada pertandingan siat daging halus-halus. Sekali lagi aku mencapap kat situ muahahahhaa...


Yang ni masa sukan floor. Tak ingat dah aku masa ni aku tahun keberapa. 1st atau 2nd year maybe. Seronokkk, bangun pagi-pagi, turun kat Dataran Tanjung, main sukaneka. Macam-macam game la. Yang ni tengah passing span berair. Basah-basah habis haa atas pale hihih.. Dah macam budak kecik lak....


Haaa, ni aktiviti paling best masa aku 1st year kat KTDI. BAKSIS Kampung Berangkok, Sabah. Aku antara 3 orang budak 1st year yang join program ni. BAKSIS ni macam program anak angkatla. Selama seminggu aku duduk dengan keluarga angkat. Sorang-sorang huhuh.. Tapi bestla. Macam-macam kenangan pahit dan manis aku tempuhi sepanjang program ni. Gambar ni diambil ketika kami membuat lawatan di UMS.


Ahahahha...ni gambar serius lama. Masih nampak muka keanak-anakan kan? Masa ni 1st year. Sayang gile aku kat KTDI ni. Serius.


Hihihi...comel tak?? Ini sempena sukan interfloor. Lupa plak floor aku dulu combine dengan sape. (Anis, ko dulu floor ape eh??huhu).. Kitorang punye maskot ialah Donald Duck. Tu yang sume orang pakai topi donald duck tuh. Pastu siap buat formation lagi. Formation yang hancuss. Aku ingat lagi, masa buat formation tu kitorang siap gelak-gelak lagi. Ahh seronok sangat rasa :D




Cukupla dulu dengan gambar-gambar dan cerita ni. Macam-macam benda sebenarnya berlaku masa aku kat UPM dulu. Banyak sangat. And i miss those moments so much. If i could turn back time, I would... I want to go back then and feel it, enjoy it, over and over again......

8 comments:

  1. wawa..amal ni..suke suki die jek ubah format tag ni ek..?
    tba2 plak bleh jd entri bergambo..sah2 mencapub abes ni..haha.. :p

    ReplyDelete
  2. ehhh salah format eh cikgu?alaaa xdapat markah penuhla camni huwaaaa.....

    ReplyDelete
  3. hmphh..si jebo tu floor 1st mawar kot..yam pon dah lupa..abeh lupa aih kalo pasal duda yam tuh..haha..

    isk..rindu aa kat ktdi..kenangan kita bersama tersangatla berharga..tiada tolok bandingannya..huwaaaa..

    rinduuuu~

    ReplyDelete
  4. aku floor ground melati

    igt x maskot kite?
    kepale kecik n penyek
    pastu bontot besa gedabak
    ahaha~~
    xpe la.. comel gak

    what a good old days~~

    ReplyDelete
  5. cayam,
    oooo 1st mawar...
    eheh xperlu diingat duda mu ituu...

    sobsob, rindu kan yam..bes sangat dok ktdi..aihh~

    ReplyDelete
  6. plastique~
    ohoooo ground melatii..asal aku dok terbayang ko dlu top melur huhhu..baru aku ingat ko dok melati...

    muahahahaha ingat2....
    cam hape jekk...
    tp comel gaklaaa hihihi..

    ReplyDelete
  7. besh bila terkenangkan zmn Belajo...lalalllaa

    ReplyDelete
  8. huuuu memang beshla kakkkk....
    nak blajo agiii

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...