Sunday, July 19, 2009

Happy 3rd Birthday Alissa!! :D



HAPPY BIRTHDAY DEAR DANEEN ALISSA

(^_^)





Ada satu kisah mengenai Alissa... Dia ni pelat. Tak berapa reti lagi nak bercakap...

Pada satu hari, di dalam kereta, ketika sedang melalui jambatan merentasi Sungai Kelantan, Alissa jenguk kat tingkap. Tiba-tiba dia cakap,

"Mama, nak mati...."
Terkejutla mama dia... "Eh apa Lisa cakap ni????" mama dia tanya...
"Mamaaa, nak matiiiii......" Lisa berkeras.
Kakak aku (mama dia) dah panik-panik dah, ape kena ngan anak dia yang bongsu ni kan..

Kakak dia yang sulung (Alia) come to the rescue. "Mama, Lisa cakap dia nak mandiii.. Dia nak mandi sungai. Nak mati tu nak mandiii....."

Apekah???? Rupa-rupanya itu yang dia maksudkan. Aihhhhh.......~

Pernah sekali aku nak test Alissa. Masa tu mama dia nak mandi. Aku tanya dia,
"Lisa, sape nak mandi?"
Dengan selambanya dia jawab, "Mama...mama nak mati..."

HUwaaaaAaaaaa...ngeri betul budak nihh...

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...