Monday, July 13, 2009

Cerita Penuh Ilustrasi

Masih ingat kisah besday boss aku itu hari??? Gambar sudah diupload, jom-jom tengok ;D


Ye, tuan-tuan dan puan-puan, inilah dia besday boy.........

Mr. JT y'all.......


As I told you guys in previous entry, kitorang prepare untuk birthday dia ni a few days before lagi (semangat!)

Ini kad yang kitorang bertungkus-lumus buat untuk beliau. Hari Isnin tu dia on leave, so kitorang amik peluang tu amik gambar gedik-gedik, posing pelbagai gaya. Gambar-gambar gedik tersebut kitorang tampal kat atas satu cardboard yang besar..


Sharm sangat tekun menggunting..Macam masuk kelas Pendidikan Seni plak hihi.. alwaniamalini buat ape?????


Ye, alwaniamalini tidak lain tidak bukan, makanlaaaaa..... Saya dan makanan memang ternyata tidak dapat dipisahkan... kihkihkih..


Pada hari kejadian, Jumaat, 10 Julai 2009, kitorang sume datang awal and then masuk bilik dia. Kitorang decorate bilik dia ngan balloons. Walaubagaimanapun, belon Tesco tersebut sangatla tak berguna. Daripada 50 dalam paket tu, yang berjaya ditiup hanyalah lebih kurang 20. Yang lain sume pecah. Dasar belon murah uhuhuhu....


Inilah orang-orang yang bertungkus lumus menghias bilik boss pada hari tersebut. Semua buat cepat-cepat sebab takut boss sampai huhuhu....


Dah siap hias, kitorang nyorok dalam bilik boss. Nak wat surprise kat dia. Memang dia terkejutla hihihi... Gambar-gambar yang diambil dalam bilik boss takde sebab amik ngan kamera boss. Boss blom upload :(

Tengahari, kitorang lunch bersama-sama kat Kitchen Village, Cyberjaya. Maka ada la gambar gedik-gedik kan hehehe







Inilah orang-orangnya yang bekerja di belakang tabir bagi menjayakan celebration tersebut :D



HAPPY BIRTHDAY BOSS :D

2 comments:

  1. wanie!
    1. anda kerja di mana?
    2. proses mengipas boss ke? ahakss

    ReplyDelete
  2. cik miki,
    1. saya bekerja di cyberjaya
    2. huahua sy x kipas, sy pasang aircond direct je huahau...nope laaa, ni proses nk menghargai boss ni, teruk sangat dia bekerja :D

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...