Monday, June 22, 2009

My Father, My Soul

Entry ini khusus buat my beloved daddy, Tuan Hj. Mustapha...



To be honest dengan anda semua, aku takla rapat sangat dengan ayah.
I always saw people hugging their dad. Guess what, aku tak pernah peluk ayah.

Mungkin sebab aku tak pernah diajar begitu.

Dulu, masa zaman sekolah, masa zaman mengalami krisis identiti, I never really talked to my daddy.

Ayah yang selalu jemput aku pulang dari sekolah. Tapi dalam kereta, kami membisu.
Tidak berbicara walau sepatah pun. Kalau ade pun, perbincangan tu mesti sekejap je, lepas tu masing-masing akan mendiamkan diri.


Masa kecik-kecik, aku selalu je kena marah dengan ayah.
Lebih-lebih lagi time mengaji. Huh, ayah memang garang.
Selalunya, buku rekod sekolah, aku hanya akan tunjuk dekat mak. Kat ayah jarang sekali.
Ayah ada bertanya, subjek ape dapat A? Dapat nombor berapa?
Tapi aku mesti jawab ringkas-ringkas. Sebab aku malu nak bercakap dengan ayah. (Terukkan aku?)


But, bila dah besar sket, dah masuk matrik, dah berjauhan dengan ayah, baru aku dapat rasa betapa aku sayangnya pada ayah. Bila dah jauh, aku rindukan ceramah ayah. Aku rindukan suara ayah mengalunkan azan. Aku rindu untuk menatap wajah ayah.


Ayah seorang penyabar. Ayah tak pernah merungut. Ayah rajin. Ayah tak kenal erti penat. Ayah tak pernah berehat. Dalam sehari, ada je benda yang akan dia buat.
Ayah penyayang. Aku tau ayah sayang aku. I can see it in his eyes.


Last week, he was here with me. I saw him holding my sister's hand. That is rare. I never saw him like that before. Ayah sayang kami. Walau dia tak banyak berbicara, walau dia tak tunjukkan sangat rasa sayang dia tu, aku tahu. I can see it.


Ayah, Wani sayangkan ayah..
Sayang sangat-sangat..
No words can ever tell how much I love you daddy....

2 comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...