Tuesday, June 23, 2009

Jangan buat, nantii........

PANTANG LARANG BERKAITAN DENGAN MAKAN


Berikut adalah beberapa pantang larang yang berkaitan dengan makan:

1. Makan mencangkung payah dapat rezeki.
2. Makan dalam belanga dapat anak rupa hodoh.
3. Makan beras mentah dapat penyakit kuning.
4. Makan telur tembelang dapat penyakit barah.
5. Makan kepala ayam nanti mengantuk semasa bersanding.
6. Makan sisa anak nanti anak menjadi degil.
7. Makan dalam pinggan sumbing dapat anak bibir sumbing.
8. Makan tak basuh pinggan nanti lambat dapat menantu.
9. Makan pisang kembar nanti dapat anak kembar.
10. Makan pinggan bertindih nanti beristeri dua.
11. Makan sambil berjalan akan dapat penyakit perut.
12. Makan buah berangan songsang, nanti lambat dapat jodoh.
13. Makan nasi di senduk nanti payah dapat rezeki.
14. Tidur selepas makan nanti perut jadi buncit.


Wallahua'alam, betul ke tak, kita tak tau la kan.. Orang Melayu ni kan memang terkenal dengan pelbagai pantang larang..


Pada pendapat aku, pantang larang ni sebenarnya ada double meaning kan.. Orang tua-tua nak memberi nasihat atau melarang kita daripada buat sesuatu yang tak elok sebenarnya. Bagi meninggalkan kesan yang mendalam, nak suruh ingat dari kecik sampai ke tua, dorang buatla pantang-larang semua ni.


Sebagai contoh pantang larang nombor 7 tu..Maksud tersirat pantang larang tu sebenarnya, jangan makan dalam pinggan sumbing, takut nanti terluka ke ape kan.. Nombor 2 pun sama, bukan kah tak elok makan dalam belanga. Tak sopan orang kata.. So, nak bagi ingat sket, orang tua cakapla macam tu, jangan makan dalam belanga, nanti dapat anak hodoh...



---Amal: Aku ada cita-cita nak anak kembar nanti. Terpaksala makan pisang kembar macam ni lalalala :D

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...