Thursday, May 7, 2009

Pekerjaan Yang Halal Lagi Bermanfaat

Habis study on May 2008, aku keje as a nanny. Bukan nenek ye tapi pengasuh. I babysit my not-so-baby niece and nephew. Nephew aku si Khalis tu marah betul kalau aku panggil dia baby.

Dia mesti cakap, "Bukannn...bukan baby, Khalis!!"
Aku pon sakat dia balik, "Ohhh, baby Khalis....."
Dan dia lagi nak cakap, "Bukannnn....bukan baby, Khalis!!!"
Dan aku pun sakat lagi... (ah cukupla tu, bukan benda ni yang aku nak cerita..).

Anyway, I consider this as a work also sebab my sister ada jugak hulurkan duit. Mulanya tak nak amik tapi disebabkan aku miskin tapi mahu bergaya jadi aku amik jela. Rezeki jangan ditolak, musuh jangan dicari. Pegang kata-kata itu, okeh. Keje as a nanny ni tak susah. Cuma perlu sediakan makan, minum serta pakaian dan juga sanggup untuk membasuh berak dan kencing serta muntah anak kecil. Tidak lupa juga sanggup menonton kartun 24/7. Tak boleh tukar channel ye, nanti ada suara begini,

"Makcik don't changelaaaaa..."
" Alaaaaa, nak tengok Dibooooo....."
"Cite makcik tak beshhh, Khalis nak tengok Little Einstein, changelaaaaaaa...."

Selain itu, aku juga perlu rajin mengemas rumah (walaupun sebenarnya sangatlah malas). Mengutip segala mainan yang menyakitkan kaki apabila terpijaknya dan mengvacuum segenap sudut rumah yang penuh dengan biscuits crumbs especially bawah kusyen. Si Khalis tu kalau makan biscuits gayanya macam Cookie Monster ni haa.. berterabur. Jadi sayalah yang mengemasnya (hanya jika bulan mengambang dan saya pun bertukar menjadi rajin).

[source]

Selain itu, aku juga perlu bergerak lincah dan aktif mengejar Khalis terutamanya di shopping complex yang luas lagi besar. Ah budak tu, memang memenatkan aku. Tak pasal-pasal hilang sket lemak kesayangan aku ni. Paling aku tensi, terpaksa mengejarnya pada hari bendera merah dikibarkan. Aduh, pinggang dahla bagai nak patah, kena pulak kejar dia ke sana dan ke mari, memang sungguh mencabar.

Bes keje jadi Nanny ni. For your information, I am now well prepared to be a mom (huahua). Aku dah tau dah macamana nak jaga budak, dah boleh hafal dah pe'el perangai budak tu macamana. So, itulah keje pertama aku, NANNY.

July 2008, dah penat jadi Nanny aku pulang ke kampung halaman. Minggu pertama, lepak-lepak kat rumah, perabihkan beras mak je. Kemudian bangun pun bila matahari dah tegak atas kepala. So, daripada menghabiskan masa duduk saje-saje, ada baiknya juga aku bekerja. My second job is as a erm apa position tu ek, ermm, sales assistant?(huhu). Actually, aku kerja kat kedai abang aku. Kedai jual topap, photostat.laminate etc, kedai aksesori telefon, alat tulis dan macam-macam lagilah. Akulah tukang topup, tukang photostat dan tukang sapu kat kedai tu. Nak tahu jadual keje aku kat kedai tu boleh klik di sini.

Seronok jugak keje kat kedai tu. Paling bes keje kat situ, kredit habis, bleh topap sendiri hehehe.. Lagi, macam-macam ragam orangla aku jumpa. Penah ada sorang mamat ni datang nak topup. Tengah aku taip2 nombor dia kat handset topup tu, dia cakap, " halusnye jari awak..." Hohh, gangguan seksual kah itu?? Tak sangka pulak masa aku tengah wat keje tu dia boleh tenung aku pulak ye. Dengan renungan gatal dia tu erkkkkk...Semenjak itu, aku selalu suruh abang aku temankan aku dekat kaunter. Takut sehhh... Anyway, tiap-tiap bulan abang aku bagi RM150. Okla tu, tempat tinggal, makan minum semua free....Berbekalkan RM150 tu bolehla orang miskin cam aku ni nak bergaya sikit-sikit.

Itu dua kerja yang aku pernah buat. Macam2 pengalaman juga yang aku dapat walaupun ape sangatlah kejenye kan. Aku tahu macamana nak jaga budak, tahu macamana nak layan kerenah budak ni, masak, membasuh (dah ada gaya isteri solehah ni haha, puji diri sendiri.tak malu.). Aku ada pengalaman macamana nak deal dengan supplier, i know how to handle the photostat machine, aku pandai binding juga haha. Pengalaman. Semuanya nak kena cari. Tak boleh dibeli.

By the way, kerja yang sekarang ni, it's the real job. Real job, real people, real business situation. I'll post another entry bout my current job.



---Amal: Masa belajar, rasa nak cepat-cepat kerja. Bila dah mula kerja, rindu nak belajar pulak. Kenapa ye?

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...