Friday, May 1, 2009

Jumaat yang emmm OK lah!

Petang tadi, mak cakap, "pegilah keluar jalan-jalan. Dok terperap dalam rumah je....." Makanya, dengan izin bonda tercinta, aku, ayahanda dan kakanda keluarla berjalan-jalan, makan angin, menghirup udara Putrajaya.
First stop ke Pasar Tani yang diadakan setiap Selasa dan Jumaat kat Precint 1. Tak ramai orang, jalan tak jam, parking pun banyak. Kami beli durian 2, 3 bijik (sedappp!), timun batang (ketot-ketot jek), ikan kembong sekilo (RM 11.50 sekilo, mahal! Kata ayahanda, kat Kelantan RM8 je sekilo), ayam sekor (kecik je, tapi oklah), udang sekilo (RM15 setelah di"bargain"), dan ketam sekilo (RM29, 5 ekor, nanti nak buat curry.yummmyyy!!).
Then, setelah settle membeli belah di pasar, aku bawak ayahanda dan kekanda ke err Putrajaya ape tah Water Sports Centre eh?uhuu....


Ayahanda dan kekanda - My Heroes

The View - Nice Nice! Sejuk mata memandang..


PICC


Pukul 7 malam, "Wani ingat jalan nak gi Kamdar?" tanya bonda. "Ingat.." aku jawab..
"Haa kalau macam tu, jom pegi Kamdar malam ni. Mak nak beli kain langsir la.." Makanya, aku, bonda, ayahanda dan kakanda pun pergilah ke Kamdar yang letaknya di Precint Diplomatik. Sampai pukul 9mlm, we are the only customers. Terus menuju ke tempat langsir. Sesambil mak memilih kain tu aku sempatla menggedik sedas dua das.

Masa snap pic ni, mamat Bangla jual kain kat Kamdar tuh tgk je. Mesti dia kata aku gedik terlampau



Ya, membeli belahlah di sini, Memang Berbaloi~ Iklan tak berbayar

---amal: Menunggu hari esok. Nak ke Kelana Jaya. Jumpa sape agaknya?

4 comments:

  1. wawa..beshnye dpt jmpa mak ayh die..shima pn xsabo ni nk jmpa mak ayh shima..hrp2 le xde hlgn..amin.. :)

    p/s : amal..kegedikan anda di KAMDAR, mmg berbaloi! hahaha.. ;)

    ReplyDelete
  2. hehehe..memang sronok. tapi kalo dapat kumpul satu family lagi besh!
    insyaallah shi, sure malam ni takleh tido nih hehe...

    ahahahahahaha, sangat2la berbaloi...gambar first kat KAMDAR tu tercetus setelah mendengar lagu hindustan yg dimainkan. rasa cam nak golek2 je ats lantai ehe

    ReplyDelete
  3. nk turun kelana jaya ke?? meh la huhuhu

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...